Saturday, July 30, 2016

Terlewat bangun la pulak..

Pagi semalam sedar2 jer tengok waktu kat handphone dah 0630 arrr..ahhhh...kelamkabut la bangun kejutkan the girls...nasib baik la anak2 semua mudah la nak bangun pagi kalau tak haaaa ada yg cuti peristiwa kan..nasib baik hari Jumaat kan


Since dah lewat so cheq pun offer antar  Pumpkinpie dengan Sweetpie ke sekolah yg sepelaung je tu and Ayong otw ke ofis antar cik Applepie kat SRK dan balik terus prepare masakan gulai ayam dengan kentang yg sedap...hehe puji diri kannsss kekeke



Balik petang tadi spt biasa singgah rumah mak jemput Applepie..sementara tunggu siApplepie naik dr taman permainan, buat ler apa yg patut..lipat baju..sapu sampah sbb abah dan mak kan tak sihat dan umur pun tu umur bonus kan. Abah tahun ni dah 92 tahun dan mak pulak dah 82 tahun semalam.  So had quality time la jugak borak dengan mak sbb dekat sejam kat rumah tu..selalu kejap jer sbb nak rush balik rumah tp hari ni Jumaat, hari siApplepie boleh main kat playground dan nothing to rush kan..

Bila Applepie naik jer dah bersiap balik ler...dengan mood lapar la nak makan gulai ayam dengan roti haha.  Seperti biasa cik applepie ni mmg penglipurlara yang mmg menghiburkan sepanjang jalan balik rumah..gini citenyaa  dengan intro "Tau tak?" hehehe



Cerita 1 : " Ummi tahu tak Acha tak pergi sekolah hari apa?" "Salah la yg Ummi tulis kat surat tu jd Acha pun padam pastu tulis tarikh 22 Julai dengan 28 Julai baru Acha bagi teacher"

Cerita 2 : "Ummi tau tak pagi tadi waktu Ayong antar Acha...Ummi tau kan dekat dengan tadika tepi jalan lepas Jusco tu kann...motor Ayong habis minyak"..hah terlopong mulut Ummi dengar..."nasib baik ada abang tu lalu tanya kenapa? "Ayong cakap minyak habis jadi abang tu pun tolong la tolak motor" "pastu Ayong sampai stesen minyak pulak Ayong tak cukup duit jd Acha pun bagi la tambah RM2 bila Ayong ambik duit kat mesin ATM Ayong bagi Acha RM5 dengan sekotak air milo" wahh untung kan!

Cerita 3 : " Ummi tau tak kawan Acha tu dapat Iphone5s" erkkk Ummi terkesima budak sekolah rendah sibuk dgn Iphone nii. Hoyeee dah sampai rumah so nanti ada la sambungan kan cerita dari cik tau tak nii...
tau tak? hahaha

Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, July 28, 2016

Birthday Mak 28 July 1936

Hari ni mak menganjak ke usia 82 tahun walau mungkin tarikh dan tahun ni bukan tarikh sebenar. Memang zaman dulu samada tarikh lahir dipalsukan hehehe atau main hentam kromo jer sebab masa zaman Jepun berlari ke sana sini, surat beranak pun tercicir la atau ada yang tak sempat buat pengesahan kat balai polis pun.  Tapi untuk kes mak memang dia ada surat beranak tapi tercicir entah kemana sob sob

Mak sangat setia menjaga abah yang kerap pelupa tapi tak la teruk sangat tp lately abah ni sangat emo dan merapu dan juga sering salahkan mak dan mintak mak hulur tangan untuk angkat dia tp mak mana ada kederat sebab mak sendiri pun tulang belakang dia senget.


Semoga mak diberikan ketabahan dan dipermudah kan segala urusan didunia dan akhirat.

