Resepi Gulai Utara Ikan Gerut-Gerut Dengan Timun Kuning

Pelik kan nama ikan gerut-gerut, tu pun dikenali sebab diperkenalkan oleh suami yang cukup kenal dengan pelbagai jenis ikan, maklumlah orang kaki mancing laut. 


Bahan-bahan:

1 ekor ikan gerut-gerut, dipotong 

1 biji timun kuning

1 bungkus rempah kari ikan campur air 

2 cawan santan

1 mangkuk kecil air asam jawa

1 tangkai daun kari

1 sudu besar halba campur

Garam secukup rasa

 Minyak untuk menumis


Bahan ditumbuk/dihiris

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia, dihiris


Cara Penyediaan :

1. Kikis kulit timun kuning, dibelah, dibuang empulur dan dipotong menyerong

2. Campurkan serbuk rempah kari ikan dengan air dan sedikit bahan yang ditumbuk.

3. Panaskan minyak, tumis halba hingga naik bau dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk/dihiris hingga kekuningan dan naik bau. Masukkan daun kari.

4. Masukkan pes rempah, kacau dan masak hingga pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa.

5. Masukkan timun, masak sehingga timun lembut. Kacau supaya rempah tidak melekat, kemudian masukkan santan. Kacau rata.

6. Apabila mendidih masukkan ikan dan kacau. Pastikan api perlahan supaya ikan dimasak dengan sempurna.

7. Biarkan kari itu mendidih dalam 5 minit dan ikan nampak dah masak. Masukkan garam, kacau dan tutup api. Siap!


Nota : 

Selain ikan gerut-gerut boleh guna ikan lain dan dibersihkan dan dipotong

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan