Resepi Sambal Goreng Jawa Berlemak

Resepi Sambal Goreng Jawa Berlemak | The girls dekat rumah terutama Cik Meya kalau dapat Sambal Goreng Jawa ni memang suka sangat dan umi pulak kalau buat sambal goreng jawa ni pastikan akan masukkan cili api yang dipotong kecil untuk menambah kesedapan sambal goreng jawa bersantan ni


Sambal Goreng Jawa ni ada 2 jenis, sepertimana yang saya tahu iaitu ada yang meletakkan santan dan satu lagi tidak menggunakan santan. Tapi bagi umi, yang bersantan tu lebih sedap tapi jangan terlalu basah atau terlalu berminyak.




Resepi Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan:

2 paket tempe, dihiris dan digoreng garing

3-4 ketul tauhu, dihiris dan digoreng garing

3-4 biji kentang, dihiris dan digoreng garing

Udang segar, digoreng

Hati Ayam, dihiris dan digoreng garing (kalau suka boleh bubuh, terpulang pada selera)

2 paket suhun, rendam supaya kembang

1 keping fucuk, dipotong dan di rendam sekejap

Sedikit kacang panjang hiris serong

1 sudu gula

Sedikit perasa jika perlu

1/2 sudu teh garam

Kicap manis 

1/2 cawan air asam jawa

1 cawan air

3 sudu besar ikan bilis, ditumbuk lumat

2 senduk minyak masak

1 cawan santan


Bahan Tumis

2 biji bawang besar, hiris nipis

4 ulas bawang putih, hiris nipis

10 tangkai cili kering, dipotong serong. Kalau suka pedas boleh tambah cili padi, dipotong serong


Cara membuatnya

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan bawang putih. Bila naik bau, masukkan ikan bilis yang ditumbuk, masak hingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, gula serta garam.


2. Masukkan kicap manis serta santan, masak hingga naik minyak. Masukkan kacang panjang, bila agak masak masukkan kentang, tempe dan tauhu. Biar dimasak dengan api sederhana sehingga santan kering.


3. Bila santan sudah nampak agak kering,  masukkan suhun dan fucuk. Kacau dan biarkan seketika dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan

Catat Ulasan

0 Ulasan