Mak ini seorang yang mementingkan keluarga dan kami yang dah berkeluarga ni pun kalau boleh dia nak kami ikut dia kemana dia pergi, balik kg ke atau menziarah sanak saudara.  Dulu mak garang, silap buat salah mmg nak kena la dan kalau tak dapat hari ni esok dia kumpul hehe.  Mak ni bukan orang yang tak suka orang lain marah anak dia dan kalau dia marah pastu ada tetamu..otomatik dia berubah sbb tak nak tunjuk kat tetamu...hehe

ni bukan la birthday cake mak..hehe

Mak dan Keluarga Mak
Mak dilahirkan dengan nama Ramlah (Hajah Ramlah) tapi dipanggil Chik mungkin sebab dia kecik tapi ikut size mak dengan arwah Mak Teh, mak kategori besar la jugak.  Dalam family mak dia dipanggil Mak Tam..Mak Tam Chik dan sehingga hari ni hanya mak dengan adik perempuan dia je yang masih hidup iaitu Mak Cik Limah dan adik ipar dia Cu Che Nah.

Mak ada adik beradik yang agak ramai antaranya Wa Karim, Pak Ngah Daud, Mak Lang, Mak, Pak Uda Abdul Rasit, Makcik Halimah, Paksu Ishak.  Teringat zaman kanak2 dulu masa arwah Tok Mak ada, kami mmg rajin balik kg jadi dapat la berjumpa kaum kerabat, mak2 sedara dan sepupu.  Rasa rindu kat zaman tu bila dulu2 nak pergi tengok TV kena pergi kat rumah Pak Uda Rasit yang dalam 5min kot nak berjalan atas jalanraya yang diterangi lampu jalan dan sunyi...sambil jalan tu cuba la nak dok dalam line tengah tak mau kat belakang waktu habis tengok tv sebab takuttt haha.  Pastu nak mandi pulak kena turun tangga sebab bilik air kat bawah sama la jugak dengan tandas letaknya kat belakang rumah lagi ngeri kan...Kat kg Tok dulu mmg 'keras' sebab ya la dulu2 kan hutan, kiranya Tok Ayah ni antara peneroka la yang mula meneroka kat kg tu.  Tok Ayah kami ni berasal dari Songkla dan Tok Mak pulak berasal dari Batu Bara, Jawa dan Abah kami pulak keturunan Cina pun ada, mamak pun ada so kami dah jadi caca merba..serba confuse hahaha.

Kg mak kat Kuala Kurau, Perak yang memang sinonim dengan org Banjar tapi Tok kami bukan Banjar..selalu org dok ingat kami keturunan Banjar walhal kami keturunan Jawa!

ehh ni sebenarnya ceritera birthday mak bukan asal usul, adik beradik hehe...tak pe kita selit sikit dan nanti kita cerita lagi ya

Live, Luve, Life




Tuesday, July 26, 2016

Throwback ~ Kenangan 18 Ramadan 1434 ~ iftar di Sakura Kristal dengan TDKKUL team

Iftar bersama operation team KUL, mengimbau kenangan sewaktu bersama the team yg giler2 mcm Artiqah dan Mummy Ina.  Time ni Sakinah masih solo dan Liez pulak tengah berbadan dua

Mr GM, Mrs OM, Liez, Artiqah, Sakinah dan Epy
Venue : Sakura Kristal, Taman Melawati

Selamat berpuasa dan semoga bertambah rezeki kita ya

boss dengan cewek dari seberang and partime sales Diela




kosongkan sebab yg lelain tu gi ambil makanan ler..

sesi kenal mesra dengan family team...adoiii Angah dengan rambut panjang tuu

Tip : Bercuti bersama warga tua





Meluangkan masa bersama ibu bapa dengan melancong atau bercuti didalam dan luar negara adalah saat yang paling kita semua suka dan akan menjadi memori terindah lebih-lebih lagi dapat menggembirakan kedua orang tua juga datuk dan nenek pada anak2 kita.

