Resepi Kuih Buah Melaka / Kuih Onde-Onde Sukatan Cawan

Resepi Kuih Buah Melaka / Kuih Onde-Onde Sukatan Cawan | lepas geram betul bila DH belikan kuih buah Melaka yang keras, kecil dan ada gula secoet jer. Dah la berharga RM3 untuk 8 biji yang sebesar syiling 10 sen. Paling geram bila rasanya keras pulak tu. Dah cakap kat DH, yang umi nak buat hujung minggu. Tapi apa nak buat kan sebab dia dah teringin nak makan kuih favorite dia tapi tu lah bila dah makan kita pulak dok membebel tentang harga apatah lagi dengan rasanya.


Jadi hari Sabtu hari tu umi pun buat la kuih Buah Melaka dan ada yang panggil kuih ni kuih onde-onde. Tak banyak tapi 1 paket tepung pulut pun boleh buat banyak biji dan sebab nak bawak ke rumah bonda juga. Tapi umi kongsi resepi untuk Resepi Kuih Buah Melaka / Kuih Onde-Onde Sukatan Cawan supaya senang untuk yang nak buat dalam kuantiti yang sikit.


Resepi Kuih Buah Melaka / Kuih Onde-Onde Sukatan Cawan


Resepi Kuih Onde-Onde/Kuih Buah Melaka Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

 4 cawan tepung pulut

 1 cawan air daun pandan (8 helai daun pandan)

 1/2 biji kelapa putih, digaul dengan 1/2 sudu kecil garam halus untuk rasa lemak 

 1 ketul gula gerek yang dipotong dadu


Cara membuatnya :


 1.  Satukan tepung pulut dan air pandan dalam mangkuk



 2. Uli sehingga menjadi doh tak melekat kat tangan. Jangan terlalu cair atau terlampau pekat


 3. Didihkan air  dalam periuk untuk rebus buah melaka. 


 4. Ambil sedikit doh, dalam saiz syiling 20 sen, leperkan, buat lubang sikit kat tengah, letak ketulan gula dan bungkuskan dan gentel doh dengan kedua tapak tangan sehingga terbentuk bulat cantik. Masukkan didalam air mendidih tadi. Ulangi aturan sampai habis doh.


5. Buah Melaka yang dimasukkan dalam air panas, akan timbul bila sudah masak. Angkat dan toskan air sekejap sebelum dimasukkan ke dalam bekas berisi kelapa parut. Jangan terlalu lama toskan air, golekkan dalam bekas berisi kelapa parut. Buah melaka yang masih panas akan membuatkan kelapa parut melekat cantik pada buah melaka


6. Angkat dan masukkan dalam bekas, susun untuk dihidangkan


Nota : Jangan masukkan doh yang digentel bulat sehingga penuh periuk. Angkat buah melaka yang sudah masak yang akan timbul naik sewaktu mengentel baki doh


Catat Ulasan

0 Ulasan