Sunday, November 19, 2006

Kegunaan Tradisional Pokok Tanah Ara



Daun ni punya banyak nama yang akan pelik la jugak tapi SSL suka sebab kegunaannya yang pelbagai.  Ada yang memanggil dengan nama Patikan Kerbau/Susu Nabi/Gatas-Gatas/Gelang Susu/Fei Yang Cao

Tumbuhan liar yang boleh dijumpai di tepi longkang dan ia adalah rumput perosak yang tumbuh dikawasan pertanian.  Bunga dan daunya tersusun dalam jujukan ranting hingga ke hujung.  buahnya berwarna kuning dan 3 biji berwarna merah. Mempunyai bahan kimia yang ada sterol, alkohol tanin dan triterpernoid.

Kegunaan:

1. Merawat asma dan bonkitis
Daun, akar dan batang direbus dengan air dalam bekas tertutup, 1 cawan rebusan ini dicampurkan dengan 4 cawan air. Didihkan sehingga tinggal 1 caan.  Minum bila sejuk.  Air ni tahan 2-3 hari

2. Merawat batuk yang mengandungi kahak berdarah - jusnya diberi minum kepada pesakit

3. Menambah susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak - minum air rebusannya

4. Penyakit gatal-gatal - getahnya disapu dibahagian terbabit

5. Merawat luka- getahnya disapu bahagian luka

6. Merawat penyakit angin dan berak berdarah - minum jusnya

7. Ia juga merawat kecacingan, sakit mata dan disentri, bertindak sebagai antiradang, antibakteria dan antikanser dan dikatakan selalu diberikan kepada lembu yang menghadapi retak tulang :-O

Info berkenaan daun ni

http://infoherbalis.com/2015/06/13-khasiat-patikan-kebo-yang-perlu-anda-tahu.html

Kegunaan Daun Lemuni

Daun lengundi atau SSL dan keluarga panggil daun lemuni yang wangi ni mmg kesukaan kami untuk buat nasi lemak lemuni.  Daun ni ada 3 jenis, warna ungu, hijau dan putih disebelah bawah daunnya.  So far tak pernah pulak SSL tengok yg warna putih tu.


Image result for pokok lemuni
hasil carian google - lemuni ungu

  • Daun lemuni ni sewaktu SSL dalam pantang hari tu dan yg sebelum2nya, mesti d'hubby cari untuk dibuat mandian dengan merebus daun lemuni bersama serai wangi dan dibuat mandian diwaktu pagi.  Terasa segar bugar dan bilik air pun berbau harum tau.  Ada juga yang mencampurkan daun lemuni ni dengan daun herba lain untuk mandian dalam pantang seperti daun misai kucing,  daun inai, lengkuas, pandan dsbnya untuk wangikan ibu-ibu dalam pantang sebab bila dalam pantang, darah haid ni baunya kuat.


  • Akar daun lemuni boleh direbus dan diminum oleh orang dalam pantang


  • Daunnya boleh digunakan untuk merawat luka terbakar dengan memanaskannya dalam periuk yang dipanaskan tanpa air dan ditekap keatas luka tersebut.  Lakukan 2 atau 3 kali sehari


  • Daunnya juga boleh dibuat ubat rheumatik, penyakit beri-beri, cirit-birit dan sebagi antiseptik dengan merebus daunnya dan dibuat cucian luka atau ulser


  • Dikatakan daunnya jugal boleh mengubat sakit kepala dengan dijadikan bantal. juga untuk sakit mata dan menggalakkan pertumbuhan janggut.  Maaf, SSL kena cari perihal ni dan Insha Allah SSL akan post kalau terjumpa.
  • Daunnya juga boleh digunakan sebagai ubat nyamuk dan boleh membunuh jentik-jentik.
  • Daunnya dipercayai dapat mengurangkan demam, batuk dan mengeluarkan kahak

Selamat mencuba!



Saturday, November 18, 2006

Selamat berpantang - Bengkung


Image result for berbengkung

Tentu ramai yang bosan atau mengeluh bila perut menggeleber dan buncit selepas bersalin.  Memang normal untuk seorang wanita yang bergelar ibu dan selepas proses bersalin

Tapi jangan gundah, kalau rajin dan usaha memang mudah untuk melenyapkan perut buncit kita tu.

