Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah

Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah | Kalau dulu fikir payah sungguh nak membuat pencuci mulut yang sedap ni. Memang nampak sangat renyah dan ambil masa yang lama tapi bila dah tahu Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah ni, dah tak susah lagi.


Pencuci mulut ni wajib dibuat sendiri terutama bagi kami yang punya anak ramai sebab boleh makan banyak dan banyak kali.  Tapi yang nyata kalau buat Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah ni kena ada dua versi, versi santan dan versi susu cair.


Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah


DH memang akan ambil yang guna santan, jadi kalau hari Sabtu memang wajar buat pencuci mulut ni dan the girls suka yang menggunakan susu cair. Kedua-dua bahan ni cukup lemak dan kalau santan pula agak wangi.


Baca : Sagu Gula Melaka Kegemaran Keluarga


Jom kita cuba dengan resepi mudah ni..


Resepi Sagu Gula Melaka Pencuci Mulut Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

250 gram biji sagu warna hijau atau merah

4 cawan air

Sirap atau pewarna (apa2 warna pun boleh.kalau takde pun takpe)

80 gram gula melaka

4 sudu besar gula pasir

1/2 cawan air

1 helai daun pandan (simpulkan)


Bahan untuk hidangan

Santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata atau boleh guna susu cair


Cara membuatnya 

  • Rendam biji sagu terlebih dahulu di dalam air biasa selama sejam atau lebih supaya biji sagu lebih cepat masak. Toskan. Proses akan jadi lebih lama jika tidak direndam
  • Didihkan air dan masukkan masukkan biji sagu. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau sagu supaya tak berkerak di bawah. Masak hingga biji sagu kembang dan bertukar jernih.
  • Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sagu (supaya biji sagu kelihatan lebih cantik)
  • Isikan ke dalam acuan kecil atau masukkan ke dalam bekas besar., boleh dipotong semasa hendak dimakan.
  • Simpan dalam peti sejuk hingga sagu kental.


Air Gula Merah

Bahan-bahan

Gula Melaka

Gula Pasir

Air 

Daun Pandan


Cara membuatnya: 

  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak hingga larut. Tutup api dan biarkan ianya sejuk.




Cara Menghidang

Bila sagu dah sejuk dan kental, keluarkan dari acuan dan masukkan kedalam mangkuk kecil. Tuangkan air gula dan santan atau guna susu cair. Kalau suka lebih sejuk, masukkan ketul ais.

Catat Ulasan

0 Ulasan