Resepi Cekodok Sukun Rangup Dan Lembut

Resepi Cekodok Sukun Rangup Dan Lembut  | Minggu sudah sewaktu di Pasar Datuk Keramat, tiba-tiba teringin nak makan sukun goreng bila ternampak buah sukun di gerai buah-buahan yang tidak terlalu besar. Bukan apa, kalau terlalu besar, takut nanti tak habis, pasti jenuh pulak saya nak perabihkan. Niat nak buat sukun goreng ni dah lama tapi sering terlupa nak beli atau bila nak beli teringat, program yang dah dalam list yang memungkinkan buah sukun tu nanti akhirnya masuk tong sampah.


Sejak sibuk dengan hal bonda, hal rumahtangga, buah sukun yang dibeli memang tak jadi digoreng sebab bila diteliti, dah over masak dan lembik. Kalau dah lembik, memang tak mungkin boleh digoreng, jadi saya fikir sebaiknya dibuat cekodok saja. Nampaknya hasrat nak makan sukun goreng, kena dibawa ke lain hari la ya.




Pelik ke? ahh tidak pun walau ramai orang tidak pernah merasai cekodok sukun tapi kalau ada buah sukun tu, cuba buat pasti akan rasa terpikat. Apa yang penting, kita perlu rajin buat eksperimen dengan masakan, asal halal untuk dimakan dan tidak mendatangkan mudarat.


Apa pun buah sukun kalau dibuat cekodok lebih kurang macam cekodok labu kuning atau pisang, cuma buah sukun ni lebih wangi sebab tu kalau buat cekodok, jangan beritahu anak-anak yang tu cekodok sukun hahaa. Tu yang bila Angah Ammar tau, terus dia tak ambil lagi dan lagi sepertimana dia memang tersangat suka cekodok pisang. Kat rumah ni kalau dapat minum petang dengan cekodok pisang atau goreng pisang, memang laju jer habis.





Bahan bahan:

1 biji sukun, dibuang kulitnya dan dilenyek

3 cawan tepung gandum 

¾ cawan gula pasir 

¼ sudu kecil garam

½ sudu kecil soda bikarbonat

air

minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan :

  • Lenyek buah sukun hingga tiada yang berketul, masukkan gula, garam dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan rata.


  • Masukkan tepung gandum, digaul rata dan biarkan diperap dalam 15 minit.



  • Panaskan minyak dalam kuali dengan kadar yang banyak. Cedukkan 2 sudu minyak yang tengah panas dan campurkan ke dalam adunan. Kacau biar sebati.


  • Jemput adunan menggunakan jari dan masukkan ke dalam kuali. Pastikan api tidak terlalu kuat, bimbang nanti hitam pula cekodok tu. Kacau sentiasa dengan menekan dengan belakang senduk, selepas dibalikkan cekodok supaya cekodok akan terbentuk bulat cantik.


  • Goreng sehingga bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.

Catat Ulasan

0 Ulasan