Tuesday, March 13, 2012

Kerana Terpaksa Aku Relakan

Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng...
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih 
ada di sisi...


Kisah kehidupan seorang gadis bernama Indah Halina yang dibenci dan difitnah ibu tiri dan kakak tiri yang irihati.  Kakak tirinya Zawati sanggup tinggalkan dia sewaktu berhenti di R&R sehelai sepinggang dan menipu ayah tirinya dengan mengatakan Indah lari.  Disebabkan konon untuk menutup malu, simak tiri mengesyorkan anaknya Zawati berkahwin dengan Saiful.  Jadi Zawati yang sememangnya suka dekat Saiful tercapailah hasrat dia tu.  Jahat kan.  Kesian Indah bila dapat balik selepas selesai majlis perkahwinan namun atas hasutan mak tiri, ayah dia sendiri tak mengaku anak malah dihalau. Sedih.hiba..
Si Zawati ni pulak memperbodohkan suami dia dan berseronok dengan Yazid yang tak bekerja..geram sungguh tapi spt biasa kalau orang teraniaya ni pasti tidak selamanya dalam kesusahan dan rezekinya kerana ikhlas membantu Dato' Safiya walau tidak semudah tu jugak..banyak rintangan dia hadapi..dibuang kerja, disyaki mencuri handphone dan jugak mencuri hati anak sulung Dato'Safiya hehe.  Indah juga mendapat teman istimewa dihati Dao' Safiya yang ambil dia bekerja dan tinggal serumah...dan bermula la kisah cinta dongeng gadis kampung yang tak punya apa-apa dengan Tajul Razin yang punya segalanya tapi cinta bukan seindah begitu saja...disukai oleh Tajul Zahin yang playboy dan kemudian mengharap cintanya...si abang akur dengan si adik dan mengizinkan siadik untuk menikahi Indah...sad kanis

Rasa sesak nafas membaca kisah Indah ni..
Indah kemudian lari membawa diri dan tinggal bersama kakak angkatnya.  Setelah sekian lama menghilang Indah dijumpai



"Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasl kucing laju aje cakap.  Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?" Tajul Razin

Err..Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abng selama-lamanya boleh, kan?" Indah Halina

"Kenapa sebut adik perempuan aje? TAk ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu beranggan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup.  Tak sama ke angan kita? - TajulRazin

Waktu- waktu yang diharamkan solat


Assalammualaikum wbt



Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk 
solat) iaitu tegahan karahah tahrim [Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya 
itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :
Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan

Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)

Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.

Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.

Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1)Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,
  lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat

2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkanuntuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Sunday, March 11, 2012

Tuesday, March 06, 2012

Selamat Hari Lahir my darling half

Happy belated birthday my darling husband!

Akhirnya selesai sudah tugasan dhubby untuk Le Tour de Langkawi (LTDL) semalam dan hari ni baru dapat sambut dengan kek kegemarannya..apa lagi kalau bukan Tiramisu dan tahun ni istimewa sikit sebab bagi handphone untuk dia

Semoga dia terus sihat dan selamat selalu serta diberkatiNya.

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people


Image may contain: one or more people