Kaedah tradisional yang sangat popular hingga kini yang menjadi amalan turun-temurun adalah dengan berbengkung.  Bengkung merupakan amalan tradisi yang menggunakan kain panjang yang dililit dan diikat dengan kemas disekeliling bahagian perut selepas bersalin.  Ia dipakai selepas sesi urutan, bertungku, tangas diwaktu pagi hinggalah waktu kita nak mandi, ia akan dibuka, kemudian kita akan bertungku lagi dan dipakaikan bengung kembali hingga keesokkan harinya. Berbengkung akan membentuk semula bentuk badan dan bagi SSL pulak kita akan rasa lebih selesa sebab peranakan yang dulu berisi dan kempis akan rasa lebih stabil (intact).

Untuk kesan yang lebih baik, adalah digalakkan berbengkung selama 44 hari berpantang.  Sekarang ni banyak jenis bengkung dipasaran tak macam SSL yang guna bengkung ni secara turun temurun dari kakak2 dan hingga ke SSL dan adik ipar.

Berbengkung punya kebaikan seperti berikut:
1. Boleh memantu mengempiskan perut, memejal dan merampingkan pinggang selepas mengembang akibat kehamilan.

2. Membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami semasa mengandung

3. Membantu mengecutkan rahim bengkak selepas bersalin

4. Membantu mengembalikan kedudukan peranakan

5. Menyokong rahim supay tidak 'jatuh' dari kedudukan asal

6. Mempercepatka pengeluaran darah kotor

7. Mengelakkan badan dari 'masuk angin'

8. Mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber selepas bersalin

9. Memudahkan pergerakan ketika berpantang kerana perut terasa kemas diikat selepas proses bersalin, jika tidak kita akan terasa perut seakan bergerak-gerak.


Cara penyediaan dan pemakaian bengkung


Selepas berurut, perut disapu dengan herba dan bahagian yang disapu ditutup dengan kain kecil, kemudian barulah dipakaikan bengkung

Sebaiknya bengkung dipakai sekurang-kurangnya lima jam disiang hari dan semalaman.  Bengkung perlu diikat ketat, panjang dan kemas dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul.

Nota:
Jika kita bersalin melalui proses caesarean, perlu menunggu hingga dua minggu hingga sebulan sebelum boleh memakai bengkung

Selamat berpantang buat yang baru bersalin

Friday, October 20, 2006

Ahli ke 6 telah selamat dilahirkan

Alhamdulillah..syukur..saya selamat sudah melahirkan seorang puteri pada  October lalu namun tak ada kesempatan untuk menulis disini..sibuk menjaga baby ;D.

Nampaknya bulan Oktober ada dua kelahiran untuk disambut sebab Kak Myea pun lahir bulan yang sama dengan adiknya ni cuba berbeza hari...ishh kan best kalau sama tarikh kan..jimat kek..keke

Baby seberat 3.88kg dilahirkan pada jam 2.54 petang di HKL diberi nama Nur Iesha Nadira Nazli memang nampak lain dari yang lain mungkin sebab masa pergi Dubai hari tu Ummi dia ni berkenan dengan minah Arab yang cantik tinggi lampai tu..hehe


Memang menghitung hari bila nak berakhir dalam pantang ni, semoga dipermudahkan segala urusan dalam pantang ni la kan.

Seperti biasa dhubby akan menjaga seminggu dua ni lepas tu sy dah boleh jaga sendiri


Sunday, October 15, 2006

Kelahiran cahaya mata ke 6!

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi atas pemberian dan rezeki kami sekeluarga dengan kelahiran puteri bongsu dan diberi nama Nur Iesha Nadira pada jam 1454 petang pada 11 Oktober yang lepas.  Kalau tengok dia ni mmg sangat berbeza dari anak2 yg lain...sungguh putih merah dengan hidung mancung..keke siapa lagi nak puji kan kalau bukan Ummi sendiri nak puji anak sendiri kan kan.  Tapi mungkin sebab masa mengandung tu kan pergi Dubai dan berkenann dgn seorang minah Arab tu,,entah la kan so selamat berpantang buat sy la kan..baru seminggu tu dan kali ni dhubby yang akan jaga dan siapkan kelengkapan mandi, makan tengahari sementara dia cuti dan bila dia mula kerja balik dia akan siapkan apa yang patut.  Dah anak ke 6 so dah tahu la apa yang boleh dan tak boleh dimakan dan dibuat melainkan nak cari masalah..hehe

Melahirkan kali ni tak la susah dan tak la senang maklumla berat baby 3.88kg je...kecil sikit dari Bang Ngah dia dan bersyukur sebab dilahirkan secara normal walau ikut kiraan doktor dah terlebih hari..mana taknya kan sebab selalu tak kira dengan betul..so nothing new la







Monday, September 25, 2006

Ketahuilah Keistimewaan Wanita dan Siapa Wanita Malang

Wanita sememangnya istimewa dan dalam Islam wanita ini memang tinggi darjatnya.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang disukainya 14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli 

Wednesday, June 07, 2006

Jom sihat ~ stay healthy ~ Alkaline and acidic food list



Alkaline water from a a water ionizer, however is much easier to adapt to your eating lifestyle.  Not only does it help you achieve that 80/20 alkaline to acidic balance, it also hydrates your body as much as three times more effectively than regular water because the water molecule has been reduced.  The minerals in the water are negatively charged making them much easier for your body to absorb.  Also alkaline ionize water is full of bound oxygen plus negative hydrogen ions that are nature's original antioxidant.  Just carry a water bottle around full of ionized, alkaline water while you are at work of school and drink a glass in the morning and before bed.

