Masak Asam Ikan Kurau Jeruk, lauk nostalgia buat kami sekeluarga. Rasa masam yang menyerap dalam isi ikan kurau tu memang buat nasi bertambah di pinggan.
Bahan-bahan
3 ketul ikan kurau jeruk
2 biji kentang, dibelah dan dipotong
1 biji bawang besar, dimayang
2 tangkai cili merah, dibelah
1 mangkuk air asam jawa
minyak masak
Bahan ditumis
2 sudu cili kisar
5 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
Cara Penyediaan
1. Rendam ikan kurau dalalm 10 minit bagi mengurangkan rasa masin. Toskan dan potong dalam saiz yang kecil.
2. Panaskan minyak, goreng ikan kurau dan letak tepi.
3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dihiris hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan kentang. Bila kentang nampak hampir empuk, masukkan ikan kurau. Kacau dan masak dengan api sederhana supaya isi ikan mesra dengan air asam.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili yang dibelah. Masak sekejap dan boleh ditutup api. Siap
Nota
1. Garam tidak diimasukkan kerana ikan kurau jeruk sudah cukup masih tapi terpulang kalau suka masin, anda boleh letak garam.
2. Lauk ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas


0 Ulasan