Nak Buat Sukun Goreng Tapi DiBuat Cucur Sukun

Lebih kurang 3 minggu sudah umi ke pasar dan nampak pulak buah sukun, niatnya nak buat sukun goreng tapi lepas 3 hari buah sukun tu dah jadi lembik didalam. Sama macam sebelum ni, nak buat sukun goreng tapi kena buat cekodok sukun.  Rupanya buah sukun ni memang tak tahan lama, mungkin sebab buah yang dipetik penjual ni dah cukup matang dan pastinya buah ni bukan baru dipetik.



Bahan bahan:

1 biji sukun, dibuang kulitnya dan dilenyek

3 cawan tepung gandum 

¾ cawan gula pasir 

¼ sudu kecil garam

½ sudu kecil soda bikarbonat

air

minyak untuk menggoreng


Cara penyediaan :

  • Lenyek buah sukun hingga tiada yang berketul, masukkan gula, garam dan soda bikarbonat. Kacau hingga sebati dan rata.


  • Masukkan tepung gandum, digaul rata dan biarkan diperap dalam 15 minit.

  • Panaskan minyak dalam kuali dengan kadar yang banyak. Cedukkan 2 sudu minyak yang tengah panas dan campurkan ke dalam adunan. Kacau biar sebati.


  • Jemput adunan menggunakan jari dan masukkan ke dalam kuali. Pastikan api tidak terlalu kuat, bimbang nanti hitam pula cekodok tu. Kacau sentiasa dengan menekan dengan belakang senduk, selepas dibalikkan cekodok supaya cekodok akan terbentuk bulat cantik.


  • Goreng sehingga bertukar warna keperangan, angkat dan toskan.

Catat Ulasan

0 Ulasan