Tuesday, February 28, 2017

Jatuh cinta dengan mee tarik Ramen Kungfu

Assalammualaikum wbt

Wachaaaa! Akhirnya dapat juga jumpa gambar yang disnap masa lunch tempohari..huihh dah dekat sebulan tu baru buat posting.

Sebenarnya ni bukan kali pertama Umi makan mee tarik rasanya dah kali ke4 kot, pertama nak pergi dengan family tapi terawal...kedai ni buka jam 11 pagi dan kami sampai jam 1015..banyakkkk awal kan dan mmg dhubby bukan suka nak tunggu dan Umi pulak tak la mintak tunggu takut kedai tu tak buka..kang betul tak buka kan naya tu lebih2 lagi kalau anak2 lapar lagi la dhubby tu tak keruan...so hasrat tak terlaksana ;p

Jadi pada 02 Jan masa day trip ke Berjaya Hills tu dah cakap kat adik ipar yang kita lunch kat sini dan mujur depa anak beranak setuju...hoyeeee

Kali kedua dapat pergi dengan family..KLIK SINI dan diaorang pun suka..kata hati "boleh bawak lagi"


Seriously memang Umi recommend sangat mee tarik dekat KL Sentral kat kedai Warisan Asli tu dan air teh dia tu yang memang terbaik dan tu la kali pertama makan mee tarik dengan beria2 sampai ada sekali tu mintak budak ofis tolong belikan air teh tu..klik SINI

Okay ni la apa yang kami makan dan antara menu ni kita boleh pilih nak yang ayam, daging atau kambing..so ikut citarasa sendiri la ya sebab memang sedap dan Umi tengah menghitung syiling ni nak pergi lagi..

 Xianjiang dumpling noodle yang sedap dan bila makan tu sambil kunyah dumpling dia yang memang buat kita terkesima gitu..sebenarnya ni la pilihan Umi

 Hand pulled noodle with lamb pilihan Kak Cik

 ni lah dumpling..kami pilih dumpling ayam dan rasanya memang terbaik sebab tu kami pesan bukan sepinggan tapi 2 pinggan..kunyah-kunyah telan hehe

 Fried hand pulled noodle dengan ayam pilihan Angah denga sapa tah..lupa daaa

 Lamb noodle soup (lamb) pilihan sister in law dengan dhubby
 
 perut dah kekenyangan sebab tu muka semua ada senyumm.  Sebab ni memang time orang makan lagi pulak tu kan cuti, jadi memang ramai la tu yang dak Myea dengan si Ain duduk meja berasingan dari kami



okay last sekali Umi belanja tengok menu dia..jangan fenin-fenin kepala la sebab kat atas sanun tu Umi anak beranak dengan ipar duai dah pilih. Pasal air minuman tu tak payah la kot Umi ceritakan sebab minuman situ memang ada kat kedai lain pun okay

Restoran Kungfu Ramen

Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam
12, Lorong Selangor, Taman Melawati, Ampang, Selangor 53100

Monday, February 27, 2017

Apa ada kat Bukit Jugra ?

Assalammualaikum wbt

Semalam tamat la percutian seminggu Kak Yang (mid sem) //(o)//  dan seperti biasa Kak Yang ni memang suka nak balik lewat ke KMS tu mmg macam nak tak nak jer kan dan boleh pulak cakap tak pulak "tak per la Ayah kalau kakak lewat kena denda pun bukan akak akan balik pun minggu depan"   hamboii sesuka jer kan. tapi dhubby tu orangnya memang mengikut peraturan...so its NO NO..otw balik tu cari la jugak McD kat Saujana Putra tapi x de...masuk ke pekan Saujana Putra jumpa KFC...applepie tersenyum kesukaan la sebab KFC tu favourite dia kan..masuk jer kejap ehhh dah keluar..rupanya KFC blackout haha.  So end up tapau Burger King jer la untuk dinner Kak Yang dan zoommmm ke Banting

Seperti biasa bila antar KY memang kami tak tunggu lama..peluk cium dan berpesan supaya jangan lupa solat, dan study smart serta sedikit sebanyak pesanan dan tinggallah KY kembali ke realiti!

