Friday, March 31, 2017

Doa Hari Jumaat

Assalammualaikum wbt


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Ya  Allah..
Jika hari ini ada di antara kami..
yang sedang sakit,
mohon angkatlah penyakitnya ya Allah...
Berikanlah kesembuhan untuknya..
Kerana hanya Engkau lah yang Maha Menyembuhkan..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami,
Yang kesulitan rezki,
Mohon mudahkanlah dan bukalah jalan rezekinya ya Allah..
Kerana hanya Engkau Maha Pemberi Rezeki..

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang hatinya sedang susah dan bersedih, menerima dan menghadapi ujian-Mu...
Mohon Kuatkanlah ia untuk mampu bertahan dan bersabar..
Dan hiburlah ia dengan penuh kurnia-Mu..
Kerana janji-Mu yang tak pernah Kau ingkari..
Setelah kesusahan ada kesenangan dan kemudahan.

Ya Allah..
Jika hari ini ada di antara kami
yang sedang ada benih-benih sakit hati dihatinya..
Sombong, iri hati, dengki dan dusta..
Mohon bersihkan dan sucikanlah ya Allah..

Ya Allah..
Mohon ampunilah segala dosa dan khilaf kami..
Pun jika sampai hari ini ada diantara kami, yg merasa disakiti dan dizalimi ATAU menyakiti dan menzalimi kerana kesalahan kami yang disengaja atau pun yang tidak disengajakan...
Bukakanlah pintu hatinya & pintu hati kami agar saling memaafkan antara kami & mereka

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa ahli keluarga kami,dosa sanak saudara kami, dosa guru guru kami, dosa rakan rakan kami, dosa jiran jiran kami dan dosa seluruh kaum Muslimin dan muslimat.
Sesungguhnya Kau lah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

.آمــين.آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْ

Thursday, March 30, 2017

Terima kasih wahai blogger

Hola!
Image result for terima kasih

Petang tadi  terasa lega sebab pageview blog SSL ni meningkat balik walau awal minggu ni memang teruk jatuh tu yang buat rasa down sangat sebab PV tersangat rendah..(haishh tu pun nak down ke? hehe) terfikir la adakah kemungkinan sebab kesibukan Ummi yang kena extra care untuk Kak Cik yang demam panas sejak balik dari Johor dan juga kesibukan di pejabat yang buat jiwa sedikit kacau dan tunggang langgang..ok tak mau dah down-down lagi dah ok


Sebenarnya bermula bulan Mac ni teruja pulak Ummi nak tengok PV jadi ni la hasil pemantauan kat blog sendiri..hehe. Ummi pasti kawan-kawan yang lain punya PV yang lebih tinggi tapi buat penulis yang picisan macam Ummi ni dah jadi satu pendorong untuk menulis dan berkongsi yang baik-baik untuk rakan-rakan pembaca

Terima kasih pada yang sudi menjengah dan meningkatkan PV kat blog SSL dan yang membantu untuk klik2 kat situ dan sinun. Sayang korang ketatketakpadatpadat!










Ok..time kita sambung blogwalking ya..

Blog Giveaway by The Amazing Me

Assalammualaikum dan selamat petang

Yuk kita turut serta dengan GA dari the Amazing Me, blogger dari negara seberang yang pasti kita akan tambah kenalan dan mengikat tali silaturahim ya..

Sila klik di banner untuk keterangan lanjut dan syaratnya pun gampang bangat! ;D

http://www.theamazingjasmi.com/2017/03/blog-giveaway-by-amazing-me.html


  1. Follow blog ini
  2. Follow instagram @addict_tours dan @jasmi_bakri
  3. Like Fanspage Addict Travel & Tours
  4. Share postingan giveaway yang ada di fanspage Addict Travel and Tours, dan tag 5 orang temanmu yang non-blogger.
  5. Buat satu entry di blog kamu dengan judul "Blog Giveaway by The Amazing Me"
  6. Pasang banner dalam blog post kamu. Jangan lupa sertakan baclink ke post/atau blog ini ya. 
  7. Tinggalkan URL blog post kamu di kolom komentar di post ini. 
Deadline: 18 April 2017

Hadiahnya grand bangat sih...

