Thursday, April 27, 2017

Jalan-Jalan ke Mitsui Outlet Park Sepang

Assalammualaikum wbt

Sungguh Umi berasa beruntungnya bila anak² dah semakin membesar dan boleh diharap untuk membantu Umi ni..mungkin ada yang dah dahulu lalui dan dah punya cucu² ehhh bukan cerita pasal Umi nak bermenantu keke. Alkisah hari Sabtu yg lepas D'hubby bertugas diluar daerah dan Umi dibantu anak² bujang yang dah semakin dewasa ehh dah boleh kahwin dah sebenarnya haha.
Pagi Sabtu Angah Ammar temani Umi ke Pasar Keramat kemudian singgah ke rumah abah dan mak untuk hantar kuih dan lauk untuk makan tengahhari sebab Umi cuti memasak sebabnya petang dh janji dengan Ayong Azmer untuk ke Banting.  Cantikkan jadual tu..nanti tunggu pulak bilamana KY Amanda dan KC Iman pulak dapat lesen memandu..boleh jadi penumpang jer dan yang pasti diorg tu nak bawak Umi gi shopping jer la.  Masa ni la Umi boleh relax memandu tapi bila pergi kerja kena la pandu sendiri....kalau tu pun nak orang hantarkan dah macam nak gantung lesen memandu dan buat frame kat dinding rumah haha.

Jadi tengahari kami brunch kami dengan nasi lemak Nenek Mah yang jadi minat anak² sejak dulu dengan ayam goreng berempah yang cukup menyelerakan jadi dapur tak berasap la kecuali untuk masak air jer. Sebenarnya ke KMS Banting jumpa KY...hehe nak antar kalkulator jer dan selesai ke Banting, Ayong Azmer pulak nak ajak ke Mitsui Outlet Park..ehh ok la kan pertama bukan Umi kena pandu kereta dan kedua dia nak belanja makan angin dan makan²..ikutkan jer la

Memandangkan Ayong Azmer tak pernah ke Bkt Jugra ke Banting..adik² pun ajak dia ke Bukit Jugra tapi tak la untuk tengok matahari jatuh kemudian baru ke kami ke MOP.  Sebenarnya rasa mcm menyesal jugak setuju nak ke MOP ni ..jauhnyaaa dekat 1 jam la jugak berpandukan en waze dan Alhamdulillah kami sampai jugak.


Sampai ke MOP terus cari toilet la haha.  Ok toilet bersih! Kemudian terus cari tempat nak isi perut..huishh banyak makanan Jepun! ye la dah nama Mitsui kan jadi mata terus mencari foodcourt

Kat foodcourt ni ada banyak pilihan la antaranya gerai makanan Jepun, Korea, India, Thai, Western



Dah lama tak makan tapi Umi tak syorkan la sebab tak de cili potong...hadoii kalau tekak orang Melayu ni

 Applepie Aca dengan nasi ayam Hainan.  Tak boleh komen sangat sebab memang rasa standard nasi ayam kan dan sambal tu hanya hiasan jer la sbb Applepie tak makan sambal tu

 Penang curry Mee pilihan Ayong Azmer..not bad but cheroihh


 Memang berani Cik Myea mencuba bibibap dan akhirnya akur dia tak boleh makan bibimbap ni.  Serius Umi naik melugai jugak la haha.  Campuran pes sambal dia dengan taugeh kepala besar dan cendawan hitam, lobak, timun, daging ayam dan telur.  Pada Umi campuran cendawan hitam dan taugeh kepala besar tu memang tak menjadi..atau mungkin bukan selera Umi dan juga Myea

Dah lama tak makan loh see fun goreng sebab susah nak jumpa..kalau ada pun kat kedai makan cina..sanggup? erkkk.  Sedap tapi lebih sedap kalau ada cili api potong..hehe perut orang Melayu kan


Selesai! kenyang? tak jugak tapi perut dah berisi jadi acara seterusnya window shopping hehe..banyak penyewa kat sini untuk barangan branded seperti Pierre Cardin, Carlo Rino, Blush, TH dan banyak lagi.  Rasanya kalau berjalan memang tak dapat kami habiskan lebih² badan pun dah penat kan dan zaman ekonomi meleset ni kenalah lebih berhemah kan tapi the girls ni bila nampak Typo jer memang tak lepas peluang...