Memandangkan Umi, KC, Cik Myea dan Applepie dah kira cukup korum, dhubby tanya kalau nak jengah kat Bukit Jugra...apa lagi KC memang mengendik la kan sebab dia tak pernah pergi..

Jadi kami pun mendaki la ke Bukit Jugra (naik kereta la ya bukan on foot) dan rupanya TubeStay yang tular baru-baru ni tu betul-betul kat kaki Bukit Jugra.  First time pergi ke Bukit Jugra tahun lepas tak de pulak kat SINI. Dhubby tanya nak berhenti dan tengok penginapan tu ke tak..nope.. ishh kita nak tengok matahari jatuh niat nak menengok bilik2 gelung ni letak tepi duluan lagipun rasanya memang tak akan menginap kot kat sini jadi bukan keutamaan la kan..tapi tak tahu la pulak kan

kemain suka si Applepie dapat jalan ke sini..

berehat jap sambil tengok mentari jatuh...dah jatuh dah sebenarnya tapi sesaja merehatkan diri sambil tengok pemandangan yang cantik ciptaan Illahi
 


ramai sungguh orang jogging pastu berehat kat sini sambil menikmati udara dan panorama ciptaan Illahi yang sungguh cantik dan menyejukkan jiwa

Dan senja pun berlabuh, panorama matahari semakin menghilang dari pandagan..Subhanallah

Hari pun dah gelap dan gambar2 dah siap dirakam untuk kenangan hari-hari mendatang.. jadi kena balik KL pulak..nak balik rehat..nak gosok baju..nak buat macam2 la lagi kan.. lagipun dah malam ni nak turun bukit risau silap2 turun bukit ni dengan lencongan-lengongan yang silap terlencong kat jirat2 cina yang dah ada kat kiri waktu balik ni..dulu masa datang jirat kat sebelah kiri naik jer.

Tetiba tengok ada pulak bebudak naik basikal yang dah dimodified..nampak pelik bentuknya pun..dalam hati cakap eh mcm2 depa ni..ngeri kes kat Johor tu tak abih lagi nii..ehhh berani sungguh depa ni..kang silap2 mau jatuh kat jirat cina nii..lagipun kan waktu Maghrib ni elok2 la gi solat dulu. Bila sampai kat kaki bukit mmg ada orang yang menjaga siap dengan lampu tangan yg berkelip2.

Umi tak sempat ambil gambar sebab menurun bukit kan lagipun dah gelap dan bila dah gelap memang tak la nak singgah jengah kat TubeStay tu..nak nampak mende kan.  Jadi Umi pun google ler..laaa rupanya basikal pelik tu atas kelolaan TubeStay.  Dah tak cuba sendiri so no komen la pasal keselamatan yang diguna pakai tapi yang pasti memang tak de la nak guna kan...silap2 ada pulak penumpang yang melompat naik kat belakang hehe

Nak tau lebih lanjut boleh la tengok kat website TubeStay ni kat SINI

gambar ni di ambil dari FB TubeStay - https://www.facebook.com/tubestay/

ni la rupa dalaman tube tu yang kalau kita tengok dari luar mcm gelung besar gitu


banyak jugak aktiviti kat sini selain Fun Trikes, Memanah, Memancing ada jugak Giant Bubble..tu yang Umi sempat google la dan kalau nak tahu lebih lanjut layari jer website diaorang..boleh la tanya harga berapa terutama kalau anda nature lover gitu.

Sunday, February 26, 2017

Pencarian Bloglist Sesi Mac-April 2017

Jom ramai2 join pencarian bloglist Nur Atirah dan seperti biasa sila klik kat banner ya. Sangat mudah dan simple hehe


http://coretan-athirah.blogspot.my/2017/02/pencarian-bloglist-sesi-mac-april-2017.html




Saturday, February 25, 2017

Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa ?