8 set cutlery untuk dimenangi! 2 set untuk 2 blogger Indonessia, 2 set untuk non-blogger Indonesia, 2 set untuk blogger Malaysia, dan 2 set untuk non-blogger Malaysia.

cantik kan! saya juga mau dehh

Wednesday, March 29, 2017

Resepi Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Okay kali ni Ummi nak kongsi resepi masak itik atau kalau sesetengah orang panggil serati atau itik nila yang Ummi beli masa balik dari Kuala Pilah (bukan baru masak tapi dah lama masak cuma resepi ni baru nak kongsi.

Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin cara memasak kita berbeza la sikit kan ikut kerajinan kan hehe.

Image may contain: food
ada yang suka buat masak kicap, masak rendang tapi Ummi buat masak lemak cili api sebab ni masakan kegemaran ahli jemaah pengarah.  Tapi kali ni kunyit kurang jadi warna masakan ni kurang menarik sikit


Bahan-bahan:
Itik yang sudah siap disalai dan dipotong kecil (terpulang nak masak 1 ekor atau 1/2 ekor)
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 biji timun kuning
Daun kunyit
3 keping asam gelugur atau daun asam gelugur
1 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa


Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili api - kalau tak suka pedas, boleh kurangkan*
4 ulas bawang putih

2 inci kunyit hidup
1/2 cawan air

Cara-cara membuatnya:
  • Masukkan bahan yang dikisar, serai yang diketuk dan asam keping kedalam periuk dengan 1 cawan air dan direnih dengan api perlahan
  • Bila dah mengelegak, masukkan itik dan digaul supaya itik tu serasi dengan bahan-bahan tu.  
  • Masukkan timun kuning dan dikacau
  • Tambah air (jika perlu) untuk pastikan itik tu betul-betul masak/lembut
  • Masukkan santan cair, daun kunyit yang dipotong dan biarkan sampai mengelegak
  • Masukkan santan pekat dan kacau (jangan tinggalkan kalau tidak santan akan berketul dan pecah minyak)
  • Tutup api dan letakkan garam secukup rasa
Boleh la dihidang dengan nasi panas-panas.  Selamat mencuba

Nota: Ummi tak letak bawang merah dalam masak lemak cili api tapi kalau sesiapa  yang suka boleh la letak.


Wordless Wednesday 2017 #12 - Be Positive

Assalammualaikum wbt


Image result for quotes of the day

Tuesday, March 28, 2017

Bercuti ke Johor

Assalammualaikum wbt

Hari ni baru dapat nak buat entry pasal percutian kami ke Johor sebabnya terlalu sibuk sebab Kak Yang balik bercuti sejak hari Jumaat serta entah sibuk apa-apa ntah la selain Kak Cik Iman masih demam panas sejak dari Johor lagi.  Hari Rabu hari tu Dhubby dah bawak dia ke klinik Dr Idham tapi demam masih tak nak sembuh sepenuhnya...kejap panas..kejap sejuk, kesian tengok dia dok terbaring dan tak aktif...masa Ummi tengah menaip ni pun dia masih tak sihat. Subuh hari Isnin, dia tak tahan jadi kami bawa dia balike ke Klinik Idham dan dia bagi surat untuk refer ke hospital..tapi tak pergi pun dan siang tadi bawak dia ke Klinik Kerajaan untuk 2nd option dan hurmm dia mengadu kat muka dia tumbuh bintik2 pulak..campak kot..tak pasti jadi kena tunggu la tengok macam mana kan

Oklah..ni nak cerita masa cuti sekolah baru ni kan Ummi ke Skudai rumah BIL dengan keluarga kakak Dhubby yang turun dari Kedah...diaorang bertolak hari Sabtu malam dari Kedah dan sampai ke teratak LeyRa subuh hari Ahad...hehe tak pasti jam berapa sebab Ummi dah pengsan keletihan tunggu sebab ingat diaorang akan sampai dalam jam 12 malam rupanya tidak tu yang Ummi tak sedar tu.  Jadi pepagi Ummi bangun buat nasi lemak untuk alas perut sebelum diaorang dan kami bercuti-cuti Malaysia ke Johor.

