Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang

Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang | Kat rumah umi ni memang ramai peminat daging terutama DH, Angah Ammar dan Kak Yang, tak terkecuali dengan umi sekali la tapi bila difikir kadang-kala daging dibeli tu liat memang malas sungguh nak beli. Nak beli bahagian batang pinang tu dah RM40 sekilo dan bila tiba Hari Raya je daging pejal pun dah RM45 sekilo. 


Baca : Daging Masak Lada atau Dendeng Daging


Daging kalau yang masih baru tak kena ais lagi memang rasanya sangat manis berbanding rasa ayam tapi tu la daging ni ambil masa untuk hadam tu yang buat fikir banyak kali untuk makan. Lazimnya daging umi akan buat daging sambal, gulai daging ataupun daging masak kicap. Kalau dapat lauk ni memang laju jer nasi bertambah kat pinggan.


Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Jom tengok apakah bahan yang cukup mudah untuk resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang yang sedap ni.


Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


Bahan bahan:

1/2 kg daging, direbus dan dihiris


Bahan lain:

1 mangkuk kacang panjang 

1/2 batang karot

1 biji bawang besar kuning

1 tangkai cili merah

3 tangkai cili padi

Minyak


Cara membuatnya :

1. Potong daging dengan nipis, perap dengan serbuk kunyit dan garam.


2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap. Goreng daging hingga air kering dan pecah minyak. Goreng sehingga daging empuk. 


3. Masukkan lobak merah (kalau ada), masak hingga nampak lembut. Masukkan kacang panjang, kacau dan masukkan bawang kuning. Akhir sekali cili merah dan cili api. Bila semuanya nampak lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan


 

Catat Ulasan

0 Ulasan