Wednesday, November 30, 2011

Imbasan pemergian MIL...AlFatihah


Khamis / 25 Nov 2011
Sewaktu kami sekeluarga sampai Mak masih boleh bercakap walau pandangan matanya seakan tiada tindak balas macam sewaktu dia masih sihat namun masih dapat mengenali anak2nya

Jumaat / 26 Nov 2011
Mak masih kelihatan sihat, masih mampu mengangkat kaki kirinya dan sesekali kedua-dua belah tangannya mengawang persis bayi yang baru lahir dan masih boleh bercakap walau percakapannya tidak dapat kami fahami

Sabtu / 27 Nov 2011
Ahli keluarga semua panik kerana mak menunjukkan reaksi seakan-akan meninggalkan anak2nya namun kembali tenang.  Perkhabaran ke anak sulungnya dihantar dan kemudian dinasihatkan untuk lebih relax kerana keadaan mak kembali reda.  Namun keadaan mak membuat kami tertanya kerana mulutnya keras, ternganga dengan bunyi dengusan yang sungguh kuat

Ahad / 28 Nov 2011

Semalam pergi berjumpa ahli perubatan islam di Kuala Perlis dan ustaz usulkan untuk membuat bacaan ayat suci AlQuran selepas Maghrib dan pastikan semua duduk berjauhan dari MIL.  Kata Ustaz, MIL sedang diganggu..wallahuallam.  Kata beliau lagi kami harus berjaga2 kerana kalau MIL sedar..hanya untuk sementara.

Usai solat Maghrib, dhubby pun mula membaca ayat2 yg diberikan, aku dan anak2 serta yang lain duduk memerhati dari jauh..tiba2 adik ipar ku menjerit dan jatuh pengsan...tak pasti kenapa..dia kemudian diangkat suaminya ketepi dan dibacakan ayat2 suci AlQuran..dan dia pun tersedar..Alhamdulillah.  Aku buat isyarat minta untuk duduk dekat dgn MIL, dhubby izinkan.
Aku memberanikan diri untuk duduk disebelah d'hubby dan memerhatikan mak yang nafasnya semakin lemah.  Isteri sepupu d'hubby iaitu Kak Zah duduk berdekatan juga menantu cucu mak Siti Fatimah juga Angah.  D'hubby berkata bomoh cakap mata mak akan terbuka untuk beberapa ketika dan waktu tu mereka bolehlah memohon maaf buat kali terakhir kerana itulah tanda dia akan meninggalkan kami dan kemudian D'hubby bangun untuk menonton perlawanan bola Malaysia dan Bahrain.  Aku masih duduk memerhati penafasan mak dan ubun2nya turut berombak seperti bayi yang baru lahir.  Aku perhatikan perut mak berombak laju kemudian berhenti diikuti dadanya berombak kemudian berhenti.  Kemudian ombakan di tekaknya serta diubun2 tetiba matanya terbuka..aku terkejut dan menyuruh Angah memanggil d'hubby dan d'hubby memanggil ahli2 yang lain.  Sambil membisikan salawat ke telinganya dan merasa denyutan di nadi  dan tangan dan mak pergi menyambut seruan Illahi pada jam 10.24 malam mengikut perkiraan aku.
 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Kemudian anak2 pun bersiap untuk memandikan mak dan mak ditempatkan di tengah rumah untuk memudahkan urusan.  Anak menantu, cucu dan anak menakan turut bersama tidur menemani arwah

Yang pasti tahun depan tiada lagi nasi ulam, tiada lagi orang yang akan sibuk menyediakan bantal, sarung dan selimut untuk kami tidur dan yang tanpa jemu menyiang ikan walau dalam keadaan kekurangan setelah kakinya dipotong...itu semua hanya tinggal kenangan.