Sampai di Skudai dah lewat petang sebab kereta pun banyak kat lebuhraya tu dan bukan driver jer yang penat, penumpang pun penat wehh..hehe jadi tak de aktiviti la selain lepakking kat rumah baru BIL tu dan waktu ni la waktu depa adik beradik nak bercerita pelbagai kisah dan kami yang ipar ni ada la jugak part kami kan..dah letih jadi tidur awal la dan hilanglah niat nak ke Danga Bay

Pagi Isnin pulak isteri BIL dah siap masak sarapan sebab nephew Dhubby dah pasang angan nak round Johor hehe tapi tak de la keluar awal sebab ahli seramai 16 orang tu walau bilik air ada 3 tapi dengan budak2 mana la nak on time..mujur anak2 Ummi dah besar tak payah nak bagi mandi bagai hehe

Memula kami ke Legoland bukan niat nak masuk sebab tak berbaloi kalau masuk sekejap dengan harga yang dibayar jadi kami cuma berfoto jer kat luar lepastu misi mencari Puteri Harbour pun untuk bergambar walau anak buah dhubby nak sangat bagi anak dia masuk kat Thomas Town ni tapi kami ada tempat lagi yang nak dikunjung yang tak tahu jarak dan cuma mengharap pada waze untuk membantu...so bergambar jugak je la.

Nanti Ummi upload gambar dan cite kat sini ya..kalau ada kesempatan la.  Sekarang ni nak cerita pasal Forest City yang kontroversi tu..hehe

sempat jugak ambil gambar kat Puteri Harbour ni walau tak masuk sebab rugi la kalau masuk untuk sekejap lagipun nak ke Forest city yang tak pasti berapa jauh dari sini

 Ni la ketam gergasi yang anak buah dhubby dok cerita dan bila tanya kat pak guard dalam bangunan ni boleh pulak dia kata tak tau apa-apa..hehe almaklumlah kalau pak guard tu orang luar negara hehe dan Ummi pun sebenarnya dah penat dan rasa moody la jugak tapi bila tengok pantai ni rasa best pulak..
  
 Landskap yang menarik dan sungguh menarik kalau ditengok dengan mata sendiri

 Gambar atas tu salah satu restoran yang ada dan gambar bawah tu laluan untuk ke pantai
 nampak tak semua papan tanda dalam Mandarin dan English, langsung tak ada dalam Bahasa Melayu apatah lagi pekerja yang rata-rata macam bukan orang Malaysia tapi bukan yang kerja bahagian kontrak la


 Pemandangan diambil dari arah pantai, memang cantik 
Pantai buatan ni memang cantik dan banyak pulak seal terdampar kat sini..kih kih

Memang kepenatan rasa dengan cuaca pun agak panas tapi masih dapat merasa hembusan angin dari arah laut tu la jugak.  

Seriously memang cantik walkway dari dalam bangunan yang menempatkan tempat letak kereta selain tu tempat letak kereta pun ada kat bahagian atas, cuma kami bernasib baik sebab ada ruang untuk kami 

*****************************

Malam pulak anakbuah dhubby ajak pergi ke Pasar Karat tapi tak dapat nak pergi sebab applepie demam panas..mungkin sebab panas jadi yang keluar tu hanya dhubby, Kak cik Iman dan Myea serta yang lelain..lega la jugak sebab penat tu wehhh sesambil boleh intai2 blog

Gambar kenangan sebelum balik, ya la tak tahu bila lagi dapat berkunjung seramai ni walau Ayong dan Angah tak dapat ikut begitu jugak Kak Yang.  Jadi yang tak de dalam gambar ni anak bongsu BIL, juga 2 anak lelaki kakak dhubby  


21 Mac - bersiap untuk teruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur walau SIL pujuk tak yah la balik lagi..hehe tak la kot..dah rindu nak jengah blog dan kerja dah menunggu

Sebenarnya bukan balik terus pun sebab diaorang ingat nak singgah IKEA tapi dhubby cakap jalan sesak jadi reroute ke Decathlon Damansara gara-gara pujukan siapplepie..pasal pujuk memujuk ni memang serah kat dia la begitu jugak the girls yang lain..cair dhubby jadinya..hehe

Nanti Ummi buat entry pasal Decathlon ya..memang best kat sana

Selamat malam

Monday, March 27, 2017

Giveaway by Hanis Masturina

Hola...jom kita meramaikan giveaway Hanis Masturina ni..sesambil menambah kenalan dan silatulrahim.  Moh kita!


