Sunday, October 31, 2010

20 Amalan murah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
 
 1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah
tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
 
 2.        Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah
, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
 
 3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah
jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
 
 4.        Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah
buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
 
 5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
 
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)
 
7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah
lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)
 
8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

 
9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."
 
10.     Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

 
11.     Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
 
 12.     Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
. Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
 
13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah
dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
 
14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah 
 15.     Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah  swt 
dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
 
16.     Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah swt
. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah swt berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)
 
 17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam. 
 18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah
, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
 
19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah
berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
 
20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah
. Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) 
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah swt, lalu Allah swt  limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Saturday, October 30, 2010

Aduyaiiii

Dah berapa hari dah x menitipkan cite diri disebabkan kesibukan.  The most sadden part is terlepas nak blogging pasal BB Torch jadi punah harapan untuk memilikinya dan nasib bertimpa bila blogging untuk Pizza pun hancusss.  Next time maybe.
Now what I have to think is pasal flight guest yg akan arrive di Langkawi on 31Oct ni and the most important client LADA punya bilik kat London, semoga aku dapatlah book esok.  Allah Maha penyayang pasti Dia akan membantu.
Mata dah mengantuk, esok nak ke pasar mcm biasa with Darling Hubby and baby. Sunday pulak  Darling Hubby nak outstation..uhhhhh

Good nite all! Sweet dreams!

Thursday, October 21, 2010

Special courier service

Chinese courier service ::: Forget about DHL, UPS or FEDEX!!  This beats them all!
  
A family in the Southern Province of China, were puzzled when the coffin of their dead grandmother arrived from 
the States. It was sent by one of the daughters. The dead body was so tightly squeezed inside the coffin.  

When they opened the lid, they found a letter on top of the corpse which read as follows: 

"Dear Cousins, I am sending Ah-ma (grandma) body to you since it was her wish that she should be cremated in the compound of our ancestral home in Tung Shin. Sorry, I could not come along as all of my paid leaves are consumed. 

You will find inside the coffin, under Ah-ma's body, 12 bottles of Yomeitsu tonic, 10 boxes of American Ginseng and 10 packets of Chinatown Chinese sausage Lap Cheong.  Please divide these among all of you. 

On Ah-ma's feet you will find a new pair of Nike Air shoes (size 10) for Ah boy.  Also there are 2 pairs of shoes for Ah Mei's and Ah Lien's sons.. Hope the sizes are correct.. Ah-ma is wearing 6 Calvin Klein T-Shirts.  The large size is for Ah Bak and the others are for my nephews.  Just distribute them among yourselves.  The 2 new Armani Jeans that Ah-ma is wearing are for 2nd uncle boys. The Rolex watch that Har Cheong wanted is on Ah ma's left wrist.  
  
Aunty Pei Pei,  Ah ma is wearing the Tiffany necklace, earrings and ring that you asked for.  The 6 white Polo cotton socks that Ah ma is wearing are to be divided among my teenage cousins.   

Let me know what else you need as Ah Kong (Grandpa) also not feeling well nowadays.  I can send all required things when our Ah Kong goes back too...." 

Got the email from Janet Thean...thanks dear I really enjoy the story..so hilarious

Tuesday, October 19, 2010

TeNsIoNNNN

Memang dah agak hari 19.10.10 pun x kan dapat net connection seperti semalam dek kerana TM baru nak tarik kabel dari area Jusco.  Kabel yg sedia ada exceed 5km jadi sebab tu asyik do down jer.  Bak kata Ismail the technician tu akan ambil masa paling cepat tis week dan selewat2nya 2 weeks...arghhhhh sadis giler tahap gaban ni.

Then run out for short while to AR for extension..nasib baik boleh if not..warghhhhh.

Back to ofis to settle kan kerja coz Bos suruh register untuk P1WiMax.  Seems ok with RM100 needed to be transfer as deposit (refundable) but apa2 pun tunggu Boss transfer la if not sowyyyyy den dah lotih guno duit sendiri.  Apa lah malang nasib..