Jom pastikan dan buat senarai tentang persediaan sebelum memulakan perjalanan ya ^_^
  1. Buat pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan sekiranya mempunyai penyakit serius dan terdapat hospital yang berdekatan terutama kalau ke pulau-pulau percutian yang selalu punya kelengkapan yang terhad
  2. Bawa bekalan ubat-ubatan.  Ia perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasai masalah kesihatan jika berlaku.  Adakalanya ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi dilawati.  Persediaan awal dapat mengelakkkan sebarang kemungkinan.  Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan kekeliruan terutama apabila diserang sakit
  3. Kurangkan pengambilan minuman beralkohol.  Bagi mengelakkan diserang penyakit yang tidak diduga
  4. Elak perut kosong.  Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan mereka
  5. Rehat secukupnya disetiap perhentian supaya dapat segar semula.  Warga tua memerlukan lebih banyak rehat dari orang muda
  6. Kerap minum air untuk mengelakkan penyahidratan (dehyration) apabila cuaca panas
  7. Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan sekiranya ada pertukaran cuaca untuk mengelakkan terkena selesema kerana cuaca sejuk.
Ok kalau semua dah dibuat tu tanda anda dah bersedia untuk bercuti dengan gembira dan tenang untuk kenangan akan datang!

Selamat bercuti

Syawal : Jengah Lulu Hypermarket

Hubster masih kat Sarawak untuk SUKMA, Kak Yang tak balik dah 2 minggu sebab busy dengan assignment..tak per la nak untuk berjaya kita kena berkorban, Angah dah  awal lagi keluar pi main bola dan Kak Cik pulak ada kelas tambahan untuk SPM tahun ni..

Semalam Ayong pun pesan suruh bersiap lepas Zohor nak pergi melawat LuLu Hypermarket yang dok heboh diperkatakan tu.  Memula malas nak pergi tp Ayong dok bersungguh ajak so pergi jer laa kan

LuLu Hypermarket dah ada cawangan di Kuala Lumpur sejak 25 June 2016 terletak di Jakel Mall, Jalan Masjid India.  Orang dok sibuk war-warkan dan SSL and the team..hehe half the team la sempat la jengah sebelum ke SOGO.  Terima kasih Ayong sebab bawak Ummi dan adik2 dan mmg betul pun jalan mmg lengang boleh main tengteng lagik maklumla orang ramai masih sibuk pi open house!





mcm2 pulak makanan kucing untuk berparty hahaha

kotak berisi donut..isi dah habis daaa

pelbagai jenis buah2an ada..ni antara yg pelik lupa pulak nama dia adoiii
applepie ni kalau pasal bergambar mmg sakan kannn

Memang serasa macam berada kat Dubai pun sebab barangan yg dijual mcm kat pasaraya kat sana.  Luas dan memang luas ruang membeli belah.  Cheq nak ambil gambar byk2 pun takut kena sound so pic bawah ni ambik kat FB LuLu jer la, Kang tak pasai2 depa ingat kita ni nak skodeng ka..tak ka naiya hehe

banyak nauuu choices kek kat sana...kesedapan>> no comment sbb SSL dh ada personal chef

Entrance ke LuLu

luas dan lapang sungguh

pic dari FB LuLu jer
Selesai di LuLu kita serbu SOGO pulak...off record la ya

Monday, July 25, 2016

Ubat Tradisional ~ nenas oh nenas

Kesian Bang Yong batuk dah dekat 2 minggu kot ditambah lagi dia tu perokok..dh jenuh cakap suruh berenti tp ishh payah la kot.  Sejak 4 hari lepas dia dah guna ubatan homeopati so kita tunggu jer la hasilnya dan sekarang Bang Ngah pun batuk2 jugak.  

Waktu dok layan FB ternampak perihal nenas sebagai ubat batuk! wow tu dah kira bagus tu.  Jom baca untuk jadikan ubat untuk batuk tu ya.

Ambil nenas dan dibuang kulit dan mata ya.  Cuci dan potong mcm kuib supaya bila masuk pengisar senang nak hancur ya.  Masukkan air untuk kisar dan ditapis..ada yang tapis 2 kali untuk pastikan nenas yg halus tak ikut sama dalam bekas minum ni.  Setelah diperah, air nenas tu dimasukkan ke dalam bekas dan simpan.  Minum la 2 kali sehari Insha Allah batuk akan hilang sepeeti  Ayong baru minum 3x dah hilang batuk tu..

Alhamdulillah



Thursday, July 21, 2016

Caj Letak Kereta mulai 01 Ogos 2016

Makin hari makin perit..makin banyak kos naik buat kita semua dan mulai 01 Ogos ni warga bandaraya Kuala lumpur bersiap sedia la ya dengan tarriff parking terbaru ni yang akan naik 150%.

Kata Datuk Bandar Mhd Amin, kadar tu masih murah ..ya la kan kadar 80sen naik jadi RM2.00 jer sejam pastu antaranya sebab tak nak la pengguna parkir ni tak la guna parkir mcm hak mereka seorang...ada ke org macam ni kot? Selalunya kita ni parking waktu shopping je dalam mungkin 8 jam sebab shopping raya atau parkir untuk pergi kerja idak la pulak cheq tau ada yang parking sampai kereta tak bergerak2 atau parking mati kat situ.

Kata Mhd Amin lagi.."Jadi tak wajarlah tamak untuk gunakan tempat parkir. Sebab itu pokoknya mereka hanya boleh parkir dua jam sahaja satu-satu masa," jelasnya. sighhh adoiii

Nak baca lebih lanjut klik kat sini > Kesulitan guna pengangkutan awam bukan tanggungjawab DBKL - Datuk Bandar


Suara Rakyat
TU DIA !!!.. kalau boleh nak dinaikkan RM40 sejam..
Ini baru dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN kena bayar..
APA NAK HERAN... Najib kan dah kata..kadar kemiskinan tegar rakyat M'sia DAH HAMPIR KOSONG PERATUS !!!
Jgn susah hati, rupa2nya rakyat Malaysia skrg bertambah kaya..
Tak salah naik caj parking pun..
Kan.. Kan.. Kan...

Wednesday, July 20, 2016

Perodua Bezza...nyata berbeza kann

Dah banyak jadi topik terhangat pasal Perodua EEV sedan pertama yang dah boleh ditempah di seluruh pengedar Perodua berdaftar mulai hari 18 July ni. 
Perodua Bezza dalam 5 warna untuk 3 modelnya (Standard G, Midline Premium X dan range-topping Advance dengan harga untuk Semenanjung Malaysia :
Standard G (1.0 G manual) – RM 37,300
Standard G (1.0 G automatic) – RM 39,300
Premium X (1.3 X manual) – RM 42,800
Premium X (1.3 X automatic) – RM 44,800
Advance (1.3 AV automatic) – RM 50,800


Jom kita tengok photo2 dari FB Perodua Bezza ni..sangat berbeza

wow..nampak mewah kan


hehe apesal pulak stereng mcm gitu...pelik pulak asenyaaa


mcm muka topeng ironman pun ada dah niii..hahaha



tahap keselamatan pengguna serta penumpang?

ada yg komen : senang peragut nak beroperasi sebab pintu camgini lembab nak tutup..
hurmm betul jugak kan
cantik kann...hehehe model tu pun secantik kereta tu jugak kan





Monday, July 18, 2016

Product Upate : Kembara ke Negara Kiwi

Kia Ora!

Cerita siang tadi pergi product update untuk pakej ke New Zealand bertempat di Setiawangsa..Dh la jenuh cari parking..ada parking kosong tapi untuk staff jer waaaa sampai 2-3 kali pusing..Alhamdulillah dapat jugak akhirnya kat tepi bangunan...seram jugak takut pulak kena clamp ke saman ke atau kena senereh dengan kenderaan yang lalu sebelah tu..Syukur lepas habis briefing, kereta cheq tu tak kena cium atau kena usik2 manja kat badan tu..hehe

Ok ni nak cerita perihal product update percutian ke New Zealand untuk orang Malaysia. Paling utama ground agent ni orang Melayu Islam berasal dari Malaysia so bab makanan HALAL ni tak payah risau naa.  Kalau nak tau lebih lanjut pasal pakej percutian ke negara Kiwi kan layarilah www.tdktravel.blogpost.com atau follow page tdktravelmalaysia.com.

Kat sini cheq nk cite pasal motohomes tu pun secara ringkas naa..baca betui2 naaa


Kenderaan yang disediakan antaranya :

Motorhome 6 berth dengan 6 tempat duduk bertali pinggang keledar dan 6 tempat tidur (3 queen-size beds)

  •  Mercedes Benz Automatic Transmission 
  •  Maximum insurance yang ditawarkan oleh pembekal (bond NZD diperlukan)
  •  GPS - touch n drive
  •  NZ mobile phone
  •  Walkie talkie untuk group tour
  •  Panduan tentang pemanduan selamat dan penyelenggaraan motorhome


Motorhome dilengkapi selimut, bantal, toilet, mini fridge, dapur, peralatan memasak dan pinggan mangkuk.

Ni antara services yang diberikan bila beli pakej dari TDK Travel & Tours tu adalah:
  1. Menjemput dan menghantar ke Auckland airport.
  2. Kos parking di campsite berbayar (Powered sites) mengikut bilangan setiap penumpang. 
  3. RUC (road user charge) atau caj penggunaan diesel, gas refill dan vehicle recovery charge
  4. Guided tour di sekitar Auckland pada hari pertama.
  5. Dinner/lunch hari pertama dan hari terakhir.
  6. Waktu solat dan arah kiblat pada setiap campsite

**Motorhome Powered sites termasuk kos parking (mengikut bilangan setiap penumpang) dan servis membekalkan elektrik kepada Motorhome di waktu malam. Setiap penumpang yang masuk boleh menggunakan kemudahan di campsite seperti bilik mandi/ tandas, common kitchen, playground, TV/ games room, dsb.

**Harga motorhome berubah mengikut musim memandangkan permintaan yang tinggi di waktu peak summer di antara 15 Disember hingga akhir Januari. Pada musim ini ramai pelancong terutamanya dari Eropah yang membawa matawang bernilai tinggi seperti Euro dan British Pound.

Lakaran dalaman motohomes


menarik kan!

Saturday, July 16, 2016

Ikan Siakap Kukus Tomyam ala kedai



Dah beberapa hari dah kot cik applepie nak makan ikan masak kukus, so tadi kat Pasar Keramat tadi terus cari ikan siakap dan ni la hasilnya buat seisi keluarga.  Tersenyum lebar ler cik applepie kita tu

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap, disiang, dibasuh dengan limau kasturi
1 batang serai - diketuk
4 ulas bwang putih - dihiris
3 ulas bawang merah - dihiris
2 inci halia - dihiris
2 biji limau nipis - ambil jusnya
2-3 biji cili padi - diketuk (untuk lebih rasa pedas)
2 biji tomato dibelah 5
Bunga kobis (cauliflower) dipotong kecil - kalau suka
Sedikit sos ikan atau sos tiram
sedikit air
2 ikat daun ketumbar
Daun bawang dan daun sup - sebagai hiasan

Cara-caranya:

  • Lumurkan ikan dengan sos tiram dan masukkan kedalam loyang
  • Bancuhkan pes tomyam dalam 1 cawan air.
  • Masukkan bancuhan pes tomyam, halia, bawang putih, bawang merah, ketukkan serai, daun ketumbar serta garam kedalam loyang berisi ikan. Kukus selama 15 -20 minit
  • Buka penutup kukusan, terbalikkan ikan, masukkan tomato, bunga kobis, cili padi dan tutup kukusan dan dikukus lagi 5 minit.
  • Akhir sekali, masukkan jus limau dan kacau perlahan.  Kukus lagi selama 2 -3 minit
  • Tutup api dan masukkan daun bawang sup dan bawang 
Info:
SSL ni bukan la rajin benor, jadi kekadang tu memasak ikan kukus ni guna pengukus, kekadang guna periuk serba guna yang adik ipar beli kat HIG Langkawi tu.











