Resepi Sotong Masak Sos Thai | Hari ni juadah berbuka kami memang ala kedai makan Thai. Mana taknya Cik Meya masak tomyam ayam, telur dadar dan sotong bersos thai ni. Memang laku sungguh sampai bertambah nasi DH dan anak-anak.
Apa pun memang sedap sos ala Danok ni dengan wangi dari daun ketumbar, dengan rasa pedas-pedas, manis memang cukup lengkap. Bab buat sos ni, dah jadi tugasan cikapplepie yang teruja sungguh dengan kebolehan diri membuat sos sebegitu sedap. Tapi kalau dapat lebih pedas sikit lagi umphh.
Bahan utama:
Sotong, dibersihkan dan dikelar
Bahan sos thai:
15 biji cili padi (tambah kalau suka lebih pedas)
5 ulas bawang putih
2 sudu besar sos ikan
11/2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk jus limau kasturi/limau nipis
Daun ketumbar
Garam
21/2 sudu gula
Cara membuatnya:
1. Bersihkan sotong dan kelar-kelarkan di badan sotong.
2. Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga sotong masak. Angkat dan letak dalam letakkan ke dalam sebiji pinggan.
Cara membuat sos
1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
2. Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas, campurkan sudu besar sos tiram, sos ikan serta perahan perahan jus limau kasturi. Masukkan sedikit garam, gula serta daun ketumbar yang telah dipotong halus dan kacau sebati.
3. Tuangkan ke dalam bekas berisi sotong. Sedia untuk dimakan.
0 Ulasan