Kali terakhir umi buat mee kari ni tahun 2020 lepas tu dok rasa nak buat tapi tak terbuat sebab macam tak cukup masa je dan takut bila buat nanti semua orang busy dengan study untuk exam, keluar shopping, kenduri dan sebagainya.
Resepi Mee Kari sedap
Memandangkan haii dok cakap, dah lama u tak buat mee kari.terus umi ebli apa yang patut dan buat pada hari Ahad, sebabnya rakyat semua cuti sempena tahun aru. Maka jadilah mee kari sedap pada selera rakyat di rumah. Alhamdulillah.
Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning di celur
1 batang serai, diketuk
1 kilo kerang, direbus dan di ambil isi
Isi ayam, direbus, dan dicarik
300 gm daging, dipotong kecil
1 mangkuk besar santan segar
3 keping asam gelugur
1 bungkus tauhu kering, dibelah dua
1 bungkus bebola ikan, dibelah dua
1 bungkus kek ikan, dihiris
Garam, gula dan perasa secukupnya
Bahan dikisar:
2 biji bawang merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kisar
Bahan hiasan
3 biji telur, direbus
1 ikat kacang panjang, di potong dan di celur
1 mangkuk tauge, di celur
1 ikat sawi, di celur
1 biji limau nipis, di hiris
Bahan Sambal:
1 genggam cili kering
1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
- Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan serai hingga kekuningan, kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi dan keperangan.
- Masukkan pes rempah kari yang telah dicampur dengan air dan cili kisar. Masak lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan air rebusan ayam serta asam gelugur, kacau sebati, masak hingga ayam nampak masak dan air sedikit kering.
- Masukkan santan dan garam serta gula secukupnya. Tambah serbuk perasa (jika suka)
- Bila kuah mendidih, masukkan kerang yang direbus, fish all, fish cake dan tauhu kering. Biarkan hingga mendidih dan kuah menyerap dalam tauhu kering hingga tauhu menjadi kembang dari saiz biasa
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan segala ahan sampingan dan sambal. Angkat dan sedia dihidangkan bersama mi, sambal dan bahan-bahan sampingan.
Cara Membuat Sambal
- Rebus cili kering sehingga masak dan kembang. Kisar bersama bawang hingga halus.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
- Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan di dalam mee kari
0 Ulasan