dan akhirnya cik Myea dan Applepie Aca dapat la pau Ayong Azmer haha dan selama seminggu la ada orang kena gosok baju dia dn tolong grillkan makanan untuk Ayong..u lose some..u win some hahaha
ingat nak bergambar kat sini tapi badan dah terlalu penat lagipun dah janji nak baca Yasin kat rumah abah dan mak jugak dah janji nak buat acar jelatah untuk menambah perisa nasi kacang Kak Ndak kononnya la *sobs* yang mana akhirnya Kak Ndak kena buat sendiri la jugak (T T)

Tapi berkunjung ke rumah abah dan mak tu memang wajib setiap Sabtu walau tiap2 hari Umi kesana untuk hantar lauk tengahari dan sarapan pagi tapi hujung minggu wajib sebab kat sini la gossiping girls, pot pet pot pet adik beradik..korang pulak?

Tu la kisah hari Sabtu 22 April yang lepas

Bila kita guna Syafakillah dan Syafakallah

Assalammualaikum wbt

Mode berada di Dubai la ni jadi moh kita belajar sedikit bahasa Arab..selain ayat Khalas yang sering Umi guna bila berbicara dengan pelanggan Timur Tengah  kita juga sering tengok dan sebut perkataan Arab yang lain kan

Syafakillah dan Syafakallah merupakan ungkapan atau ucapan bila mendapat tahu seorang kerabat, saudara atau jiran kita sedang dalam keadaan sakit.

Erti Syafakillah / Syafallah bermaksud semoga Allah swt menyembuhkanmu, keduanya punya erti yang sama hanya berbeza bila digunakan.  Syafakillah digunakan ketiak yang sedang sakit tersebut seorang perempuan dan Syafakallah diucapkan kepada seorang lelaki dan untuk jumlah yang lebih dari seorang digunakan Syafahallah mengikut tata bahasa Arab.

Doa untuk orang sakit


syafakillah


Ketika menjenguk orang sakit Rasullah SAW sendiri mengajar kita beberapa doa untuk kesembuhan orang yang ditimpa penyakit dan antaranya adalah:

إِذَا دَخَلَ عَلَى مَنْ يَعُوْدُ قَالَ: لاَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاءَ اللهُ.
“Apabila beliau mengunjungi orang yang sakit, beliau berkata, ‘Laa ba’-sa thahuurun insyaa Allaah (Tidak mengapa semoga sakitmu ini membuat dosamu bersih, insya Allah).’” [HR. Al-Bukhari]


Adapun do’a lainnya adalah:
للَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِيْ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً. 
“Allahumma Robbannas, Adz-Hibil Ba’sa Isyfi Antasy-Syafi La Syifa’a Illa Syifa’uka Syifa’an La Yughadiru Saqoman.”
Artinya : “Ya Allah Tuhan dari semua manusia, hilangkan segala penyakit, sembuhkanlah, hanya Engkau yang dapat menyembuhkan, tiada kesembuhan kecuali dari pada-Mu, sembuh yang tidak dihinggapi penyakit lagi.”

Ungkapan Bahasa Arab sehari-hari

1. Syukran – Terima Kasih
2. Jazaakumullah Khairan Katsiran – Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan banyak.
3. Barakallahu fiik – Semoga Allah memberikan keberkahan kepadamu.
4. Barakallah fii umrik – Semoga Allah memberikan keberkahan atas umurmu
5. Fii amaanillah – Semoga dalam lindungan Allah.
6. Ilalliqa – Sampai Bertemu Lagi, diucapkan orang yang pergi 
7. Maas Salaamah – Semoga dalam keselamatan, Jawaban no 6.
8. Shahih – Benar.
9. Tafadhdhal – Silakan, Digunakan untuk laki-laki (tunggal) ataupun Umum.
11. Tafadhdhalii – Silakan, Digunakan untuk perempuan (tunggal).