Teringat aku mak mertua memang rajin berjalan dan kekadang meninggalkan ayah mertua berminggu untuk ke rumah anak2.  Dan bila dia datang ke rumah aku, D'hubby mula mengada menyuruh maknya memasak macam2 dan yang pasti mak mertua sangat rajin ke kebun.  Ohhh aku tak akan dapat kunyit serbuk kering dan asam jawa buatan mak mertua lagi entahlah mungkin kakak ipar D'hubby akan membuat dan bagi kami lagi??? Wallahhualam.

Jenazah mak dikebumikan bersebelahan kubur Amit cucunya dan urusan berjalan lancar

Aku dan keluarga sempat bersama2 untuk kenduri tahlil 2 malam berturut2 walau abang ipar dan D'hubby tidak beria membuatnya kerana dalam Islam hanya 3 perkara yang penting.
Pertama : amalan si mati.
Kedua : amal jariah dan
ketiga : doa anak2 yang soleh dan solehah buat siibu

Semoga roh mak mertua ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman.

Tuesday, November 29, 2011

Perjalanan terakhir bonda mertua..28 Nov 2011

01 Muharram 1433 tarikh yang akan terus diingati kami sekeluarga lebih2 lagi buat d'hubby, pulangnya..penghijrahan ibu mertuaku menemui pencipta yang Maha Besar, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Juga berakhirnya penderitaan dan segala kesakitan didunia yang disimpannya rapi dari pengetahuan kami.  Sesungguhnya mmg dia tak mahu anak2nya tahu dan risau..Subhanallah betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..mampu kah aku? kita?


Ya Allah. aku memohon kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan bonda mertuaku dikalangan orang2 yg beriman dan solehah







solat jenazah ke 2 sebelum ditempatkan di liang lahad



FIL mundar mandir...banyak berdiam mungkin akan berasa kesunyian kelak


anak2 dari sekolah tahfiz berdekatan...sangat comel

kaum keluarga dan sanak saudara


sekujur tubuh ditutupi selimut putih




Terkenang arwah Tok Mak...
Teringat masa zaman kanak2 dulu waktu arwah Tok Mak sakit, aku masih bersekolah rendah, mengadap arwah yang terbaring dan sewaktu nafas terakhirnya, Wa yang agak pandai agama ni menyuruh kami melihat bagaimana roh keluar dari badan..aku? hehe mana ada berani nak perhati tapi ingatan pemergian Tok Mak sangat kuat dan kadangkala merinduinya...Jamaliah nama Tok Mak..sungguh cantik dan baik..seingat aku dia dah lumpuh dan cuma mengesot dalam rumah.  AlFatihah buat Tok Mak Jamaliah..semoga roh Tok Mak ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..aamiin

Saturday, November 26, 2011

Pengorbanan seorang ibu dan kasih anak

24 Nov aku ambil EL sebab harus pulang ke kampung suami untuk menjenguk mak mertua yang kian tenat.  Dengan kerja yang tidak selesai tapi nasib baik ada kakitangan yang boleh diharapkan.

Sebelum pulang D'hubby sudah berpesan pada anak2 supaya tidak celupar kerana bau2an yang kurang enak pasti akan dihidu sesampai ke rumah kedua orangtuanya.  Alhamdulillah, anak2 mengerti. Kesian pada Angah dan Kak Yang kerana mereka beria2 nak berlari Larian Nike pada 27 Nov namun tidak kesampaian.  Mungkin tahun2 yang akan datang Insyallah dapat mereka sertai lagi.

Bonda mertua masih gering..terbaring dan tanpa daya.  Mak Teh (panggilan untuk adik ipar) dan Kak Chah mengambil tanggungjawab sebagai anak perempuan untuk menjaga mak siang malam. Menahan dari bau busuk yang keluar dari ketumbuhan yang mereput dipangkal peha yang sebesar buah kelapa.  Mak pulak tak lalu makan hanya minum air barang sesudu dua.

Pepagi Mak Teh dan Kak Chah akan mengelap tubuh yang tak bermaya tu dan membersihkan ketumbuhan dikaki dan dipangkal peha. Alhamdulillah ada anak2 yang sudi menjaga ibu yang terlantar sakit.

