Masak Lemak Cili Api Nenas Dengan Udang Mudah Dan Sedap | Masak lemak cili api ni antara masakan yang paling mudah disediakan dan cepat untuk disediakan bila ada santan, cili api pun dah boleh siap dalam 15 minit.
Kalau umi buat masak lemak cili api, memang dah lama tak masukkan bawang merah sebab bagi umi citarasanya akan jadi berlainan. Kalau mengikut resepi orang Negeri Sembilan, masak lemak cili yang dimasak juga tidak menggunakan bawang putih.
Apa pun cita rasa setiap kita berbeza dan Alhamdulillah, DH dan anak-anak cukup suka masakan umi, jadi tak jadi masalah kalau letak atau tidak bawang di dalamnya. Kalau sesiapa yang komplen, sila masak sendiri..hahaha. Uishh umi ni tak la sampai tahap gitu tapi bab masam muka tu memang la otomatik sebab memasak ni penat dalam keseronokan. Bila dipuji memang kembang hati bagi dipam dengan pam angin tayar rasanya.
Masak Lemak Cili Api Nenas Dengan Udang Mudah Dan Sedap |
Jom masak!
Bahan-bahan
1 biji nenas, dikupas dan dipotong ikut kesukaan
15 ekor udang kertas, dibuang kulit dan janggut
20 tangkai cili api, dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 inci kunyit hidup, dikisar
1 batang serai, dititik
250 ml santan
1 helai daun kunyit, dipotong
Garam secukupnya
Cara penyediaan :
- Masukkan serai yang dititik, cili api, kunyit hidup dan bawang putih yang dikisar ke dalam periuk. Renih dengan api sederhana hingga air menjadi agak kering.
Masak Lemak Cili Api Nenas Dengan Udang Mudah Dan Sedap |
- Masukkan nenas yang dipotong dan udang serta daun kunyit (kalau tak letak pun okay), kacau biar sebati dengan cili dan tuangkan santan. Kacau dengan kerap supaya tidak pecah minyak.
- Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Siap !
Nota :
Ada yang menambah gula di dalam di dalam masak lemak cili api nenas dengan udang ini bertujuan untuk bagi rasa manis tapi umi tidak sebab nenas dan udang itu sendiri punya kemanisan tersendiri. Apa pun terpulang pada anda sendiri.
1 Ulasan
dana pun suka masak lemak boh nanas kak, auto sedap hirup kuahnya
BalasPadam