If you can drink alkaline ionized water while also eating a sensible diet and incorporating alkalizing activities into your lifestyle such as meditation or prayer, your body will balance

Sang Wang, scientist, inventer and drinker of alkaline water for seventeen years says the problem with trying to alkalize with food is that unless you can afford organic, you will metabolize a large amount of pesticides, herbicides, fungicides and other chemical residue. If drink too much alkaline water, it will simply pass through the kidneys and flush away any germs that might be there.

Acid comes from three sources - food, pollution and stress, of these three stress is the greatest problem.  One shot of adrenaline can neutralize and acidify an alkaline diet.  So stress management as well as diet management is essential in maintaining an alkaline body

Alkalizing Foods



Vegetables :

Garlic, Asparagus, Fermented Veggie (EM – Effective Microorganisms), Watercress, Beets, Broccoli, Brossed Sprouts, Cabbage, Carrot, Cauliflower, Celery, Chard, Chlorella, Colard, Greens, Cucumber, Kale, Kohirabi, Lettuce, Mushrooms, Mustard Greens,Dulce, Dandelions, Edible Flowers, Onions, Parsnip, Peas, Peppers, Pumpkins, Rutabaga, Sea Veggies, Spirulina, Alfalfa, Barley Grass, Wheat Grass, Wild Greens,



Fruits

Apple, Apricot, Avocado, Banana, Cantaloupe, Cheeries, Currants, Dates/Gigs, Grapes, Grapefruit, Melon, Nectarine, Orange, Lemon, Pear, Pineapple, all berries, Tangerin, Tomato, Tropical Fruits, Watermelon



Protein

Whey Protein Powder, Cottage Cheese, Chicken Breast, Yogurt, Almonds, Chestnuts, Tofu (fermented), Flax Seeds, Pumpkin Seeds, Tempeh (fermented), Squash Seeds, Sunflower Seeds, Millet, Sprouted Seeds, Nuts, Eggs



Oriental Vegetables

Maitake, Daikon, Dandelion Root, Shitake, Kombu, Reishi, Nori Umeboshi, Wakame, Sea Veggies,



Spices, Seasoning

Cinnamon, Curry, Ginger, Mustard, Chilli Pepper, Sea Salt, Miso, Tamari, All herbs



Other

Apple Cider, Vinegar, Bee Pollen, Lecithin, Granules, Probiotic Cultures, Green Juices, Veggie Juices, Fresh Juice, Organic Milk, Mineral Water, Alkaline Antioxidant Water, Green Tea, Herbal Tea, Dandelion Tea, Ginseng Tea, Banchi Tea, Kombucha



Acidifying Foods



Fats and Oils

Avocado Oil, Canola oil, corn oil, hemp seen oil, flax oil, lard, olive oil, sunflower oil, seasame oil, Saflower oil



Fruits

Cranberries



Grains

Rice cakes, wheat cakes, amaranth, barley, buckwheat, corn, oats, uinoa, Rice, Rye, Spelt, Kamut, Hemp seed, flour



Nuts and Butters

Cashews, Brazil Nuts, peanuts, pecans, tahini, walnuts



Animal Protein

Beef, carp, clams, fish, lambs, lobster, mussels, oyster, pork, rabbit, salmon, shrimp, scallops, tuna, turkey, venison



Pasta

Noodles, macaronis, spaghetti



Drugs and Chemicals

Drugs, medicinal drugs, psychedelics, pesticides, herbicides



Alcohol

Beer, Spirits, hard liquor, wine



Beans and Legumes

Black beans, chick peas, green peas, kidney beans, lentils, lima beans, pinto beans, red beans, soy beans, soy milk, white beans, rice milk, almond milk



Waters
Rain waters, certain backwash filtered water, distilled water, reverse osmosis water



Dairy
Cheese, cow cheese, goat cheese, processed cheese, sheep milk, butter



Other

Distilled vinegar, wheat germs, potatoes

source : magazine tak ingat ;)

Friday, May 19, 2006

Dubai 2006...Jalan dan Shopping - Part 4

lepas hari akhir kat event, kami terus lajak konon nak ke Burj Al Arab la tapi hehe kena bayar la kalau nak masuk so kalau dh camgitu tak payah ler dan en boss pulak lapar pulak..we end up jalan2 dalam Souk Madinat dan dinner kat situ jer..