Hari ini 26Nov, darah beku keluar dari dubur sepanjang 3 inci semasa dibersihkan.  Mungkinkah telah pecah ketumbuhan di paru2 dan di tekak yang telah di'detect' semasa ujian MRI tempohhari? Semalam mak seakan gelisah..mungkin menahan sakit tapi kami hanya menduga kerana mak tiada kederat (bak logat utara) dan tutur kata nya juga susah untuk kami fahami.  Seperti kata Kak Chah, doktor pun memberi keizinan untuk membawa mak pulang kerana tiada apa lagi yang boleh dibuat kerana ketumbuahan telah berakar keseluruh dalaman tubuhnya dan tiada ubatan melainkan pecahan yang sebesar mulut berlubang yang boleh memuatkan empat jari di ketumbuhan di pangkal peha dicuci setiap hari. Menurut doktor lagi sekiranya hendak buang ketumbuhan tersebut mak harus dihantar ke Hospital Kubang Kerian atau HKL namun tidak pasti kalau para doktor disana akan dapat membuat pembedahan dan kemungkinan juga harus menunggu entah bila.  Kalau pun dibedah, kemungkinan sebelah kakinya akan dibuang dan juga harapan untuk pulih tiada kepastian.  Ya Allah sesungguhnya berat sungguh dugaan mak mertuaku.

Apa yang menambahkan kesedihan D'hubby adalah bila doktor menanya kenapa mak menyorok ketumbuhan tersebut dia menjawab dia tak mahu menyusahkan anak2.  Sungguh hiba sekali dan betapa pengorbanan seorang ibu yang tidak mahu membuat anak2nya susah.  Subhanallah...Bagaimana pulak nasib aku nanti???

Pagi tadi anak2nya panik seketika kerana mak resah/gelisah dan perkhabaran diutus kepada kekanda di Shah Alam untuk segera pulang...tidak lama kemudian keadaan kembali tenang...Entahlah..

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan bonda mertua ku dan janganlah Engkau siksa dia jua anak-anaknya. Ampunilah dosa2nya dan tempatkkanlah dia bersama2 orang2 yang beriman. Amin..Amin ya Rabullalamin..

Apa itu Solat Qasar dan Solat Jamak



sumber dari JAKIM

1. Solat Qasar
 
1.1. Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
 
1.2. Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
 
i. Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
 
ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
 
1.3. Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
 
1.4. Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii. Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
iii. Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv. Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
v. Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
 
1.5. Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)
 
2. Solat Jama’
 
2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :
 
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
 
ii. Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
 
2.2 Syarat Solat Jama’
 
2.2.1 Solat Jama’ Taqdim
 
i. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
 
ii. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
 
iii. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
 
iv. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
 
v. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
 
2.2.2 Solat Jama’ Ta’khir
 
i. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
 
ii. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
 
2.3 Contoh Niat
 
2.3.1 Jama’ Taqdim
 
i. Jama’ Taqdim Empat Rakaat
 

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
 
ii. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
 
2.3.2 Jama’ Ta’khir
 
i. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
 

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)
 
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

 
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Monday, November 14, 2011

Congratulations Kak Yang..good UPSR result

Congratulations Nur Amanda for the getting 4A and 1B in UPSR..its such a good result and you have done your very best..wishing you best of luck for your future and may you dreams come true..I will always pray for your health and success..

A treat at QThai Restaurant in Jalan Sultan Ismail...authentic Thai food loved by all of us.  Say less..eat more haha




















 

 

Wanna try here?

Address: Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

 

Sunday, November 13, 2011

Bubur Pulut Hitam

Hari ni menu masakan biasa2 aje sbb semalam D'hubby dah bawak balik gulai ayam kampung yang dia ambik kat rumah BiL di Shah Alam. Jadi x adalah masak yg heavy sangat lagipun nak kejar masa sbb D'hubby kena buat shooting lagi..

