Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut Dengan Keladi | Sayur favorite Allahyarham abah dan kalau bonda masak lauk ni, abahlah jadi tukang potong bahagian tajam siput sedut ni. Bagi umi pulak kalau dapat sajian ni, tak perlu lauk lain dah kalau dapat makan dengan nasi panas-panas. Kiranya dah cukup ada makanan laut dan sayur dalam 1 jenis masakan.


Ada sesetengah tukang masak akan menumis bahan yang dikisar tapi umi lebih suka masak lemak cili api siput sedut dengan keladi ni direnih yang cukup menepati selera umi. Malahan umi tidak menggunakan bawang merah dalam masakan masak lemak cili api sebab rasa dan warna masak lemak tidak menepati apa yang umi suka. Bagi sesiapa yang suka letak bawang merah, ikut selera masing-masing.



siput sedut


Bahan-bahan

1 kg siput sedut

1 ikat keladi

2 batang serai, dititik

2 keping asam gelugur

1 mangkuk santan cair

1 mangkuk santan pekat

1/2 mangkuk air

Garam secukupnya


Bahan dikisar/tumbuk

15 - 20 tangkai cili api, kalau suka pedas boleh tambah

5 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup



Cara penyediaan

  • Keladi dibuang kulit luar dan dipotong dalam 3 inci kemudian dibasuh bersih. Rebus keladi dengan asam gelugur hingga lembut.


  • Siput dibasuh dan direndam dengan air serta garam kasar dalam 30 minit supaya lumpur dan pasir tanggal dari siput. Bila sudah bersih, potong bahagian siput yang tajam. Pastikan tidak terlalu panjang atau pendek potongannya supaya tidak sudah untuk disedut nanti. Basuh dan toskan.


  • Masukkan bahan yang dikisar, ke dalam periuk bersama air dan direnih dengan api kecil hingga hampir kering. Masukkan siput serta serai, tambah air, kacau supaya siput mesra dengan bahan yang di masak. Masak dengan api sederhana.


  • Masukkan sayur keladi dan santan cair, kacau dan biarkan kuah agak mendidih, masukkan santan pekat. 


  • Akhir sekali perasakan dengan garam, masak seketika dan tutup api. Siap!


Nota : 

Kalau boleh buat agakan semasa memasak, tak perlu santan cair dan santan pekat. Santan pekat dimasukkan supaya boleh cover sekiranya santan pecah minyak ketika dimasak.


Anda mungkin boleh mencuba resepi lain antaranya :

Catat Ulasan

0 Ulasan