Bahan-Bahan:
5 - 7 ketul ayam
1 mangkuk santan pekat
1 mangkuk santan cair
2 helai daun kunyit , dihiris atau dicarik
2, 3 biji kentang dipotong memanjang
2 batang serai, diketuk
2 keping asam gelugur
garam secukupnya
Air
Bahan ditumbuk:
1 - 2 inci kunyit hidup
7 biji cili padi merah
3 biji cili api hijau
3 ulas bawang putih
Baca Juga : Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
Cara Penyediaan :
Masukkan bahan yang yang ditumbuk ke dalam periuk bersama 1/2 mangkuk air. Bila nampak hampir kering, masukkan ayam, daun kunyit dan santan cair. Renih dengan api perlahan supaya santan tidak pecah minyak.
Bila ayam nampak dah masak, masukkan asam gelugur dan kentang dan masak sehingga kentang lembut dan empuk.
Akhir sekali tuangkan santan pekat ke dalam masak lemak, perasaakan dengan garam dan masak sekejap dan bolehlah ditutup api. Siap.
Nota :
Boleh guna santan kotak saiz 250 ml dibahagi 2 bahagian, 1/2 sebagai santan pekat dan 1/2 lagi dicampur air.
Baca Juga : Resepi Masakan Ayam
0 Ulasan