Kesian kat sweetie puteri yang bongsu sbb demam panas mungkin sebab kena hujan semalam waktu balik dari konvo semalam kot.  Dah bagi makan ubat tp dia muntah pulak rupa2nya lidah dia pecah...  Yang kelakarnya dia ikut gi pasar pastu mintak kat ayahnya utk makan pagi roti boom dan milo ais..bila aku cakap "aik..minum ais demam2 ni..dia jawab badan Acha panas jadi kena lagi minum milo air yang sejuk...kwang..kwang..kwang..lawak sungguh sikenit tu..yang sungguh menghiburkan seperti selalu walau pun dia demam.  
speedy recovery my sweet baby!



Dek kerana Angah suka makan cekodok pisang, jadi dah boleh katakan tiap2 minggu buat cekodok untuk makan petang tapi hari ni terasa rajin sangat untuk buat bubur pulut hitam...yang sungguh senang sekali...


bubur pulut hitam dicampur santan segar sedia untuk dimakan

Meh mencuba resepi yang mudah dan lazat niii 
Bahan-bahan
300 gm pulut hitam
1 keping gula melaka (size terpulang pada kesukaan kita)
santan segar
1/2 cawan gula pasir (kalau nak extra manis)
daun pandan
segenggam sagu
susu segar
secubit dua garam

Cara-cara
  • Pulut direndam semalaman, dibersihkan dan ditoskan dalam penapis (jangan lupa selawat ya)
  • Masukkan pulut ke dalam periuk dan sehelai daun pandan yang disimpul serta masukkan air (sukat ikut macam masak nasi) dan rebus hingga masak
  • Masukkan gula melaka dan renihkan lagi hingga betul2 kembang
  • Masukkan santan cair dan kacau
  • Toskan sagu yang direndam dan masukkan kedalam pulut dan kacau
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan biar renih dalam 5 minit dan tutup api
Setengah orang akan masak sagu dalam microwave dulu baru masukkan ke dalam periuk, ikut kesukaan dan selera masing2 kan

Kalau nak makan, masukkan kedalam mangkuk dan letak susu segar atau santan dan suap ke mulut

Selamat mencuba



Konvo Tabika Gabungan Parlimen Setiawangsa

Hari ini routine ke Pasar Dato Keramat ditunda ke esok hari dek kerana ke Konvokesyen si Nur Iesha Nadira di Dewan Banquet, PULAPOL
Acha bersama Raja berjubah sebelum penyampaian sijil bersama 

Acha yg sedia dimakeup oleh Kak Yang dan Kak Chik untuk persembahan penutup...macam anak cina

Acha bertambah syok sebab cousin terbaek dia pun ada..Israf Aqil dan Ivy yang kemudian terus lepak dengan dia seharian..mmg syok betul mereka ni...
Aqil pun ada





bersama murid tadika yg bersama2 membuat persembahan disampaing guru Cikgu Salmi

Thursday, November 10, 2011

KEK ANGRY BIRD BUAT HARI LAHIR KE 5 ICHA

Untung kan anak2 sekarang ni bila birthday jer mintak macam2 kan. Tahun ni Icha dah book nak suruh Paksu Ross buat kek Angry Bird...dan yg pasti terlaksana kan.

kek ni nak makan kat Tadika hehe

Tuesday, November 01, 2011

01.11.11 ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 19!

Tanggal 01 November 1992 suatu tarikh yang takkan mungkin ku lupa menjengah sekali lagi..dengan si dara berpakaian baju kurung seakan songket kuning dan si teruna berpakainan serba hijau...seperti warna negeri Kedah  (hijau kuning..hehhe) menanti untuk disatukan... 

Pejam celik…pejam celik dah 19 tahun rupanya aku menjadi suri aka isteri aka  sleeping partner aka kawan dan lawan kepada En Nazli..fuhhhh lama gak tu dengan segala sweet sour kehidupan yang kami tempuhi bersama..suka dan duka…rasanya banyak suka dari duka kerana aku ni bukan jenis suka bercerita sangat kalau dirasakan x perlu sebab abah dan mak lah tempat aku melepaskan kepenatan dan kesusahan menghandle pejabat pelancongan buat masa ni.

