Resepi Gulai Telur Mudah Dan Special Resepi Bonda | Resepi Gulai Telur Sedap ni merupakan masakan zaman saya kanak-kanak dahulu yang kini turut menjadi kegemaran anak-anak saya. Bukan sahaja mudah tapi sangat menyelerakan dan mengenyangkan tambahan pula ada kentang pulak tu.
Walau ada yang memanggilnya Kari Telur tapi sama saja cuma untuk kesemua gulai atau kari saya suka gunakan rempah kari ikan sebab tak cengih baud
Resepi Gulai Telur Mudah Dan Special Resepi Bonda |
Selalunya orang membuat gulai atau kari telur yang direbus tapi bonda saya akan menggoreng telur tu selepas direbus, dikopek hingga nampak menggerutu kulit telur tu. Bahagian luar telur ni jadi agak kenyal , tidak mudah pecah dan menjadikan rasanya lebih enak. Anda harus cuba resepi ini.
Bahan-Bahan:
5 - 6 biji telur, direbus dan dibuang kulit
2 biji ubi kentang, dipotong baji atau ikut kesukaan
1 paket serbuk kari ikan, dibancuh dengan air sehingga agak cair
200 ml santan
1 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
Bahan untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
Bahan-bahan ditumbuk/dihiris :
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Penyediaan:
- Panskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau dan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/dihiris bersama dengan daun kari, dimasak hingga kekuningan dan hingga naik bau.
- Masukkan rempah kari yang telah dicampur dengan air tadi, dikacau sebati dan pastikan api sederhana supaya rempah dimasak dengan sempurna.
- Bila nampak pecah minyak, masukkan ubi kentang dan asam gelugur. Ada yang suka ubi kentang lembut jadi boleh masukkan awal sekiranya suka tapi saya lebih suka kentang yang rangup bila dikunyah.
- Apabila kari pecah minyak, masukkan telur supaya mesra dan masukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang anda suka.
- Masak hingga kuah mendidih dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap!
Selamat mencuba!
Tips bagi memudahkan untuk mengupas telur
- Rendam telur yang baru direbus di dalam bekas berisi air sejuk (air paip) dan kemudian dikupas seperti biasa
- Biarkan telur yang telah direbus sejuk dan kemudian letakkan telur diatas papan dan gelek telur tapi jangan terlalu kuat, kulit telur akan terpecah dan memudahkan anda untuk mengupasnya.
Antara Resepi yang menarik untuk dicuba:
0 Ulasan