Nak ayam masak kicap pedas yang sedap kena guna kicap Jalen pekat tu, cukup pekat dan likat, baru berselera bila makan sampai mak mertua lalu pun tak nampak haha. Selain ayam, resepi ni boleh digunakan untuk buat daging masak kicap pedas yang umi pernah masak lama dulu cuma tak tahu gambar tu letak mana. Nanti ada masa, umi nak masak daging masak kicap pedas ni yang lebih sedap dari ayam ni.
Bahan-bahan:
5 - 6 ketul ayam potong kecik, gaul garam kunyit dan goreng
1 biji bawang besar, dihiris
3 sudu besar kicap pekat Jalen (kalau nak guna brand lain pun boleh)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan cili sos
1 sudu makan sos tomato
Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga.
Bahan kisar
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
Garam secukupnya
Bahan hiasan
1 biji lobak merah, dipotong memanjang
1 biji bawang besar hiris bulat
2 biji cili hijau belah, optional
Cara Penyediaan:
- Goreng ayam sehingga separuh masak. Angkat dan letakkan sos tiram, dan biarkan sekejap
- Panaskan minyak dan tumis rempah (Bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga) hingga naik bau dan masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga kekuningan.
- Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
Baca : Gulai Ayam Masak Padang
- Kemudian, masukkan ayam, kicap, sos tomato dan sos cili. Kacau lagi hingga sebati.Tambahkan air supaya tidak terlalu kering. Kacau sesekali supaya tidak melekat dan masak sebati.
- Masukkan lobak merah, kentang (kalau suka) Masak hingga keduanya lembut dan sehingga kuahnya jadi pekat.
Baca : Resepi Rendang Ayam Pedas
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar dan cili besar serta tomato (kalau suka). Siap!
0 Ulasan