Bahan-bahan
1 ikat sayur pucuk paku
2 sudu cili kisar
1 biji telur
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk/dihiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak
1. Perisi sayur pucuk paku, ambil bahagian yang lembut dan mudah. Masukkan ke dalam bekas yang diisi air dan garam. Rendam dalam 30 minit dan kemudian ditoskan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan masukkan cili kisar dan asam gelugur. Masak hingga garing, kacau kerap supaya cili tidak hangit.
3. Masukkan sayur pucuk paku, bila nampak agak layu, pecahkan telur. Biar seketika dan kacau telur hingga sebati dengan sayur.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan kacau sebelum ditutup api. Siap.
0 Ulasan