Resipi Solok Lada Cara Mudah Dan Sedap

 


Bahan-bahan

6 biji lada solok

4 ekor ikan tenggiri

1 cawan kelapa parut (bahagian putih)

5 biji bawang merah

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

1/2 sudu kecil lada hitam

1 cm halia

1 cawan santan


Cara Penyediaan

1. Belah lada dari bahagian tampuk lada hingga ke tengah badan lada tapi jangan bagi putus. Keluarkan biji dan buang.

2. Basuh ikan, kemudian asingkan isi ikan dari tulang. Ambil bahagian isi sahaja

3. Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam hingga lumat. Kemudian masukkan isi ikan dan kelapa parut, tumbuk lagi.

4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.

5. Sumbatkan isi ikan yang ditumbuk ke dalam lada sehingga penuh dan melimpah. Tekan-tekan supaya padat.


Cara Memasak

1. Aturkan solok lada yang sudah berisi ke dalam periuk, kemudian siram dengan santan pekat.

2. Rebus dengan api kecil sehingga santan hampir kering dalam 10 -15 minit dan lada nampak masak.

3. Matikan api, angkat dan hidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan