Sarapan Pagi Dengan Cekodok Pisang Rangup Lembut Di Dalam
Bahan-bahan :
10 biji pisang emas
1 senduk tepung beras
1 1/2 senduk tepung gandum
2 sudu makan gula
1/2 sudu garam
sedikit soda bikabonat
sedikit air (jika perlu)
Minyak
Cara Penyediaan :
- Kupas kulit pisang dan lenyekkan pisang hingga lumat. Masukkan gula dan garam, kacau hingga sebati.
- Satukan tepung gandum, tepung beras, dan sedikit soda bikabonat. Masukkan ke dalam adunan pisang sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi tidak terlalu pekat atau cair. Gaul supaya adunan tidak berketul dan sebati. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan sendukkan minyak yang telah mendidih, masukkan ke dalam adunan pisang. Gaul (dengan sudu) supaya sebati.
- Kautkan adunan cekodok dengan hujung jari, gesel-geselkan di dinding bekas adunan dan jatuhkan ke dalam minyak panas. Pastikan api tidak terlalu kuat.
- Kacau dan balikkan cekodok pisang supaya masak dengan sempurna. Jangan masukkan adunan terlalu banyak kerana nanti susah untuk dibalikkan.
- Bila cekodok sudah nampak kekuningan, angkat dan toskan didalam bekas berlapikan kertas tisu untuk toskan minyak.
Tip :
- Tepung harus ditambah sedikit demi sedikit supaya nanti cekodok pisang tidak menjadi terlalu cair atau terlalu keras. Ini adalah kerana sukatan itu bergantung kepada jenis pisang dan berapa banyak kuantiti pisang yang kita masukkan.
0 Ulasan