Rendang Ayam Pencen Tak Perlu Tunggu Raya

Rendang Ayam Pencen Tak Perlu Tunggu Raya. Rendang ayam pencen antara menu yang selalu ada waktu raya untuk dimakan bersama dengan lemang dan ketupat.



Bahan-bahan

1 ekor ayam pencen, dibersihkan dan dipotong kecil

1 kilo santan segar (ikut kesesuaian)

2 keping asam gelugur

2 kilogram santan segar

1 helai daun kunyit, dihiris 

Garam



Bahan dikisar

20 tangkai cili api

5 tangkai cili hijau

2 inci kunyit hidup

3 batang serai, dihiris


Cara membuat

1. Kisar kunyit hidup, cili api dan serai bersama sedikit air.


2. Masukkan ayam di dalam kuali dan tuangkan bahan kisar dengan semangkuk air. Renih dengan api sederhana.




3. Selepas mendidih tutup kuali dengan penutup, biar tebuka sedikit supaya wap boleh keluar. Masak hingga ayam nampak kecul dan reneh selama dua jam agar ayam pencen empuk.


4. Kemudian masukkan santan, kacau biar mesra. Kemudian masukkan asam gelugur dan garam secukup rasa. Masak lagi selama 1 jam atau biar nampak kuah menjadi pekat dan sebati dengan ayam. Siap

Reactions

Catat Ulasan

0 Ulasan