The pathetic part is the girls kat ofis siap bawak broadband mereka sendiri...malu ahhhh sebab tanpa internet x leh la nak antar tu dan ini. X tau ler apa yg depa dok mengata...nasiblah.  Terpaksa tanggung kenyataan dan kebenaran walaupun parah..

Dahlah si Anto baru TT payment ari ni 19.10.10 dan x tau bila ari nak clear utk claim my pay...mmg terasa sangat bodoh yang amat sangat. Kalau ikut hati mau ku sumpah DF tu tapi buat apa menambah dosa pada dosa yang sedia ada.  Apa2 pun terasa malu plak pada staff2 kat ofis tu dan another thing is I dont have anyone to talk too!!!  Being an Operation Manager mmg mcm2 kena tanggung sendiri dan makan hati.

Wish I have shoulder to cry..teman untuk bual bicara dan melepaskan bebanan tapi x think ada yang faham seperti mana my great parents...terima kasih mak dan abah! love you both so much..muahhhh
Iesha with my beloved parents..Tok Abah dan Tok Mak.  Girl ni x kalah in pose..hihihi

Iesha with Tok Mak

Friday, October 15, 2010

Need to make decision!

Yesterday 14.10.10 had interviewed 2 guys for 1 sales exec position.  Need it fast but till now still thinking whom should I choose as both are jobless.  Hate to have the sympathy but need ppl to work for govt ticket as I am losing...argh...hope have the nerve to choose antara dua! and have to be today!

Occupied weekend! Event for last week 07.10.10

Arghhh..another pack and occupied weekend again! 07.10.10 need to be at the bridegroom place for beriniai kecil and small celebration for Miya 10th birthday and in all ends at almost 2am.   Hheheh. Then on Friday morning of 08.10.10 to Masjid Muaz bin Jabal for akad nikah and on 09.10.10 followed by the wedding reception.  Tired, exhaused just cant imagine!
Iesha at Novotel on 10.10.10 posing while waiting for Arisman
On 10.10.10 rushed to Pasar Keramat for wet marketing then out again about 1000hrs to Novotel to meet up with Mr Arisman.  After meeting for abt half hour rushed back home to prepare curry mee for Darling Hubby's niece.  Wow wat a day!

11.10.10  Happy 4th Birthday to sweetie Nur Iesha Nadira.

Wednesday, October 13, 2010

Ayam Masam Manis




Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam, dipotong ikut kesukaan, dibersihkan, dibasuh dengan tepung dan asam limau
1 labu bawang dipotong baji
1 biji tomato dipotong baji
Daun bawang dipotong sepanjang 1 inci
Nenas dalam tin - dipotong kiub
2 sudu sos cili
3 sudu sos tomato

Bahan untuk dikisar/ditumbuk:-
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih - diketuk jangan sampai hancur

Cara membuatnya:-
  • Lumurkan garam kunyit pada ayam dan ayam digoreng separuh masak.
  • Tumiskan bahang yang dikisar hingga kekuningan dan naik bau
  • Masukkan sos cili, sos tomato dan ditambah dengan air, dikacau hingga sebati 
  • Masukkan nenas dan ayam, digaul hingga semuanya disalut dengan sos
  • Tambah air jika perlu untuk pastikan semua bahagian ayam tu diselaputi sos
  • Masukkan tomato, gula dan garam, perlahankan api
  • Taburkan daun bawang, sup dan tutup api
Apa lagi kaut la..makan dengan nasi panas2..

Friday, October 08, 2010

TAFSIRAN TENTANG JARI DAN KEHIDUPAN

Setiap manusia mempunyai 5 jari....Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia.
 
Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:


1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil.
Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah `melentur buluh biarlah
daripada rebungnya'
 
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari ke-2 iaitu jari manis.
Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.

Bersediakah anda??

3. Jari ke-3 iaitu jari paling tinggi, jari hantu.
Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak `hantu-hantu pengacau' yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati,
dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.

Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.

Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya
dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, `cap jempol' atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata `good' atau `yes' sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.


SubhanAllah. ....begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam
 

Gunakan kehebatan dan keistimewaan jari-jari tangan anda....