Daging Dendeng

Hari tu d'hubby tag kat FB resepi Dendeng Daging katanya...dah la tag pastu siap tanya lagi kot2 SSL tak dapat..isk iskkkk tu mmg bermaksud dia nak kita buat la tu kan..jadi hari ni menjadilah *∩_∩* Dendeng Daging ni..agak pelik ikut resepi tu diletakkan kicap dh macam daging masak hitam pun ada.  Kalau tak silap bila mtk tolong cik google, rasanya resepi letak kicap ni macam masakan Jawa..

Kata empunya resepi daging dendeng ni sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat...tapi SSL rasa dan merasai yang SSL buat sendiri ni...sedap dengan nasi panas tp lain orang lain citarasa kan. ( ̄︶ ̄)  Dulu pernah jugak buat daging macam gini tp idak la pulak dipanggil daging dendeng dan  tak letak kicap tapi ditambah dengan cili api untuk rasa lagi pedas...

pedas2 manis dan not bad la jugak

resepi dari Tahrunnisah Jali

Resepinya -  Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang

Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
Bahan D
air rebusan daging

cara2nya
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..

~selamat mencuba~

Wajib tonton: Bajrangi Bhaijaan ditayang hari ni 16 July 2016

Ni nak cite 5 sebab cheq syorkan anda nonton cite ni 

1. Gandingan lakonan Salman Khan sebagai Pavan Kumar dan Kareena Kapoor serta pelakon cilik Harshalli Malhota dikenali sebagai Munni dalam cite ni

2. Pemandangan yang sangat menarik yang membuat kita terasa macam berada di Swiss Alps

3. Kisah kemanusiaan tak kira agama dimana Salman berusaha mencari keluarga Munni dan macam2 yang terjadi..kelakar..sedih sob sob

4. Muzik dan lagu la..kan hindustan ni cerita muzikal kan

5. Lagi pasal Salman yg sangat lurus bendul..teringat babak dia nak masuk Pakistan secara haram..part ni mmg kelakar sesangat

Ni lagi sebab hangpa patut nonton cite Bajrangi Bhaijan dan kat wikipedia

Masa cheq nonton cite ni masa orang dok sibuk nak tengok Dilwale hehe tapi kami dok sibuk download cite ni dan tetap tonton walau tak dak subtitle baik English apalagi Melayu kan tapi cite ni buat cheq dengan d'hubby meleleh airmata.

Teringat pulak masa SSL masuk ofis terus cite kat ofismate dan dia pun bersungguh cari nak download tp hehe no subtitle kan tp rasanya dia tengok jugak kot.




Sensasi : Datuk kahwini gadis muda

Lagi kisah menarik perihal gadis muda 18 tahun berkahwin dengan lelaki tua yang boleh dipanggil datuk.  Kali ini kisah di negara jiran diseberang.

Apa2 pun semoga jodoh mereka ni berpanjangan dan bukan berkahwin disebabkan ada muslihat kan..

***************************************************************


Makassar (Indonesia): Seorang datuk berusia 63 tahun menjadi buah mulut pengguna media sosial di Indonesia selepas dia berkahwin dengan gadis berusia 18 tahun.
Akhbar Harian Fajar melaporkan, Nasir berkahwin dengan gadis pujaannya, Milawati pada Isnin lalu di Desa Suwa yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Kota Watampone dekat sini.
Nasir ketika diwawancara akhbar itu memberitahu, dia sudah berkahwin sebelum ini, tetapi isterinya meninggal dunia pada Februari lalu akibat sesak nafas.
Katanya, sejak menduda dia berhasrat untuk berkahwin lagi dan dia mahu bakal isterinya seorang yang masih dara.
“Alhamdulillah, akhirnya doa saya dimakbulkan,” katanya.
Menurutnya, dia bertemu dengan Milawati sebanyak dua kali ketika bertandang ke rumah gadis itu sebelum mengambil keputusan untuk masuk meminang.