10. Mumtaaz – Bagus (Untuk menunjukan pujian).
11. Laa Adri – Tidak tahu.
12. Syafakillah – Semoga Allah menyembuhkanmu (perempuan)
13. Syafakallah – Semoga Allah menyembuhkanmu (lelaki)
14. Na’am –  Iya / Ya
15. Laa – Tidak
16. Ahlan wa Sahlan – Selamat Datang.
17. Kayfa Halukh – Apa Kabar?
18. Akhi – Saudaraku (laki-laki, tunggal). 
19. Ukhti – Saudariku (perempuan, tunggal).
20. Ikhwan – Saudaraku (Jamak/banyak).
21. Akhwat – Saudariku (Jamak/banyak).
22. Ana – Saya
23. Anta – Kamu (laki-laki)
24. Fulan – Seseorang yang tidak di ketahui namanya (si fulan = si anu)  
25. Fulanah – Sama seperti No 24 (untuk perempuan)
Adapun Beberapa Ucapan Lain yang Merupakan Bentuk pujian terhadap Allah SWT 
Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah). 
Subhanallah (Maha Suci Allah).
AllahuAkbar (Allah Maha Besar).
Masya Allah (Itu terjadi atas kehendak Allah).
Insya Allah (Bila Allah Berkehendak).
Wallahu A’lam Bishawab (dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya).
Demikianlah penjelasan tentang erti dari Syafakillah, Syafakallah, Syafahallah juga Barakallah fii umrik dan juga kosakata bahasa Arab yang sering masyarakat kita gunakan dalam kehidupan sehari – hari.
Semoga bermanfaat untuk rakan pembaca sekalian 🙂  Wallahu A’lam Bishawab

Nota kaki:
* Umi masih belajar dan masih kekurangan ilmu agama


hugs - sweetsourleyra


Wednesday, April 26, 2017

Giveaway by BCSB : Road 10 100k View

Hola,

Jom kita ramai-ramai bagi BCSB 100k view cepat2 hehe.  GA ni berlangsung dari 26.04.2017 hingga 26.05.2017..sebulan tuu

Sila klik kat banner ok.

Psst: rugii kalau tak join sebab hadiahnya tuu mmg kita perlu setiap hari sebagai teman hp kita..ahakss



Syarat-syarat:

1. Wajib follow blog BCSB.

2. Wajib follow Google Plus

3. Follow IG bagi yang ada akaun IG. 

4. Tulis entri bertajuk GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW,  letak banner di atas dan backlink ke entri ni. Tinggalkan URL pada komen di bawah. 

Hadiah-hadiah :

1 x Pineng Power Bank 10,000k mAH berharga RM70.



1 x Roman R539 Bluetooth Headset berharga RM50.


** Pemilihan pemenang akan di lakukan secara cabutan manual. 


Extra :

Memandangkan GA ni bertemakan Road to 100k View,  korang di galakkan untuk komen di mana-mana entri di blog ini. Setiap 5 komen sepanjang GA ni berlangsung korang dapat satu penyertaan extra. Lagi banyak point lagi cerah peluang untuk terpilih.

** Tapi sila maklum yang template blog sis ni takde butang previous and next entry. Tak boleh nak edit pun code html tu. Harap maaf. Mcm kena tukar template baru pula rasanya :(

Segmen Bloglist Blog Tiara Sapphire

Hola

Jom kita join segmen bloglist Tiara Sapphire ni.  Mudah jer, boleh klik kat banner tu dan masih panjang la tarikh tutup tu


SEGMEN TAMAT : 8 Mei 2017 | 11.59 Malam



SYARAT WAJIB:

  • Follow blog ini.
  • letak blog ni dalam bloglist korang, kalau takde bloglist anda dimaafkan.
  • jangan lupa letak banner dan backlink ke blog ini
  • tinggalkan link di ruangan komen di bawah.


Wordless Wednesday 2017 #16 - Pride



Image result for pride quotes


hugs, sweetsourleyra



Tuesday, April 25, 2017

SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?

Hola!


Jom kita join segmen  SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ? kelolaan JMBELOG

Saya berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Awak? Hang? Cheq? hehe

* Mood lapaq wehh sebab sini hujan lebat

Nota: tadi dah post pastu delete sebab ingat tersilap tahun..huhu




SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ? / JM buat segmen ini sebab JM nak tahu  sahabat blogger asal dari mana (negeri) ?  JM @ KEDAH

Senang je nak join.

Buat entri bertajuk "SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?"

Salin dan tampal banner di atas ke entri anda

Tinggal link entri anda di ruang komen entri ini beserta nama negeri anda

Tamat : 12 Mei 2017 - 2359hours / 1159 malam

Selamat bersegmen.

Mood Makan Angin kembali lagi daaa

Assalammualaikum wbt

Hari ni mood nak bercuti menjelma pulak dah..rindu nak naik flight eh hehe...rindu nak packging baju (*sob*)...rindu nak makan spring roll kat Vietnam..rindu nak jalan-jalan cuci mata haha tapi sebenarnya rindu nak shopping aduhaiiii.

TDK Travel & Tours sebuah syarikat pelancongan bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan yang pasti berlesen ya dah giat mempromosi pakej-pakej pelancongan ke merata negara tapi yang paling terbaik dan murah yang Umi nak ketengahkan ialah percutian ke 4 Hari 3Malam ke Ho Chi Minh city, Yogjakarta, Medan dan Padang - Bukit Tinggi.

Sebenarnya banyak destinasi percutian lain lagi tapi kali ni Umi nak iklankan yang 4 destinasi sebab MURAH dan berbaloii

Untuk keterangan lanjut boleh jer whatsapp ke : 019-225 6994 / 012-246 4170

Boleh juga jengah kat FB page : Percutian Murah bersama TDK Travel 

Image may contain: sky and outdoor

CONFIRMED DEPARTURE
=====================================
4D 3N Medan/Padang-Bkt Tinggi/Ho Chi Minh /Yogjakarta 
=====================================
Departure Date :
05 Apr -08 Apr 2017(closed)
12 Apr -15 Apr 2017 (closed)
28 Apr – 01 May 2017(closed)
10 May -13 May 2017
26 Jul - 29 Jul 2017
23 Aug -26 Aug 2017
20 Sept -23 Sept 2017
18 Oct -21 Oct 2017
08 Nov -11 Nov 2017
22 Nov - 25 Nov 2017
06 Dec - 09 Dec 2017
20 Dec - 23 Dec 2017
(School holiday surcharge+RM 99/pax)

PRICE RM999/pax 1st come 1st serve
(MAX 20 seat for promo price per departure)

Deposit : RM500/pax 

Package Include :
Return air ticket Accommodation Transportation Admission as stated in itinerary
Meals as per itinerary

Exclude
tipping @ RM40  except RM90 for HCM    insurance (RM 30)
personal expenses   luggage (for Yogjakarta) 

Monday, April 24, 2017

Bayou Lagoon Park Resort, Gerbang Percutian Anda

Hola!

Buat julung kalinya Umi nak berkongsi lokasi percutian yang sangat menarik di bandaraya bersejarah Melaka.  Siapa tak tahu Melaka sila angkat! Haish pelik kalau tak tahu pasal Melaka yang bersempadan dengan Kuala Lumpur dan kalau nak kesana cuma dalam satu jam setengah jer. Melaka adalah salah satu destinasi percutian yang tidak asing buat kita dan para pelancong luar negara kerana dekat Melaka ini membariskan deretan lokasi menarik untuk dilawati.  Melaka jugak menerima jutaan pelancong saban tahun kerana keunikan Melaka yang sudah pastilah pada tinggalan kesan sejarahnya, budaya dan keunikan gaya hidup penduduk tempatannya.  Tidak hairanlah bandar Melaka ini mendapat pengiktirafan dari UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia.  Umi nak kongsi sikit pengetahuan am buat semua yang Melaka ini merupakan antara negeri-negeri dikawasan pantai barat yang membangun dimana mempunyai peratus kaum Melayu antara yang terbesar iaitu 67% berbanding negeri-negeri lain yang membangun di kawasan pantai barat seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Ok..enough with the fact!

Agak-agaknya kalau korang ke Melaka ni mesti pening nak memikirkan pernginapan bukan? Mana taknya, bandar ini menerima ramai pengunjung dan hotel selalunya full house kalau kita tidak buat penempahan awal, tapi kini, jangan risau kerana kita boleh membuat tempahan awal menerusi traveloka.com

Pening memikirkan hotel yang best kat Melaka? Ok, apa kata saya cadangkan sebuah resort yang menarik di negera Melaka iaitu Bayou Lagoon Park Resort.  Apa yang best pasal resort ni? Resort ini mempunyai segalanya dibawah satu bumbung, dari taman tema air, pust konvensyen serta lokasi membeli belah!  Hanya 15 minit dari Pusat Bandar Melaka dan 5 minit dari Ayer Keroh, resort ini merupakan pilihan yang tepat bagi kita yang ingin bersantai dan beriadah bersama keluarga dan sahabat handai.  Samada kita datang untuk urusan kerja ataupun untuk bercuti, Bayou Lagoon Park Resort adalah pilihan yang tepat jika kita ke negeri ini.  Sekiranya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, masa perjalanan untuk kesini adalah kira-kira sejam setengah jerr.


Bayou Lagoon Park Resort ni mempunyai 254 buah bilik dan suites yang boleh dipilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita.  Pilihan utama semestinya apartment jenis studio seluas 491 kaki persegi. Pilihan kedua adalah apartment 2 bilik bersaiz 722 kaki persegi yang punyai 2 buah bilik tidur.  Ketiga ialah apartment 3 bilik dan akhir sekali, penthouse 3 bilik dengan saiz 1444 hingga 2015 kaki persegi.  Kesemuanya bilik-bilik ini adalah fully furnished dengan pelbagai kemudahan asas untuk kegunaan para pengunjung antaranya hairdryer, kemudahan membuat kopi/teh dan banyak lagi dan jugak setiap bilik turut mempunyai balkoni yang tersendiri dan ini membolehkan kita bersantai sambil menikmati pemandangan menarik menerusi bilik masing-masing.

Image result for bayou lagoon resort melaka

Kalau kesini, banyak aktivi yang menarik dan boleh dilakukan selain mandi-manda di taman tema air yang disediakan, boleh juga melakukan pelbgai aktiviti air seperti polo air dan banyak lagi.  Selain itu bagi yang ingin mengekalkan kesihatan, kita boleh ke gym yang disediakan.  Gym disini sememangnya lengkap dengan pelbagai alatan yang terkini dan up-to-date.


Bagi mereka yang datang bersama anak-anak untuk bercuti, jangan risau kerana terdapat banyak yang boleh dilakukan bersama dan yang pasti menambah keakraban kita dan keluarga.


Pertama, apa kata kita bawa anak-anak kita ke Games Arcade Room yang menawarkan pelbagai pilihan permainan arked.  Anak kita pasti teruja degan pengalaman yang sangat menarik ni. Kedua, berkunjung ke 9D Motion Theater yang menawarkan pengalaman menonton filem pendek 9D. Bayaran masuk yang dikenalkan adalah lebih kurang RM16 sahaja dan untuk menambah keriangan dan keterujaan anak-anak, kita masuk ke Magic Art Museum yang pertama di Melaka dan menampilkan pelbagai pertunjukan silap mata dengan harga tiket RM25 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak serta warga emas.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan best deal on Bayou Lagoon Park Resort di laman web traveloka.com hari ini juga!


hugs xoxo, sweetsourleyra

#1 Giveaway by THEAAISY

Salam

Masih sempat untuk Umi join segmen theaaisy ni kan..better late than never kan..hehe



SYARAT PENYERTAAN [WAJIB]:

  1. Blogger dari Malaysia sahaja.
  2. Follow blog : The Aaisy.
  3. Buat entry bertajuk " #1 Giveaway by The Aaisy ".
  4. Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
  5. Tinggalkan URL entry dan email anda yang aktif di kotak komen di bawah.
  6. Giveaway akan bermula pada 29.3.2017 dan tamat pada 12:00 malam 29.4.2017

SYARAT PENYERTAAN [TAK WAJIB]:

  1. Follow instagram : @aaisyanr dan @thedaisya
  2. Like FB Page : The Daisya

SENARAI HADIAH:

  1. 1 X Buku MOMEN2 MATLUTHFI.
  2. 2 X Topup RM5.

Memperingati Peristiwa Israk dan Mikraj

Subhanallah, macam mana pulak boleh Umi tersilap buat posting ni schedule untuk esok tapi baru perasan hari la 27 Rejab 1438 Hijrah bersamaan dengan 24 April 2017

Salam Israk dan Mikraj!


Image result for salam israk mikraj
 
ُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
                     
⬰Ya Allah..
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa saudara2 kami, dosa jiran tetangga kami, dosa guru kami, dosa sahabat2 kami dan dosa seluruh umat islam sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.....

⬰Ya Allah...
Panjangkanlah umur kami, kurniakanlah kami keselamatan dan kesihatan yg baik, tunjukan lah kami jalan yang benar,
Berkatilah kehidupan kami di dunia dan di akhirat, dan masukkanlah kami dan ahli keluarga kami ke dalam syurga Mu ya Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Mumammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya untukmu Ya Allah.

⬰Tetapkanlah hati kami di atas agama-MU...
Kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami..!

⬰Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat....

⬰Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar...


⬰Ya اَللّهُ ...Ya Ghaffar...!

⬰Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya...!

⬰Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin".

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
   
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا  مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  

Sedikit kisah Israk dan Mikraj yang kita ketahui semasa zaman kanak²
Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.
“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1) 

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi AdamNabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Baca selanjutnya : Israk dan Mikraj

Abah semakin keliru

23 April - Abah semakin tiada kederat, semakin tua, semakin celaru, emosi yang memang tak pernah Abah tunjuk namun semangat Abah memang tak pernah berubah tapi terkadang bicara Abah sangat membuat Mak terasa hati apatah lagi dengan diri Mak yang pun tak kurang dengan tak sihat, sakit sini sana bila mana usia mak pun bakal masuk 81 tahun.  Abah akan berusia 91 tahun bulan June akan datang nampak sangat lemah dan setiap ayat yang keluar sukar difahami.  Mak pulak semakin agak tertekan dan kelam kabut bila Abah semakin mengadu tidak selesa, sakit pinggang dan tak keruan

Alhamdulillah..rutin menjaga Abah dan Mak setiap malam berselang seli dengan adik beradik yang 8 orang tidak berubah sejak dari tahun lepas dan semoga kami terus tabah begitu juga untuk Mak semoga terus diberikan ketabahan fizikal dan jiwa dengan hari² mendatang dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Ya Allah! ampunilah aku, kedua ibu bapaku dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil

Semangat bekas perajurit zaman British ni tetap ada pada Abah walau dalam keadaan agak uzur

-----------
Pesanan buat para anak² yang masih punya abah dan mak atau apa saja panggilan kita buat kedua orangtua kita

c&p dari grup family

Anakku…

Memang ayah tak mengandungmu...
Tapi,
Darahnya mengalir di darahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak selesa.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.

Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...

Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat syurga bagimu.

Maka, hormati dan sayangi ayahmu. Kerana, ibu adalah tulang rusuknya.

Jauh dilubuk hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka. Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.

Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhanku, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.
Bahagiakan lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk... Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita.

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah... Apakah Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?

Percayalah... Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita... Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat...

Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI, besarnya pengorbanan seorang ayah tidak dapat dibalas dengan dengan wang dan ucapan kata² , cukup dengan menghargainya...

Image result for doa buat ibu bapa

Pertabalan Yang di-Pertuan Agung XV Sultan Muhammad V

Assalammualaikum wbt

24 April telah disahkan sebagai hari cuti umum sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan sebagai rakyat marhaen berasa bangga atas pemilihan Sultan Muhammad V ni dan tumpang seronok sebab dapat cuti tambahan hari ni kan tapi D'hubby pulak kena bertugas di Istana Negara walau baru jer balik dari Terengganu malam tadi..kena kerja keras sebab anak² dah semakin membesar dengan KC Iman akan melanjutkan pelajaran lepas tu nak pastikan KC Iman dan KY Amanda dapatkan lesen memandu tu tak masuk yuran semester akhir untuk Angah Ammar begitu juga untuk cik Myea dan Applepie..fuhhh ehhh terlalut pulak den

Bercerita pasal Sultan Muhammad V ni banyak yang menarik antaranya tular kat whatsapp yang dia buka sendiri botol minuman dan masa tu jugak la D'hubby kat Istana Negara..jadi apalagi Umi pun msg kat D'hubby..'eh betul ke"? ya balas D'hubby.."2 kali..tapi memang ada gelas berisi air pun kat depan dia" hehe jadi memang sahih la berita tu.

Tengku Mahkota Kelantan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dilahirkan  pada 6 Oktober 1969.

Jom kita ambil peluang untuk tonton Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 15 ni kat TV1 atau TV3 sebab ramai rasanya anak² kita kurang mengetahui sejarah untuk pengetahuan diri supaya kita tahu apa yang berlaku dan bukan mendengar khabar sahaja #jangankecamsaya

Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat pulak diadakan pada hari Khamis 20 April di Masjid Putra dan Pameran Raja Kita akan diadkan pada hari Selasa 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara lama)

Daulat Tuanku!

Lukisan Sultan Muhammad V ni diambil Umi D'hubby semasa kami bagi sokongan kat sahabat penulis di Balai Seni Negara yang lepas

Baca sini - Sokongan buat Pelukis SeMalaysia

Image may contain: one or more people, people standing and text
Ehh ada pulok my D'hubby kat sini..keke


Ok...nak tonton TV pulak kot² boleh nampak D'hubby, hilang la sikit rasa rindu..hahaha #lawakpagiisnin

Sunday, April 23, 2017

Tahniah buat pemenang Giveaway sis Hawa

Hye all

Image result for congratulations background



Berakhirlah sudah GA dan tahniah buat pemenang giveaway yang sudah pun diumumkan cik penganjur Sis Hawa walau lewat dari tarikh yang diwar-warkan disebabkan kesihatan Sis Hawa  yang bakal menimang cahaya mata ke 6! Tahniah buat Sis Hawa dan suami serta keluarga dan didoakan semoga +SITI AWADAH  sihat tubuh badan dan dipermudahkanNya dalam tempoh kehamilan dan mendapat bayi perempuan yang sihat dan comel.


Peserta boleh baca untuk senarai pemenang kat sini → I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA.  


2 hadiah berupa shawl yang Umi taja dimenangi oleh :




Jadi diminta para pemenang berikan maklumat lanjut sepertimana dinyatakan dalam blog sis Hawa tu ya untuk saya menghantar/mengepos hadiah².


# Jengah sebentar sebelum masuk ke dapur.  


Friday, April 21, 2017

Berapa umur kita diwaktu ini ?

Assamualaikum wbt

Sekadar ingatan utk kita yg semakin lanjut usia dan yang bakal lanjut usia juga ya.



Firman Allah swt: "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat bagi sesiapa yang mahu beringat" (Fathir 37)

Dapat difahamkan maksud ayat ini "..Kami telah melanjutkan umur kamu sehingga sempat untuk beringat..

" dari sabda Nabi saw: "Allah tidak lagi memberi keuzuran kepada sesiapa yg dipanjangkn ajal sehingga umur 60 tahun" (Bukhari)

Ibn Abbas menafsirkn ayat yg tersebut yg bertepatan dgn hadits ini: "Umur yang Allah tidak lgi menerima alasan bagi anak Adam dlm firmanNya ini ialah 60 tahun"

Al-Khattabi berkata: "Maknanya orang yg Allah panjangkn umur sehingga 60 tahun,tidak diterima lgi keuzuran (alasan) Hal ini kerana umur 60 tahun merupakan umur yg dekat dgn kematian, umur kembali bertaubat, khusyuk dan bersiap2 bertemu Allah" (Tafsir al-Qurthubi)

Bagaimana manusia berumur 60 tahun masih lalai?
Nabi saw mengkhabarkan: "Hati orang tua tetap muda terhadap dua perkara: cinta dunia dan panjang angan2" (Bukhari)

Fudhail bin Iyadh berkata kpd seseorang yg telah mencapai umur 60 tahun.  Maka nasihat Fudhail kpdnya: "Bermakna sudah 60 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu,sekarang hampir sampai...Buat yg terbaik dlm umur berbaki,lalu akn diampunkan dosa umur yg lalu.  Tetapi jika buat tidak elok pada umur yg berbaki,kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yg berbaki sekali gus!"

Maka para ahli ilmu menasihati bgaimana menjalani umur dah mencecah 60 tahun:

#Jangan banyak bergurau dan terjebak dlm perkara yg tidak ada manfaat utk akhirat

#Jangan melampau dlm berhias,bersolek dan berpakaian

#Jangan berkawan dgn orang yg tidak menambah iman,ilmu dan amal

#Jangan banyak berjalan dan melancong kesana sini tanpa ia dpt mendekatkn kpd kehidupan akhirat

#Jangan masih runsing,berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian dn

#Banyakkn berdoa mengharapkn keridhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah

#Banyakkn istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada pagi dan petang

#Tambahkn ilmu agama dan banyak ingat kpd kematian dan bersedia menghadapinya

#Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta

#Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini

#Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yg pernah dizalimi

#Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yg boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati

#Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu

#Bereskan segala hutang yg sedia ada dan jangan buat hutang yg baru walaupun utk menolong orang lain

Semoga manfaat utk semua walaupun kita belum lagi 60 tahun

Thursday, April 20, 2017

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!

Hola!

Buat pertama kalinya blogger Seorang Syed ni buat segmen mencari blogger yang dipilih untuk ditempatkan diruangan bloglistnya...Jom kita mencuba nasib yuk!

Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!


Syarat-syarat untuk sertai segmen "Seorang Syed Nak Bloglist!"

1. Anda haruslah mempunyai blog yang aktif - yup

2. Follow blog  Seorang Syed - done

3. Follow Google+ Seorang Syed  - done

4. Buat satu entry di blog anda bertajuk "Segmen : Seorang Syed Nak Bloglist!"

5. Nyatakan kenapa anda mahu berada di dalam bloglist Seorang Syed dan tulis short review tentang blog Seorang Syed (kalau nak tulis panjang pun no hal)

Image result for blink-blink gif

Kenapa Umi nak berada dibloglist Seorang Syed? 
Sebab blog Seorang Syed ni semakin dikenali dan ramai yang singgah jadi kot-kot la Umi dapat tumpang populariti Seorang Syed kan maklumlah pengunjung blog Seorang Syed ni memang ramai yang boleh ditengok dari para pengkomen kat setiap entry Seorang Syed.  Rugi kan kalau kita tak ambil kesempatan hehe

Review tentang blog Seorang Syed?
Apa yang menarik perihal blog Seorang Syed dan penulis blog ni sendiri adalah blog dia boleh dijadikan bahan rujukan sepertimana anak murid boleh merujuk kepada seorang guru sebab tuan punya blog adalah graduan Institut Pendidikan Perguruan. Banyak tips-tips yang dikongsikan yang bersifat ilmiah dan gaya penulisan yang mudah dibaca dan difahami.  Jadi kat sini dah nampak karektor seorang guru yang penuh maklumat kan.

