Friday, October 20, 2006

Ahli ke 6 telah selamat dilahirkan

Alhamdulillah..syukur..saya selamat sudah melahirkan seorang puteri pada  October lalu namun tak ada kesempatan untuk menulis disini..sibuk menjaga baby ;D.

Nampaknya bulan Oktober ada dua kelahiran untuk disambut sebab Kak Myea pun lahir bulan yang sama dengan adiknya ni cuba berbeza hari...ishh kan best kalau sama tarikh kan..jimat kek..keke

Baby seberat 3.88kg dilahirkan pada jam 2.54 petang di HKL diberi nama Nur Iesha Nadira Nazli memang nampak lain dari yang lain mungkin sebab masa pergi Dubai hari tu Ummi dia ni berkenan dengan minah Arab yang cantik tinggi lampai tu..hehe


Memang menghitung hari bila nak berakhir dalam pantang ni, semoga dipermudahkan segala urusan dalam pantang ni la kan.

Seperti biasa dhubby akan menjaga seminggu dua ni lepas tu sy dah boleh jaga sendiri


Sunday, October 15, 2006

Kelahiran cahaya mata ke 6!

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi atas pemberian dan rezeki kami sekeluarga dengan kelahiran puteri bongsu dan diberi nama Nur Iesha Nadira pada jam 1454 petang pada 11 Oktober yang lepas.  Kalau tengok dia ni mmg sangat berbeza dari anak2 yg lain...sungguh putih merah dengan hidung mancung..keke siapa lagi nak puji kan kalau bukan Ummi sendiri nak puji anak sendiri kan kan.  Tapi mungkin sebab masa mengandung tu kan pergi Dubai dan berkenann dgn seorang minah Arab tu,,entah la kan so selamat berpantang buat sy la kan..baru seminggu tu dan kali ni dhubby yang akan jaga dan siapkan kelengkapan mandi, makan tengahari sementara dia cuti dan bila dia mula kerja balik dia akan siapkan apa yang patut.  Dah anak ke 6 so dah tahu la apa yang boleh dan tak boleh dimakan dan dibuat melainkan nak cari masalah..hehe

Melahirkan kali ni tak la susah dan tak la senang maklumla berat baby 3.88kg je...kecil sikit dari Bang Ngah dia dan bersyukur sebab dilahirkan secara normal walau ikut kiraan doktor dah terlebih hari..mana taknya kan sebab selalu tak kira dengan betul..so nothing new la