Resipi Rendang Ayam Ala Masakan Bonda

 

rendang ayam

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam, dipotong saiz kecil

1 mangkuk besar santan pekat

2 keping asam gelugur

3 sudu besar kerisik

2 helai daun kunyit, dihiris halus

1 ketul gula gerek

garam secukup rasa

1 mangkuk besar minyak, untuk menumis


Baca Juga : 13 Koleksi Resipi Rendang


Bahan Kisar Halus

4 batang serai, dihiris

50 gm cili kering

5 - 7 tangkai cili api (kalau nak pedas)

1 biji bawang besar

5 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

2 ketul kunyit hidup



Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Kacau perlahan dan kemudian masukkan gula gerek, masak sehingga naik minyak.

2. Masukkan ayam, masak hingga ayam mesra dengan bahan tumisan. Kacau kerap supaya  ayam tak melekat di kuali. Air ayam akan keluar sedikit semasa dimasak.

3. Masukkan santan pekat dan asam gelugur, kacau perlahan-lahan supaya mesra. Pastikan dimasak dengan api sederhana.

4. Bila kuah hampir pekat, masukkan kerisik, kacau biar serata. Perasakan dengan garam secukup rasa.




6. Akhir sekali tabur hirisan daun kunyit, kacau dan biar dimasak dalam 5 - 10 min sebelum ditutup api..

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan