Resepi Ikan Kembung Masak Tauchu

Resepi Ikan Kembung Masak Tauchu | Sebenarnya saya bukanlah peminat masakan tauchu ni tapi saya kerap memasaknya sebab bonda saya cukup suka dengan ikan kembung masak tauchu ni dan Allahyarham abah pun suka juga masakan tauchu ni.


Rasanya yang masam, pedas dan masin ni memang membuka selera bonda yang sekarang ni kurang berselera nak makan apatah lagi dengan banyak gigi yang dah tiada.


Resepi Ikan Kembung Masak Tauchu


Memang cukup mudah dan ringkas jer untuk disediakan jadi kalau memasaknya memang pantas untuk dihantar ke rumah bonda.


Bahan-bahan :

1 biji bawang besar (hiris bulat)
2 biji bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
10 tangkai cili padi (potong dua)
1 biji tomato (potong 4)
2 ekor ikan (belah 2)
3 sudu taucu
1 sudu sos ikan
1 bihi timun jepun (potong 4)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air (untuk kuah)


Cara penyediaan:

1. Tumis bawang, cili, bawang putih dan halia hingga naik bau

2. Masukkan 3 sudu taucu ke dalam tumisan

3. Masukkan 1 sudu sos ikan, sedikit air untuk jadikan kuah.

4. Masukkan timun dan tomato (optional). Biarkan seketika

5. Masukkan ikan kembung & tambahkan sedikit air untuk banyakkan sikit kuah. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Gula tak perlu banyak. Cukup setengah sudu sahaja.

6. Bila ikan dah masak sempurna, angkat masakan taucu tu dan hidang. Siap untuk dimakan!


Catat Ulasan

0 Ulasan