No automatic alt text available.
berlatar belakang Burj Al Arab
No automatic alt text available.
not bad jugak kan SSL ambil pic ni

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Dan grand finale kami nak shopping dan ofcourse la ke Phulwani yang memang terkenal sebab ramai orang Malaysia shopping sini dan memang tumpuan sesiapa yang suka dengan tekstil.  Pergi dengan semangat tapi tutup lagi sebab hari Jumaat kan..so lepak jer la depan kedai sementara dia nak buka..hehe

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Selain membeli kat sini kain ela, SSL pergi beli abaya ada la beberapa pasang..abaya mmg wajib dibeli okay..;D

Monday, May 15, 2006

Dubai 2006..thrill at Desert Safari - Part 3

Getting off my feet to Taif by water taxi and later by noon will try the Desert Safari for first time...its Friday so all shops are closed here..

heading to jetty for water taxi

interesting rite?
mummy to be with camel touch hehe

sunset at the desert

belly dance during BBQ dinner


After the dinner and gelek2 by not Emirati belly dancer....back thru the desert and to hotel. Tired and sleepy..zzzz


Sunday, May 14, 2006

Dubai 2006...window shopping at Ibn Batuta - Part 2

Special thanks to a dear friend Aslam for taking me here and there to get the perfume..take me for lunch then to let me enjoying the beautiful Ibn Batuta..so impressed so spectacular and awesome piece of mall with 7 theme - Tunisia, Egypt, Persia, India, China and Andalusia.  So just prepare your $$ here for shopping and walk through any of these theme area for shopping..

Unable to be long here as I need to enjoy my Desert Safari and belly dance later

Here some of the photos for sharing..enjoy! but sorry not in order lah..

More info click HERE

preggy mommy wanna post too!

Egypt court




out of the China theme shopping sector
Of course I will come again to enjoy the ceiling like 1 of my client who enjoying it so much..hehe

Monday, May 08, 2006

Dubai 2006..Jejak kali pertama ke Dubai

First time nak ke Dubai me mcm2 rasa dah nii...ish ahh..uhh.  Nasib baik en hubby bagi lepas pergi..dan maka bertolak la ke KLIA ditemani anak2 dan suami serta pembantu khas hehe my mother in law yang sudi datang dari Kedah untuk bantu anak kesayangan dia..Alhamdulillah

Setelah dihitung..ditolak..dibahagi final decision ke sana dari 02 Mei hingga ke 05 Mei 2006 jer..pergi la sorang2 pastu baru la boss lady akan turun...berdebar2 jugak rasa..nasib baik la baby dalam perut ni baik je dan tak bagi masalah..Alhamdulillah

Nanti kalau ada kelapangan..SSL akan cerita lagi ..harap ada la masa nak menulis kan.. ^^

No automatic alt text available.




kat ofis Etisalat..kena beli simcard kalau tak camner nak guna hp kan
No automatic alt text available.
heee pelik rasa tgk depa ni lepak camgitu kan..dh la panas cuaca tu
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.





sri lankan airlines cultural show


mak tak kuasa menjual nyahhh ngeee

my bestie kat Dubai nii...Azhar dan Cheah yg sangat helpful bila tau SSL ni pregnant

me and Samira yang drive all the way from Oman

tak ramai kot yg tau SSL ni pregnant..hehe

Malaysian nite yg ado adooo


chubbynyer cheq yg tgh preggy nii







with Capt Yaarub Abbas




Sunday, February 19, 2006

Kehamilan : Bengkak kaki

Bahan yang diperlukan :

  • Jadam
  • Air masak
  • Besen


Satu cara mengatasinya ialah dengan mencampurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat.

Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam.

Selawat 3x.

Seelok-eloknya disapu sewaktu hendak tidur.

In Sha Allah



Selain dari tu ada beberapa petua untuk mengelakkan bengkak kaki ni

1. Waktu tidur pastikan posisi kaki lebih tinggi dari jantung dan kepala

2. Jangan berdiri dalam jangka waktu yang lama hingga kaki akan rasa kebas yang membuat peredaran darah menjadi tidak stabil

3. Elakkan dari menggunakan kasut yang ketat dan tinggi

4. Lakukan sedikit gerak senam untuk mengurangkan kebengkakan kaki