Assalammualaikum wbt


Image result for kisah suami istri muslimah penyayang

Umi buat posting ni bukan sebab tak dak cerita...banyak cerita nak dicerita tapi dalam keadaan tak sihat ni otak kurang berfungsi sebab nak menulis ni kena berfikir..hehe

Sesiapa yang baca ni jangan marah naa..hanya untuk perkongsian dan untuk kita lihat diri kita dan pasangan kita semoga rumahtangga yang kita bina bukan hanya kekal hingga ke akhir hayat tapi kita dapat bertemu di Jannah..In Sha Allah

Mungkin perkongsian ni tidak semua sama untuk kita tapi sekurang-kurangnya menjadi panduan kita semua dan maaf kalau berasakan perkongsian ni nampak melebihi para wanita sebab Umi pun seorang wanita ;D

********************

Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.
Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. 

Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.  Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.  Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.
Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.  Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.
Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.
Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.  Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Sebenarnya, dalam bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.

Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.

Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.
Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.
Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.
Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.
Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

*Copy paste
[Credit to: penulis asal]

Friday, February 24, 2017

Jom ke Pameran Pelancongan 2017 bermula 24 Februari 2017

Jom kita ke MITA Travel Fair untuk pakej percutian yang hebat dan berbaloi atau hubungi 03-4149 1790 kalau nak bercuti dimana2 destinasi




Ekspo Pelancongan akan bermula 24 Februari dan berakhir pada 26 Februari pada jam 100 pagi hingga 9 malam bertempat diThe Mines International Exhibition & Convention Centre

Antara acara-acara yang akan dijalankan adalah :-

Pameran Pelancongan Domestik - pelbagai pakej pelancongan, hotel-hotel, dan tiket ke taman-taman tema disediakan dengan harga diskaun sehinggq 60% diskaun di lebih 600 buah gerai pameran.

Pavilion Perak , Pahang dan Terengganu  menawarkan pakej pelancongan yang sangat menarik sempena Kempen Tahun Melawat Perak, Pahang dan Terengganu 


Crazy Deal Corner menawarkan tiket theme park dan hotel bermula dari RM8.

AirAsia  juga menawarkan Harga "Suami Pening Tak Boleh kata TIDAK" dari RM39 ke destinasi pilihan Malaysia, Asean dan Asia

Pesta Makanan Tradisi Malaysia - pelbagai aneka makanan tradisi Malaysia bakal dipamerkan dan dijual di 52 buah gerai. ( tentukan perut anda kosong bila ke sini )

Di samping itu, tempat makan yang selasa turut disediakan.

Pesta Kebudayaan Malaysia - menyediakan pameran kebudayaan Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa dan ambil bahagian di peraduan Nasi Lemak Spiciest Challenge dan menang hadiah penginapan.

Pengunjung juga berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional daripada pelbagai etnik terutamanya etnik dari Timur Malaysia. Ambil selfie dan hebahkan pada rakan rakan anda di luar negara.

Food Truck Fiesta - Sebanyak 40 buah Food Truck akan berada di Expo tersebut untuk menjual makanan khas dari Food Truck. Makanan Out Of The World beb !!

Jualan Barangan/Kemunculan Khas Artis-artis Tempatan dan anda berpeluang berjumpa dengan artis artis ini sambil  menempah percutian bersama mereka.

Sempena Mita Travel Fair , kami juga menganjurkan Seminar AgroTourism untuk usahawan yang ingin menceburi bidang pelancongan agro yang menguntungkan sekarang.

Acara Pembukaan pada 25hb Februari 2017 @ 3:00 petang yang Insyallah akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Shuttle Service setiap 30 minit di sediakan secara PERCUMA di stesen KTM Serdang dan LRT Stesen Bandar Tasik Selatan.

Tips - untuk mendapatkan harga Pecah Tabung Crazy Deals RM 8 , sila ke Crazy Deal kaunter dalam dewan Mita Travel Fair bermula jam 1030 pagi pada Jumaat 24hb Feb 2017.. be there early or u you will never get any better deal. Harga giler beb

* Mari sama sama Mertabatkan Industri Pelancongan Tempatan *
* *Domestic Tourism Is Good For The Nation**

Bodohkah seorang ibu itu....?

 Image result for ibu


Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. 

Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. 

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. 

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. 

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. 

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. 