Betapa aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang telah menjadi suami yang sah sejak 19 tahun yang lalu yang cukup sederhana..(sederhana ker??.hehehe) dan sememangnya sangat bertanggung jawab malah mengambil separuh dari tugasan ku setiap hari sekiranya dia tak outstation..kalau dia outstation…ya rabbi….mmg havoc jadual harian ku..

Ingin aku share apa yang kekasih hati ku buat setiap hari..

Seawal jam 0600 pagi dia dah bangun mengejutkan aku walau kekadang aku bangun sendiri la dek kejutan alarm sendiri..(kekadang tertidur balik sebab mengantuk atau dek kerana masalah mata yang injured..ni cerita 3 tahun lepas daaaa.  Bangun saja dia buat sedikit exercise pas tu terus ke bilik air untuk mandi dan solat.  Aku pulak ke dapur menyediakan masakan untuk anak2 (Angah Ammar dan Kak Yang Amanda) yang akan pulang ke rumah bila balik sekolah nanti.

Sehabis solat my darling hubby (D’hubby) akan mengejutkan the girls untuk mandi dan bersiap dan seterusnya menghantar mereka ke sekolah seawal jam 0650…sungguh pack jadual dia! Dalam jam 0715 dia akan sampai balik rumah dengan siap membeli bekalan untuk dirinya dan sicilik Icha. Debak debuk...debak debuk..…bersiap pulak nak ke pejabat dengan Honda Executive 5 series (Honda cup daaa..tu panggilan glamour D’hubby untuk kenderaan dia tu…dan tingallah aku bersama si cilik untuk routine aku pulak menghantar Icha ke tadika dan seterusnya bersarapan bersama kedua abah dan mak sebelum ke pejabat dalam jam 0845pagi…kekadang jalan kaki jer lepas parking kereta kat depan rumah mak dan abah tu..Alhamdulillah aku masih dapat bermanja walau dah tua tu…42 tahun sebab abah pasti buatkan se teko tea untuk aku…huhhh hebat kan?? Jangan jealous ye teman2..

Routine kerja aku dan D’hubby amat berbeza..aku di bidang pelancongan dan dia jurukamera kanan di jabatan kerajaan.  D’hubby sanggup cuti sekiranya aku kena outstation atau ke luar negara untuk sales mission..beruntung kan aku ni dah la anak ramai…setengah dozen tapi D’hubby x pernah mengungkit atas pengorbanan dia tu..Alhamdulillah

Petang pulak dia dah sampai rumah seawall 1730 petang dan kekadang dinner awal sendirian (kalau lapar sangat la tu) dan aku pulak tiba jam seawall 1815 dan kekadang jam 1900 baru sampai…sebab nak menjemput the girls balik rumah bersama2.

Next tugasan D’hubby mengajar anak2 mengaji AlQuran dan menyidai pakaian..sementara aku hmmmmm…kekadang relax atau dah mula on laptop untuk sambung tugasan pejabat…hebatkan suamiku!!

Ya Allah…terima kasih kerana memberi hambamu ini seorang lelaki yang begitu perihatin dan menyayangi diriku.  Semoga dia menerima segala baik dan buruk ku seperti mana aku menerima dia dan semoga kami akan berbahagia hingga ke akhir nafasku yang terakhir..Amin

Buat Nazli Bin Mat Noh…I will always love you forever and ever..till death take us apart…terima kasih kerana menjadi suami dan ayah kepada anak2 kita yang penuh ragam dan x jemu cuba memberi apa yang terbaik untuk mereka walau kekadang terlalu pampered mereka keterlaluan.  Semoga anak2 kita akan membesar seperti kita dengan penuh kasih sayang sesama mereka

Happy 19th Anniversary..with love till Jannah