Bapa Milawati, Nasaruddin, 48, memberitahu, dia menerima lamaran Nasir selepas anaknya sendiri yang bersetuju.




Dalam Mac 2016 di Terengganu kisah hangat menjadi viral perihal seorang gadis Nur Nasirah Nazri 18 tahun berkahwin dengan Ismail 66 tahun, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun manakala ibu Nur Nasirah, Salina Abdullah berusia 42 berniaga kedai makan dimana Ismail sering kunjung untuk minum

Nostalgia : Gila-Gila Remaja

"Roy...Roy sungguh keras hatimu" hihihi

Amboi cik d'hubby siap post kat FB wall pastu ajak kaum kerabat kat WA grp lagi soh tonton Azroy dalam Gila-Gila Remaja hehe.

Apa-apa pun cerita tu sungguh nostalgia kan.  Rosyam yang sungguh muda time tu dengan Chal yang chubby dan heroin bernama Suzi lakonan Rehana..kemana kot Rehana ni sekarang kan

AlFatihah buat Allahyarham Hussein Abu Hassan dan isteri Allahyarhamah Mahyon Ismail



Ni pic Faizal Hussein sebagai Azroy dalam cite tu


ni lah pic yang buat SSL jatuh hati dulu2..hehe Lawak jer la..bkn sebab pic ni tapi dia in person yang caring dan sangat responsible


Ni pic Angah yang kalau tengok mmg mirip ayahnya dan Azroy tu la kat bahagian mata

Thursday, July 14, 2016

Ayam Masak Bali



Resepi mudah ni yang dok viral kat FB tapi tak ingat siapa dan x kenal siapa heee.

Cara memasak ni sama mcm masakan mak cuma yang berbeza cuma mak tak masukkan daun kari dan nama resepi tu xde la yg glamer cam nama Ayam Masak Bali..jom kita cuba masak yuk


Bahan-bahan:-
1/2 ekor ayam - dipotong ikut kesukaan, digoreng 
6 batang serai dititik
4 tangkai daun kari ceraikan dari tangkai
1 sudu besar kicap lemak manis
gula melaka (saya guna guna kabung sebab rasa lebih sedap
10 - 15 tangkai cili kering - dikisar 
5 biji bawang besar *
8 ulas bawang putih *
1 inci halia *
- sebesar ibu jari belacan * kisar bersama bahan bertanda*
- minyak masak utk menggoreng.

Caranya :-
1. Ayam digaul dengan garam kunyit dan digoreng tapi jangan garing. Ketepikan.
2. Guna minyak goreng ayam tadi, kurangkan sedikit, sesuai utk menumis.
3. Goreng serai hingga kekuningan dan masukkan daun kari dan goreng hingga agak garing dan naik bau wangi..
4. Masukkan bahan kisar dan cili kisar tumis sehingga pecah minyak.
5. Kemudian gula gerek, digaul kemudian masukkan masukan kicap dan gaul lagi
6. Apabila sambal dah sebati masukan ayam goreng tadi dan digaul hingga supaya sambal meliputi ayam.
7. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Sunday, July 10, 2016

Resepi : Sup Kepala Ikan Merah

Bahan-bahan :

Ikan Merah

1 bungkus sup bunjut
3 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
1 sudu besar minyak masak

Bahan dihiris
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara-caranya: Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dihiris hingga kuning dan naik wangi. Masukkan air, lada hitam dan sup bunjut. Renih dengan api perlahan.

Bila dah mendidih air tu, masukkan ikan dan biar direnih hingga mengelegak. Tutup api.

Taburkan daun bawang, daun sup dan sewaktu nak menghidang dalam manguk, jangan lupa letak bawang.

Selamat Mencuba!