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. 

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

*********************************

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. 

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. 

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

sumber : tak pasti tapi copy paste dari grup WA keluarga


Kawallah kemarahan kita

Assalammualaikum wbt

Dalam kehidupan seharian, pasti kita berhadapan dengan perkara-perkara yang membangkitkan kemarahan. Kita juga sering menghubung-kaitkan marah ini sebagai satu perkara yang negatif.


Marah akan membuatkan otak mengeluarkan hormon Noradrenalin beracun dan menyempitkan pembuluh darah

Ternyata Islam juga mencela sikap marah sebagaimana firman Allah swt: (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh sercara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semanat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (disisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya.  Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu (al Fath: 26)




Image result for mengawal marah dalam islam


Lihatlah bagaimana Allah s.w.t. mencela keangkuhan golongan kafirun terhadap golongan yang beriman yang mana ia timbul akibat kemarahan mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. yang telah menyerang institusi keagamaan, masyarakat dan sosial mereka. 

Kebaculan
Sementara itu, Allah juga memuji sifat tenang dan tenteram yang telah dikurniakan kepada golongan mukminin.  Ternyata menerusi ayat ini sifat marah dinilai secara negatif.  Namun begitu adakah Islam ingin membasmi sifat marah secara total?

Jenis- jenis manusia berkaitan dengan sifat marah..yang mana satukah kita?

Golongan Pertama: Tafrith iaitu mereka yang langsung tidak memiliki sifat marah.  Apa jua yang berlaku disekelilingnya maka dia langsung tidak menunjukkan perasaan marah.  Manusia jenis ini sama seklai tidak memiliki sikap pembelaan terhadap kebenaran.  Dia tidak berasa tersinggung apabila agamanya diinjak-injak oleh musuh-musuh Islam.  Sedangkan Rasullah s.a.w yang terkenal dengan sikap tawaduk tetap mempertahankan maruah agama dengan menenang musuh-musuhnya sekiranya perlu.


Firman Allah: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). (al-Fath: 29)

Golongan jenis ini juga apabila terjai perlanggaran terhadap kehormatan diri mahupun ahli keluarganya maka dia kaan menghadapinya dengan sikap penuh kebaculan dan terlalu merenah diri, sedangkan Islam melihat perlunya sikpa cemburu demi untuk melindungi kehormation ahli keluarganya

Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dia (Sa’ad) adalah seorang yang kuat cemburunya dan saya adalah lebih kuat cemburunya (berbanding dengan Sa’ad), dan Allah adalah lebih cemburu lagi daripada saya (iaitu sekiranya Dia melihat hamba-Nya melakukan perbuatan maksiat). (Riwayat Muslim)

Jelas di sini sifat tafrith atau langsung kehilangan sifat marah adalah tercela di sisi syarak.

Golongan Kedua: Ifrath iaitu merka yang tidak dapat mengawal perasaan marah lalu bersikap berlebih-lebihan sehingga hilang pengawalan akal yang waras terhadap dirinya.

Golongan seperti ini akan berteriak dengan suara yang kuat serta mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat. Ada kalanya sehingga menyebabkan terjadinya pukul-memukul ataupun amukan yang dahsyat sehingga terjadi pertumpahan darah. 

Marah yang tidak dapat dikawal juga dapat membentuk perasaan dendam, benci dan dengki sehingga mendorongnya untuk melakukan pembalasan terhadap orang yang dimarahinya.


Disebabkan buruknya akibat sifat marah yang melulu ini maka Rasulullah s.a.w. amat menitikberatkan agar perasaan itu dikawal dengan baik. Apabila seorang sahabat meminta nasihat daripada Baginda s.a.w, lantas Baginda bersabda: Jangan marah. Kemudian sahabat tersebut mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi baginda menjawab: Jangan marah. (Sahih al-Bukhari, hadis no: 6116).

