Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Yang Mudah Dan Sedap | Penggemar ikan bilis pasti suka dengan sambal ikan bilis kentang ni yang boleh dimakan bukan sahaja dengan nasi tapi dengan bubur ataupun dengan roti. Bagi saya pula bila bonda buat sambal ikan bilis kentang ni, pastinya ia akan menjadi sandwich pedas tapi cukup membuat saya tak berhenti makan.
Ada sesetengah resepi ikan bilis menggunakan cili merah dan cili api tapi resepi sambal ikan bilis kentang ni saya menggunakan cili kering kisar bukan cili giling sediaada yang dijual dikedai tu tapi kalau sesiapa suka boleh jer guna cili giling segera tu.
Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Yang Mudah Dan Sedap |
Resepi Sambal Ikan Bilis Kentang Yang Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan :
2 biji kentang, dibuang kulit dan dipotong ikut kesukaan
1 mangkuk ikan bilis, dibasuh dan ditoskan
10 - 15 tangkai cili kering, dikisar
3 ulas bawang merah, ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
2 keping asam gelugur
Cili boh (agak2lah law nak pedas letak banyak sikit)
Sedikit garam
sedikit gula
Cara penyediaan dan memasak:
- Panaskan minyak didalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Keluarkan dan biarkan di dalam mangkuk
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar. Digoreng hingga masak dengan api sederhana
- Masukkan kentang, kacau dan biarkan ianya sebati dengan sambal. Masukkan sedikit air jika perlu supaya kentang cepat empuk dan kemudian masukkan asam gelugur.
- Perasakan dengan sedikit garam dan gula, kacau hingga kentang benar-benar sudah empuk. Tutup api dan masukkan ikan bilis. Gaul seketika dan boleh diangkat untuk dihidangkan. Siap
Selamat mencuba
Antara resepi yang menarik untuk dicuba:
1 Ulasan
test
BalasPadam