Resipi Bubur Pulut Hitam Sedap

Bubur pulut hitam ni memang jadi kesukaan ramai orang bahkan kaum cina pun suka dengan pulut hitam ni. Baru-baru ini, umi buat bubur pulut hitam untuk majlis sambutan Hari Deepavali KRT, buat agak banyak sebab simpan sedikit untuk rumah.

Bubur Pulut Hitam


Bubur Pulut Hitam Sedap

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan pulut hitam, rendam 4/5 jam

6 cawan air, untuk merebus pulut

2 cawan santan pekat 

2 cawan santan cair)

2 helai daun pandan, carikkan dan simpul

2 ketul gula melaka

garam secukup rasa


Cara Penyediaan:


  • Basuh pulut hitam dengan 3 kali bilasan. Tak perlu basuh sampai air bilasan menjadi putih kerana itulah dinamakan pulut hitam.

  • Rebus pulut hitam bersama air yang menutupi pulut dan masukkan gula melaka/gula kabung.. Rebus sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. 



  • Masukkan santan cair, dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.


  • Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Kacau, biar sebati dan bolehlah ambil sesudu dan rasa samada perlu tambah gula mengikut kemanisan yang diingini. Siap.  


Baca : Resipi Pencuci Mulut


Cara untuk kuah santan:


  • Masukkan 1 cawan santan didalam periuk dan buka api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
  • Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.


Tip:

Ada yang merendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.


Catat Ulasan

1 Ulasan