Lauk Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock ni dah dua kali dibuat Cik Meya lama dulu tapi tak pernah pulak umi simpat buat entri dan kongsi resipi sebabnya dok kerana kekangan masa dan banyak menu lain yang dah bertahun tak di letakkan dalam blog ni. Jadi mak-mak ni memang memasak tiap hari dengan 2 - 3 jenis lauk, ambil gambar kekadang ambil video tapi tak edit. Bila storage penuh, kita delete..hehee
Ayam goreng kunyit ala mat rock ni sebenarnya cukup segalanya, ada protein dan ada sayuran seperti kacang panjang, lobak merah dan ada yang letak cauliflower, jadinya lauk ni cukup meriah dan mengenyangkan buat umi.
Bahan-bahan:
isi ayam tanpa tulang, dipotong saiz kecil
serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk kari
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu besar serbuk seasoning
2 sudu besar tepung beras
1 biji bawang merah, ditumbuk halus
3 ulas bawang putih, ditumbuk halus
sedikit air
Sayuran
lobak merah
kacang panjang
1 biji bawang holland
bunga kubis
1 tangkai cili merah
Bahan-bahan sambal belacan:
4 ulas bawang putih
½ biji bawang holland
5-10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
1 inci belacan
5 biji limau kasturi
1 biji kecil tomato (kalau besar letak ½ biji saja)
1-2 sudu kecil garam
2-3 sudu kecil gula
½ cawan air asam jawa
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk Ayam Goreng Kunyit:
- Gaul potongan isi ayam bersama kunyit, garam, serbuk kari daging, serbuk ketumbar, serbuk seasoning, tepung beras, bawang tumbuk dan sedikit air. Gaul sebati dan perap sekejap.
- Panaskan minyak, goreng ayam yang diperap, masak hingga garing. Ayam perlu dikacau kerap supaya tidak melekat dan masak seratanya. Angkat, toskan dan goreng hingga habis.
- Dalam kuali yang sama, kurangkan minyak dan masak potong sayuran dan cili, masak hingga layu dan masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau dan masak sekejap dan tutup api.
Cara-cara untuk sambal belacan:
- Kisar kasar bawang putih, bawang holland, cili padi, cili merah, limau kasturi, tomato (pilihan), air asam jawa, belacan bakar, garam dan gula. Panaskan seketika dan boleh dihidang bersama ayam kunyit.
- Bila nak makan, bolehlah diletakkan kicap ke atas nasi putih dan goreng telur mata dan sambal belacan.
0 Ulasan