Bahan-bahan
2,3 batang terung panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kering
8 tangkai cili merah + 2 cili hijau
5 tangkai cili api merah
1/2 mangkuk kecil ikan bilis
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Memasak
- Cuci terung dibelah dua dan dihiris menyerong selebar 2cm. Gaulkan terung dengan sedikit garam.
- Panaskan minyak, goreng terung sehingga lembut. Angkat terung dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau. Buang minyak sekiranya minyak tumisan terung tu terlalu banyak.
- Masukkan asam gelugur, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Masak sekejap dan kemudian masukkan terung atau tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi. Sedia untuk.dihidang
0 Ulasan