Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap Dan Mudah | Memang mudah masakan masak lemak cili api ni tanpa perlu menumis tanpa minyak dan sihat la juga. Ada pelbagai cara orang memasak ketam masak lemak, ada antaranya memasukkan nenas, belimbing tapi bonda saya kalau memasak masak lemak cili api bonda lebih suka letak mangga muda. Memang sedap sebab isi mangga muda itu akan menjadi lembik dan bersalut dengan kuah menjadikan kuah lebih pekat dan rasa masam yang lebih sedap. Tak percaya? cuba la nanti.
Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap Dan Mudah |
Bahan-bahan:-
3 ekor ketam segar
2 biji mangga muda, dihiris kasar tanpa dibuang kulitnya
1 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, carikkan
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan untuk kisar halus:-
10 biji cili api
½ biji bawang besar
1½ inci kunyit hidup
4 ulas bawang putih
Cara memasak:-
- Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
- Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
- Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
Nota :
Cengkerang ketam yang keras dibuang dan dibersihkan tapi ada ada juga yang tidak membuat kulit keras ketam betina yang mempunyai telur. Sebaiknya ketam dibelah dua supaya kuah akan menyerap ke isi ketam.
Lagi Resepi Untuk Dicuba
1 Ulasan
tak pernah dana masak lemak dengan mangga muda kak, tapi kalau mangga tu masam mesti sedap kan... macam boh nenas dalam tu
BalasPadam