Allah juga memuji mereka yang dapat mengawal perasaan marah melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran: 133-134)

Di antara cara mengawal perasaan marah sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. adalah: 

  • Mengucapkan Ta'awudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem - Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk) Ini adalah perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan
  • Diam atau tidak berbicara
  • Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk, jika dia tidak reda juga, hendaklah dia baring.
  • Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah


Golongan Ketiga : i’tidal iaitu golongan yang bersikap sederhana di antara tafrith dan ifrath. Mereka tidak menghilangkan sikap marah secara total tetapi hanya akan marah dalam situasi yang bersesuaian. Akal juga masih menguasai dirinya dan mereka sentiasa mengikuti batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.




Kehormatan

Kemarahan yang tergolong dalam kategori terpuji adalah kemarahan yang timbul hanya kerana menurut perintah Allah dan untuk membela agam Islam serta umatnya.


Oleh itu hendaklah kemarahan yang ada dalam jiwa seorang muslim itu bertindak untuk menolak gangguan orang lain terhadap kehormatan dirinya, keluarganya serta umat Islam keseluruhannya dan menghukum mereka yang ingkar kepada perintah Allah. 


Firman Allah: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman. Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Taubah: 14-15)

Di antara sifat Rasulullah s.a.w. ialah Baginda tidak menunjukkan kemarahan dan melakukan pembalasan hanya kerana kepentingan peribadinya. Segala kemarahannya adalah kerana mempertahankan hukum-hukum Allah.

Saidatina Aisyah r.a. telah meriwayatkan bahawa: Dan tidaklah baginda membalas dengan hukuman untuk (membela) dirinya di dalam sesuatu sama sekali kecuali jika perkara-perkara yang diharamkan Allah dilanggar, maka baginda akan membalas dengan hukuman terhadap perkara itu kerana Allah. (Riwayat Bukhari)

Apakah yang dapat kita simpulkan tentang sifat marah ini? Sekiranya sifat marah itu hilang sama sekali dalam jiwa seseorang maka ia termasuk dalam perbuatan yang tercela dan menunjukkan ciri-ciri seorang insan yang lemah pegangan agamanya, penakut, lemah imannya dan kurang cintanya terhadap agama Allah.

Begitu juga sifat marah yang berlebih-lebihan tanpa batasan ia juga mengundang bahaya serta boleh menimbulkan suasana yang kacau-bilau. Oleh itu, sekalipun sifat marah itu perlu ada pada diri seseorang tetapi ia sentiasa diarahkan kepada perkara yang kena pada tempatnya. Dikawal oleh akal yang bijaksana dan batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh syarak. 

Inilah sikap pertengahan yang adil lagi terpuji malah ia merupakan ciri-ciri umat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu umat yang bersikap penuh kesederhanaan dalam semua perkara. Firman Allah: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil (pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Oleh itu sewajarnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengamal sifat marah yang i’tidal ini.

Bicara Agama Utusan 02/07/2007

Wednesday, February 22, 2017

Dinner In The Sky tanpa dinding tanpa lantai diudara !

Assalammualaikum wbt

Salam malam Isnin

Siapa takut gayat? sila angkat tangan

Alkisah semalam Umi menghadiri jemputan dari team #dinnerinthesky untuk promosi makan diudara..jadi peluang ni memang tak akan dipersiakan.  Memandangkan Umi tak nak bersesak dalam kesesakan jalanraya kat Jalan Ampng nun jadi Umi pilih sesi jam 4 petang..ramai kawan2 yg lain ajak untuk sesi malam tapi ishh mmg Umi kalau boleh waktu malam time untuk lepaking dengan anak2 dgn dhubby..kira macam ibu mithali la jugak kan ;D

Sesampai sana hari masih panas...bayangkan la xde feeling romantik kan bila nak ke udara dengan panaih lit lit (bak kata org Kedah)..haha apa la nak romantik kalau pergi dengan kawan sepejabat!

Untuk pengetahuan, kerusi ni boleh digerakan/berpusing separuh dan Umi dah buat...perasaan? nak kata gayat tu ada la sikit sebab kaki tak pijak pemijak kaki tapi kawan sebelah tu hahaha katanya dia rasa gayat..

Nak snap picture kawan2 yg lain tak dapat sebab lepas habis jer turn kami, hujan pun turun dan dengar cerita ada yang kena tunggu agak lama sebab hujan...Alhamdulillah nasib kami baik kan..



