Nasi Goreng Stail Mamak ni memang favorite anak-anak bila makan kat kedai mamak bila siayah ajak kemam (kedai mamak) waktu malam.
Bahan-bahan
Nasi putih sejuk
1 mangkuk isi ayam, dipotong kecil
2 sudu cili kisar
3 paket serbuk rempah kari jenama Maggi
3 sudu besar sos tiram
sayur sawi, dipotong pendek
Kicap
minyak untuk menumis
Bahan dihiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih, diketuk
Untuk hiasan
Daun bawang
Limau nipis, dibelah
bawang goreng
Cara penyediannya
1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bahan yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan isi ayam, bila isi ayam nak agak masak, masukkan cili kisar, sos tiram, garam, dan kicap. Gaul sebati hingga masak.
3. Selepas itu, masukkan sawi dan nasi putih, gaul rata hingga nasi dan sayuran masak sebati dan kemudian taburkan serbuk rempah kari Maggi. Kacau hingga sebati
4. Tutup api dan hidangkan bersama bahan hiasan, tabur daun bawang, bawang goreng dan perahkan jus limau sebelum dimakan. Marvelous!
.jpg)
.jpg)
0 Ulasan