Jus lemon mint memang akan sentiasa jadi ingatan buat saya kerana minuman ini sangat dirindui Allahyarhamah Nurul Huda dan tiada kesampaian untuk adik saya menyajikan buat dia sekali lagi. Kisahnya Nurul Huda dijemput untuk food tasting di rumah adik yang akan buat makanan beradab ala Arab untuk wedding blogger mrsliez.com dan lemon mint merupakan minuman yang dibuat untuk acara tu dan Nurul dah terjatuh suka. Setiap kali berjumpa atau kami bermesej ataupun bertanya khabar, pasti Nurul menyuarakan yang dia ingin minum jus lemon mint. Ahh rindu pada Allahyarhamah yang cantik manis tu tak pernah lekang dan sentiasa dalam ingatan. Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.
Resepi Jus Lemon Mint Mediterranean Menyegarkan Sedap Dan Mudah |
Sedap..ya memang sedap dan menyegarkan dan kini bila saya teringin minum jus lemon mint ni saya buat sendiri walau rasanya tidak seperti yang Chef Ross buatkan tapi boleh la untuk tekak yang teringin ni kan.
Memang cukup mudah dan sesiapa pun boleh buat tapi apa pun buat sendiri untuk citarasa sendiri kan..pun dah mencukupi.
Resepi Jus Lemon Mint Mediterranean Menyegarkan Sedap Dan Mudah
Bahan-bahan:
Segengam daun pudina segar
2 biji lemon
Air gula secukupnya
Ais batu
sedikit garam (kalau suka)
Cara membuatnya:
Potong 1 biji lemon dalam saiz yang kecil dan buangkan biji, sementara 1 biji lemon lagi di ambil jusnya. Basuh bersih daun pudina dan dipotong kecil..
Masukkan ke semua bahan ke dalam dalam pengisar bersama jus lemon yang diperah tadi. Masukkan ketul ais dan air gula secukupnya. Kisar sehingga halus. Siap!
Nota :
Jus boleh dituang ke dalam gelas dan sedia untuk di minum atau boleh ditapis.
0 Ulasan