 Umi belanja video amatur masa kat atas sanun tu..mmg best dan Umi jugak sempat buat gerakan kerusi tu separuh tapi tak mampu nak lenturkan kerusi kebelakang...takut la jugak

Bayangkan kita akan berada diudara secara terbuka tanpa dinding, tanpa lantai tapi ada la jugak bumbung ciput dan diudara setinggi 45-50 meter! tetapi ketinggian tu tertakluk kepada pihak penganjur dan bergantung pada keadaan cuaca jugak

Jangan takut sebab kita memang selamat dengan ciri-ciri keselamatan yang terperakui DOSH Malaysia lagipun ni bukan produk dari Jepun atau China tau ni teknologi dari German...tengok tu memang negara favourite Umi tau yang memang hebat dalam teknologi engineering keke dan sudah beroperasi di lebih 40 negara dan satu-satunya di Asia Tenggara iaitu Malaysia!

Bertempat di Lanai Matic dan betul2 ditengah bandaraya dan semestinya bila naik diudara pemandangan membelakangkan Menara Berkembar Petronas, Menara KL memang menakjubkan dan #dits akan berada sehingga bulan Jun 2017 (kemungkinan akan berubah)


1. Dinner in the sky dengan harga RM229 (hari biasa) / RM249 (hujung minggu) untuk seorang termasuk
  • Makan dan minum (Menu ? KLIK SINI)
  • Pemandangan yang menakjubkan
  • Pengalaman selama 1 jam

Meh Umi C&P menu tu..jangan terliuq udah ler yaa

The Menu (By Teaffani):

Starter:
  • Smoked Salmon Salad & Glass Noodles with Oriental Sesame Dressing
Main Course (4 options):
  • Chicken : Roasted Chicken Cutlets with Tennessee Glaze on a bed of Chicken Ham Mashed Potatoes & Grilled Asparagus.
  • Beef : Ultimate Beef Stew with Sour Cream, served with Garlic Rosemary infused Rice & Roasted Cherry Tomatoes.
  • Seafood : Baked Seafood Lasagne topped with Garlic Roasted Prawns on a bed of Wilted Spinach.
  • Lamb : Twice Cooked Lamb Leg Slices with Ginger Soya Glaze served with Pickled Cabbage & Cold Spaghetti.
Dessert:
  • Strawberry & Kiwi Shortcake with Tangerine Glaze.
Vegetarian Menu
Starter :
  • Roasted Pumpkin Salad & Glass Noodles with Oriental Sesame Dressing (VEGETARIAN)
Main Course: (Vegetarian)
  • Eggplant Napoleon with Alfalfa Sprouts & Homemade Tomato Sauce.
Dessert:
  • Strawberry & Kiwi Shortcake with Tangerine Glaze.
--------------------

2. Dessert in The Sky dengan harga RM120/seorang termasuk
  • 1 dessert + 2 koktail/moktail mengikut citarasa
  • Gambar didalam folder
  • 30 minit di udara!
  • dari jam 2130 atau 2200
Jangan risau pasal makanan sebab memang HALAL dan diperakui oleh JAKIM cuma tak de sijil HALAL sebab mereka arak jugak dihidangkan tapi kalau orang Melayu Islam tu tak perlu la nak minum arak naa

Kalau nak buat tempahan harga dengan harga diskaun boleh jer Whatsapp kat 019-225 6994 atau 012 246 4170

Sedikit catatan atau nak tahu lebih lanjut boleh baca terma dan syarat kat SINI

  • Ada dua sesi iaitu 1830 dan 2000 setiap hari
  • Layak untuk sesiapa berusia 13 tahun keatas dengan ketinggian 145sm dan berat kurang dari 150kg.  Kanak2 dibawah 18 tahun harus ada penjaga/ibubapa
  • Perempuan mengandung adalah dilarang
Selamat mencuba!

Wordless Wednesday 2017 #8 - the truth

Assalammualaikum wbt
Selamat pagi 

(◕‿◕✿)

(◕‿◕✿)