Resepi Bubur Nangka Bersagu Sedap Dan Simple

Resepi Bubur Nangka Bersagu Sedap Dan Simple | Sejak PKP tempohhari rutin memasak jadi terlebih bila en suami akan makan sarapan pagi, makan tengahhari, minum petang dan makan malam.  Memang memenatkan bila tapi seronok bila dapat menghidang juadah yang ada diantaranya tak pernah buat tapi pernah makan sebab tukang membuatnya samada bonda atau kakak atau juga yang pernah dibuat Allahyarhamah bonda mertua.

dapursweetsourleyra
Resepi Bubur Nangka Bersagu Sedap Dan Simple

Antara resepi yang disukai en suami pastinya sajian pencuci mulut atau desert tapi bukan dimakan selepas makan tengahhari tapi dimakan waktu minum petang. Selalunya saya membuat bubur atau pengat cempedak bila tiba musimnya tapi kali ni saya buat bubur nangka bersagu yang sama mudah dan cepat untuk disediakan.

Jom tengok bahan-bahan dan terima kasih kalau sudi share


Resepi Bubur Nangka Bersagu Sedap Dan Simple

Bahan-bahan nya :

3 ulas nangka masak

2 sudu sagu berwarna putih, direndam dalam 10 minit

1 cawan santan (atau boleh digantikan dengan susu cair)

1 cawan air

1 biji gula kabung

Garam secukup rasa

1 helai daun pandan, di kerat 3 

dapursweetsourleyra
Resepi Bubur Nangka Bersagu Sedap Dan Simple


Cara penyediaannya :

  • Isi nangka dibuang biji dan dihiris memanjang kemudian diletakkan tepi. Didihkan air dalam periuk, masukkan gula kabung berserta daun pandan yang dipotong dalam 2 inci. Masak hingga gula tersebut larut dan masukkan isi nangka.  Kacau biar sebati dan pastikan dimasak dengan api sederhana.
  • Sagu yang direndam dengan air ditoskan dan dimasukkan kedalam periuk. Kacau perlahan supaya sagu tidak hancur.  Bila kuah hampir mendidih, tutup api dan taburkan sedikit garam. Siap.


Kebaikan Buah Nangka

Tahu tak yang buah nangka kaya dengan vitamin C, vitamin A, kalium, zat besi, niasin, zink dan thiamin di dalamnya. Bagi pengidap penyakit jantung, buah elok dimakan kerana ianya kaya dengan serta dan rendah kalori dan dikatakan baik untuk menurunkan berat badan kerana kandungan lemak dalam buah nangka.

Buah nangka mengandungi vitamin dan mineral yang cukup tinggi malah lebih daripada epal, pisang dan avokado. Itu belum lagi kandungan folat, niasin, riboflavin, kalium dan magnesium.

Tidak hanya itu, karotenoid atau pigmen yang memberi warna kuning pada nangka turut kaya dengan vitamin A.

Seperti semua antioksidan, karotenoid berfungsi melindungi sel daripada rosak serta membantu tubuh berfungsi dengan lebih baik.

Semua kelebihan yang terdapat pada buah ini, membantu mencegah penyakit seperti barah, penyakit jantung serta masalah mata seperti katarak dan degenerasi makula. Semakin ranum nangka, kadar karotenoidnya juga akan meningkat.


Berikut adalah lima kebaikan nangka untuk kesihatan:

1. Atasi sembelit

Nangka adalah sumber serat yang cukup baik sehinggakan ia mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama selain membantu membuang air besar dengan lebih teratur.


2. Ubat bisul

Bahan kimia semula jadi di dalam nangka dapat membantu mencegah terbentuknya luka atau bisul di dalam perut anda.


3. Diabetes

Tubuh akan mencerna dan menyerap nangka lebih perlahan daripada beberapa makanan lain. Ini bererti gula dalam darah bagi pesakit diabetes tidak akan naik secepat seperti buah-buahan lain.

Sebuah kajian juga menunjukkan bahawa ekstrak nangka dapat membantu pesakit diabetes untuk mengawal gula dalam darah.


4. Tekanan darah tinggi

Kalium dalam nangka dapat membantu menurunkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.


5. Masalah kulit

Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam nangka dapat membantu melindungi kulit anda daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.

sumber : https://www.mstar.com.my

Catat Ulasan

0 Ulasan