Tuesday, February 08, 2011

2011 Cuti Gong Xi Fa Chai - Nyioq cabang 8

Bila cuti jer ada jer kenduri kahwin la..kenduri bertunang la..kenduri khatan ler.  Macam2 kenduri bila tiba musim cuti lebih2 lagi bila cuti umum jatuh pada hari yg dekat dengan Sabtu dan Minggu macam cuti Tahun Baru Cina pada 3 - 4 Februari lepas.  Maka seperti dah dibook Mr D'Hubby kena la menjalankan tugasan sebagai jurufoto pada anak abang sepupunya Nazira Saad dan pasangannya Hanif (oghang Ganu kite).  Kira2 pakej balik kampung sekali arr leh jumpa Mak Ayah dia sekali...klasss kan.

Yang sedih tu Ayong x mao pegi sebab nak cari kerja..huh alasan jer tu.  Jadi aku Ummi yang mithali ni masak bihun utk bekalan sebab nak stop kat R&R tu mmg susah nak dapat makanan arr kalu ada pun mmg sah x sedap...tapi kalau dah darurat tu balun jer la...

Jadi malam Rabu lebih kurang jam 0100 pagi kami pun gerak ler ke Kedah.  Otw tu singgah nak ambil $$$ kat Autoteller...hampeh sebab out of service (sah duit dah abis orang dah amik ler tu maklumla orang nak raya kan..haahahah).  Perjalanan mmg syiok sebab keta banyak tapi cool driving dengan layan lagu2 retro..perghhhh..tangkap syahdu dengan stop over kat 2 tempat jer sepanjang highway tu.

Finally we arrive about 0600am hari Khamis (03 Februari) yang dah penuh dengan ipar duai.  Nak tido pun x dak mood sebab letih woooo tapi bebudak bantai tidoq arr! my DH dah pekena red bull 2 tin jadi mata dia segar bugar gituuu..huhhhh dan capai moto gi beli sarapan pagi yg mmg favourite bebudak...nasi lemak kuning lauk sambal ayam dan roti canai serta kuih ler.  Ishh apa yg sedap sangat tu tak tau la..boleh jer la but mmg kurang minat sbb nasi dia tu macam beras hapak sikit. *_*

Seperti biasa mmg ler kat rumah tu Kak Cik (panggilan utk kak ipar my DH) tukang masak dan aku serta yg lelain cuma tolong2 jer (tolong sibuk).  Taste depa ni lain sikit sebab depa susah nak tukaq selera gitu..jadi kami2 yg menantu ni boleh main tolong2 apa yg patut jer...untung gak kan..kan hehehehe.

03 Februari, pagi tu my DH, FiL, BiL dengan sapa lagi ek..x pasti pun pi ke Sg Baru nak shot gambaq pokok nyiok cabang lapan.  Subhanallah...Allah Maha Besar...memang bukan superimpose tapi ni memang benar pokok nyiok ni bercabang2.  Rasa macam nak ikut ja depa lepaih tengok gambaq ni tapi bila my DH cakap banyak pacat..hehehehe Alhamdulillah x pi if not mau terjerit2 dan terkinja2 dalam hutan tu dok lari diri dari pacat2


gambar credit dr dhubby

Pastu depa teruih book Mentarang (sejenis makanan laut seakan lala tapi panjang yang dikutip dari dalam selut ditepi pantai.  Nasib depa baik sebab dapat beli pada nelayan pada harga RM6 sekilo kalau beli kat peniaga mau harga jadi RM8 sekilo.  Rasanya mmg sedap bila dibuat sayur manis (campur umbut pisang atau tempurung kelapa muda) tapi rasa kalau buat masak lemak cili api mesti lagi sedapppp..

mentarang..sape pernah makan? angkat tangan ^ ^

tengah tawar menawar dan dapat la RM6 sekilo..murahhhh
Petang tu dok kalut tolong menyibuk tengok orang buat hantaran pulak.  Pengantin perempuan tu kami panggil Aa' jer mmg comey dan slim (mmg adik beradik dia pun slim2 jer) kena prepare 13 dulang sebab yang si Hanif nak bagi 11 dulang..huhuhu...letih sungguh tengok depa ni menyiapkan hantaran dari petang sampai malam...tapi aku kena ZZZZ sebab letih travelling tu x habis lagi daa..

Petang Jumaat tu aku bodek DH gi Kuala Perlis nak pekena ikan bakaq dan laksa Kuala Perlis ler apa lagi.  Seperti biasa senja di tepi pantai memang menakjubkan dengan pemandangan yang cukup indah dikala mentari jatuh, angin yang meniup dan nelayan2 pulang ke daratan..fuhhh mmg syahdu sungguh!  Dan kami diberi kesempatan untuk menyaksikan kebesaranNya...Allah Maha Besar...