Penulis Seorang Syed atau nama sebenarnya Syed Abdul Hakim Syed Adnan adalah sangat mesra dan humble dan bagi Umi blog dia pasti akan meningkat menjadi famous suatu hari nanti.  Semoga Seorang Syed akan terus maju jaya didalam bidang blogging ni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So apalagi..jom la kita join kot2 Seorang Syed bertukar fikiran dan bagi hadiah tiket pelancongan 3 hari 2 malam ke Korea...tak ke untung tu..haha



Dubai 2016 : Arabian Travel Mart bermula - Part 2

Assalammualaikum wbt

25 April 2016
Memang jetlag la Umi sebab dah jaga jam 2 - 3 pagi waktu Dubai lebih kurang jam 6 -7 pagi waktu Malaysia...tu memang biasa dan waktu ni la kalau sempat buat video call ke rumah kalau lebih awal sebab diaorang kena ke sekolah jam 7 pagi.  3 pagi tu..nak buat apa? tengok last minit contract yang dah siap dan senarai temujanji.  Walau semua contract mengambil masa  selama 3 - 6 bulan untuk dibuat tapi tetap kena ada final check sebelum bagi kepada pelanggan.

Pemandangan waktu pagi bila selak langsir tingkap bilik yang mengadap creek ni..sungguh damai


Jam 7 pagi dah turun sarapan pagi, tanpa tunggu boss sbb malas nak join the guys...nak makan dengan tenang dan aman tapi haha boss sampai jugak la..

Dubai walau panas 40 - 45 darjah celcius tapi kita tak rasa panas sebab cuaca Dubai panas kering..so tak berpeluh pun.  Disepanjang jalan ke Dubai World Trade Center penuh dengan bunga-bunga dan memang cantik dalam cuaca yang panas tu.

Masa kat Malaysia berangan nak ke Miracle Garden Dubai nak tengok bunga-bunga yang cantik tapi tak kesampaian sebab program yang penuh...punah anganku..hehe


Pavilion Malaysia dibawah Tourism Malaysia yang saban tahun bersama travel agency, hotel dan badan bertindak pelancongan bagi setiap negeri dalam Malaysia yang berminat untuk turut serta. Tapi yang sedihnya tahun 2016 ni kecil benor la dan tak cantik booth kami..


YM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sudi singgah ke meja kami..humble guy tapi ishh awat tak de pic Umi? hehe mmg saja tak join sebab ramai dok kerumun tu tak masuk dgn bodyguard dia dan juga LADA pun nak join sekaki..so Umi dok lepak kat tempat lain la..hehe

Lepas berbincang..lepas tandatangani kontrak..bergambar tu memang satu yang wajib kan. Bayangkan la berapa banyak temujanji yang Umi kena cover...kekadang tu macam ayam dengan itik la jugak sebab depa bukan faham bahasa Inggeris sangat tapi tu la cabaran kami dalam bidang ni..tu tak masuk cabaran bila depa dah mai Malaysia untuk bercuti..macam2 kerenah tapi bila kita kerja dengan ikhlas dan minat..InsyaAllah kita akan selalu dipermudahkan

Pemandangan teluk dari tingkap bilik...aduhh memang rindu nak naik bot stesen Abra ke seberang sana untuk shopping apalagi nak naik Dhow cruise huhu tapi apakan daya...masa sangat singkat dan kena selesaikan sebelum berangkat pulang.

Baca sini : Jalan-Jalan cuti mata

Setiap hari sesi temujanji habis jam 6 petang, lepas tu dinner, balik hotel dan relaxkan otak yang keletihan dan mulut yang penat bercakap dari pagi hingga petang..hahaha

26 April 2017
Rutin yang sama dan gambar2 masa shopping sendirian kat Naif Souk berdekatan Spice Souk tak dapat diselamatkan..tapi mana la tau kan kot2 dapat balik nanti...

akan bersambung...