Apa2 kami anak beranak dan anak penakan DH, Cik Akmar pi pekena ikan bakaq Jenahak. Issh sebab lapaq jer tapi rasa nak cakap yg awat Tom Yam depan ceruoih jer..isshhh dengan kailan yang tawaq (ok la dari masin kan).  Yang pasti sedap adalah teloq dadar, nasi dan ikan bakaq pun x berapa sedap...Syukur jer la.  Laksa depa pun kureng tapi apa boleh buat tukang buat Laksa aka Mak Teh (adik DH) x boleh buat sebab dok kalut dengan kenduri daa..

to be continued arr...nak tidooo.

Tuesday, February 01, 2011

Minyak RON97 naik lagi

isssh tak tau nak cakap apa dah...geram, tekanan perasaan, marah semua ada bila dapat tau tengah malam ni tepat jam 12:00 minyak RON97 akan naik lagi 10 sen menjadikan harga 2.40 seliter.  Untuk pengguna RON95 kenaikan tetap ada tapi tak tau bila.  Terfikir nak tukar RON95 tapi implikasinya?? yang pasti ia kan merosakkan enjin dan ada yang kata kebanyakan kereta bila kemalangan akan terbakar? Betulke? entahla tapi yang pasti bila aku guna RON95 kereta memang tak speed up or jerking. Inikah hadiah Kerajaan pada orang ramai diatas kemenangan BN di Dun Tenang dan diatas usaha Kerajaan yang membekukan kenaikan tol di lebuhraya Karak dan Pantai Timur untuk selama 5 tahun?? Hmmmm...fikirlah sendiri

Apa-apa pun rasanya macam nak isi minyak jer malam ni sebab nak travel jauh esok malam...Yeahhh nak sambut Tahun Baru Cina kat kampung D'Hubby nun di Kedah.  Apa2 pun tengok kerajinan ler pulak kot.


Harga minyak naik lagi.





29 Muharram 1432H.
Cina Islam

Harga minyak Petrol RON97 akan naik lagi RM 0.10 seliter mulai 12.00 tengah malam ini dari RM 2.30 kepada RM 2.40 seliter. Kenaikkan ini dilihat dari jangkaan kenaikan yang akan berterusan kepada RON97 yang akan mencecah harga kepada lebih RM 3.00 seliter pada penghujung tahun ini mengikut satu maklumat yang saya perolehi.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 masih kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Selain itu minyak Petrol RON95 juga akan mengalami beberapa kali kenaikan pada tahun ini pada kadar yang belum dipastikan lagi menurut sumber yang kami perolehi juga.

Inilah hadiah tahun baru 2011 untuk seluruh rakyat Malaysia.



petrol station cartoons, petrol station cartoon, petrol station picture, petrol station pictures, petrol station image, petrol station images, petrol station illustration, petrol station illustrations
Jangan pulak kita mengalami masalah seperti dalam kartun ni pulak!

Kenaikan tol lebuh raya Karak, Pantai Timur dibeku lima tahun

TERKINI @ 03:56:02 PM 28-01-2011
January 28, 2011

Najib
PUTRAJAYA, 28 Jan — Tarif tol melibatkan dua laluan — lebuh raya Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Najib juga mengumumkan bahawa tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.
Ketika membentangkan Bajet 2011 tahun lalu, Najib mengumumkan tol bagi lebuh raya kendalian Plus akan ditangguhkan selama lima tahun.
Pemegang konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ialah MTD Prime Sdn Bhd manakala syarikat konsesi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught adalah Metramac Corporation Sdn Bhd.
Mengenai tiada kenaikan tol bagi dua lebuh raya berkenaan, Najib meminta supaya tempoh konsesi tidak dilanjutkan dan tiada pampasan diberikan oleh kerajaan bagi semakan tol yang tertunggak itu.
Bagi penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat pula, beliau berkata, ia adalah penutupan lebih awal daripada tempoh yang sepatutnya iaitu pada 2018.
Katanya langkah itu juga tidak membabitkan pemberian sebarang pampasan.
Perdana Menteri berkata inisiatif penutupan awal tol itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 39 juta pengguna lebuh raya tersebut.
“Ini bermakna pengguna lebuh raya tersebut tidak perlu lagi membayar tol. Tarikh implementasi penutupan tol, bagaimanapun akan berkuat kuasa setelah urusan dokumentasinya selesai, dijangka dalam bulan Mei 2011,” katanya.
Najib berkata inisiatif itu juga adalah manifestasi kesungguhan kerajaan untuk mencari penyelesaian berhemah berkaitan isu tol.
“Saya juga ingin menyeru agar inisiatif sebegini dapat dicontohi oleh syarikat pemegang konsesi yang lain demi kepentingan rakyat,” katanya.
Ditanya sama ada inisiatif-inisiatif yang diumumkan itu turut akan dilakukan di Lebuh Raya Utara-Selatan, yang dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad dan menjadi laluan utama pengguna di negara ini, Najib berkata perkara itu juga masih dalam pertimbangan kerajaan.
“Nanti dulu, satu persatu. Ada lagi. Saya ada banyak pengumuman akan datang” kata beliau.