Terma & Syarat

1) Warganegara Malaysia dan tinggal di Malaysia serta mempunyai blog.

2) Wajib follow blog HANIS dan add Google+ di sidebar blog ini .

3) Wajib follow instagram @hanismasturina dan follow FB (KLIK)

4) Wajib buat entri bertajuk "Giveaway by Hanis Masturina" dengan sertakan banner diatas kemudian backlinekan ke entri ini

5) Letak link entri anda diruangan komen DIBAWAH
 
 
wow menariknya hadiah tu...








Si HKU Simmy Boy selamat dikembiri

Assalammualaikum wbt
Salam Isnin buat semua!
 
Alhamdulillah akhirnya Simmy boy sikucing jantan yang HKU tu selamat di neuterkan hari Jumaat 24 Mac 2017 di SPCA Ampang Hilir.  Nasib Ummi baik sebab hari Rabu tu Ummi dah mencari klinik untuk neuter Simmy boy tapi rata-rata klinik mengenakan harga yang tinggi sebanyak RM227 tak termasuk ubat, lepas tu nak kena vaccine dulu dengan charge RM75 bla bla bla, lebih seminggu baru boleh nak neuter..hadoiii jadi Ummi pun cuba hubungi SPCA dan lepas diberitahu bayaran RM90 terus Ummi kata ok dan dia pulak cakap datang hari Jumaat sebab masih kosong tapi kena berpuasa 8 jam dan temujanji pulak jam 8 pagi...syukur sebab tak perlu nak tunggu lama.  Kesian Simmy Boy tu dh terkurung dekat 3 bulan tapi bukan kurung 24 jam tapi tak la bebas macam dulu tambahan pulak duduk dalam sangkar ni memang boleh buat kucing tertekan sampai nampak dah susut dan bulu pun gugur..semoga Simmy Boy akan sihat dan tak perlu dikurung lagi.

Mungkin ada yang marah sebab kenapa perlu dikasi atau dimandulkan atau dikembiri Simmy Boy? sebab dia HKU - haiwan kurang upaya atau lebih tepat dia  buta dan tak mampu mencari pasangan sendiri dan kalau dilepaskan akan membahayakan dirinya. FULL STOP!
 
sesi memberi Simmy Boy makan ubat oleh Kak Yang..jenuh jugak la nak pegang dia sebab selepas op ni dia macam biol2 sikit mungkin sebab sakit tau mungkin kesan dari ubat
 
 dah masuk dalam sangkar yang kecil utk hadkan pergerakan..comey kan

Simmy boy yang buta tapi sangat comeyyy


 murah kalau dibandingkan dengan klinik

 ni yang SPCA bagi untuk menjaga kucing/haiwan yang di kembiri

ni copy paste dari laman sesawang SPCA pra syarat sebelum dikembiri


Jadi Ummi sarankan untuk pencinta kucing atau lain-lain haiwan boleh la buat treatment atau check up kat sini selain harga perkhidmatan yang murah dan disamping itu kita menyokong usaha NGO ini untuk membantu memberi pelindungan kepada semua haiwan.
SPCA Selangor ditubuhkan pada tahun 1958 dan sebuah organisasi bukan kerajaan tanpa keuntungan (NGO - Non Profit Organization) yang terletak di Ampang Jaya.  Disini kita mengambil haiwan yang kita inginkan dalam program Adopt A Pet dan selain itu juga kita boleh meringankan tanggungan pihak SPCA dengan menjadi :
* Penyumbang atau penderma
* Keluarga angkat (Fosterer) kerana di SPCA terdapat banyak haiwan jadi kekadang haiwan yang masih muda payah untuk menyesuaikan diri
* Sukarelawan
* Sahabat SPCA
Kalau ada sesiapa yang berminat, silalah ke alamat dibawah atau hubungi untuk keterangan lanjut :

Alamat : Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang
Telefon : 03-4256 5312
Telefax : 03-4252 8382
Waktu : 10 pagi hingga 4 petang (Selasa - Ahad, tutup hari Isnin)
Email : enquiries @spca.org.my

Friday, March 24, 2017

Redakan Kemarahanmu

Sulaiman bin Shurd ra berkata:

كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلاَنِ يَسْتَبَّانِ
فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ.
فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنِّي لأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ
لَوْ قَالَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ.

Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, tiba tiba ada dua orang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul keluar.

Maka Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan nescaya kemarahan akan hilang.
Iaitu sebutlah *A’uzubillahi minash Syaitan* nescaya kemarahannya akan hilang."
[HR Imam Bukhari dalam Sahih al-Bukhai, hadis no:3282 
(Kitab Bad’i al-Khalq, Bab sifat iblis dan tenteranya)]

Ulasan Hadis:
Terdapat dua jenis kemarahan:
*Pertama ialah faktor keduniaan:*
Contohnya orang yang marah kerana dirinya tidak dihormati atau kerana tindakannya dikritik atau marah kerana pendapatnya ditolak atau arahannya tidak dituruti. Ini adalah bentuk kemarahan yang amat tercela dan perlu dihindarkan.

*Kedua ialah faktor Agama:*
Ini seperti seorang muslim yang marah kerana ajaran Agamanya dirosakkan oleh muslim yang lain atau marah apabila mendengar  penceramah atau ustaz yang berceramah membaca atau menyebarkan hadis palsu atau marah apabila melihat ada orang mengamalkan amalan amalan palsu (bid'ah). Kemarahan jenis ini adalah kemarahan yang sangat terpuji.
⚌Namun sungguh itu kemarahan yang terpuji  tidaklah bermakna  seseorang itu boleh bertindak kasar dengan cara meninggi suara menengking atau mengeluarkan kata kata kesat memaki hamun orang yang melakukan kesalahan tersebut.
Yang dituntut ialah tetap tenang dan berlemah lembut. Ini sebagaimana disebut dalam surah al-Asr yakni berpesan pesan atas kesabaran.

Allahua'lam

Thursday, March 23, 2017

Kenali ciri-ciri pesakit Alzheimer

Alzheimer
Alzheimer merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif dan bukannya penyakit menular. Penderita Alzheimer mengalami keadaan penurunan daya ingatan yang parah sehingga penderita akhirnya tidak lagi mampu mengurus dirinya sendiri. 
Alzheimer juga kekadang bermula dengan kelemahan kemampuan bercakap, kemampuan berfikir sihat, daya ingatan, kemampuan pertimbangan, adanya perubahan keperibadian dan tingkah laku yang tidak terkendali. Keadaan ini amat membebani penderita dan juga anggota keluarga yang perlu menjaga dan merawatnya. Menurunnya fungsi ingatan juga memengaruhi fungsi intelektual dan sosial penderitanya.
Sumber penyakit ini belum diketahui dengan pasti, tetapi bukan kerana proses penuaan. Ada pendapat yang mengatakan ini berkaitan dengan pembentukan dan perubahan sel-sel saraf yang normal menjadi semacam serat.  
Risiko untuk mengidap Alzheimer meningkat seiring dengan pertambahan usia. “Pada usia sekitar 65 tahun, seseorang berisiko 5% untuk menderita penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali lipat setiap lima tahun,”menurut Ahli Psikogeriatrik, Falkulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer. Meskipun seringkali dikaitkan dengan usia lanjut, namun terbukti bahwa penderita Alzheimer yang pertama diidentifikasi adalah seorang perempuan berusia awal 50 tahunan.

Sejarah Alzheimer
Penyakit ini ditemukan oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini, dinamakan Alzheimer sempena nama penemunya. Alzheimer menemukan bahwa saraf otak penderita Alzheimer tidak hanya mengerut, bahkan dipenuhi gumpalan protein luar biasa yang disebut plak amiloid dan serat yang berbelit-belit (neuro fibrillary). Amiloid protein yang membentuk sel-sel plak protein tersebut, dipercayai menyebabkan perubahan kimia otak. Musnahnya sel-sel saraf ini menyebabkan syaraf otak yang berfungsi menyampaikan pesan dari satu neuron ke neuron lain terpengaruh.
Meskipun sudah ditemukan hampir satu abad yang lalu, Alzheimer tidak terkenal seperti penyakit yang lain seperti hipertensi, Sindrom Pernafasan Akut Parah (SARS) atau pun penyakit jantung. Mungkin sebab gejala penyakit Alzheimer tidak begitu ketara, berbeza dengan hipertensi yang dapat dipantau melalui pemeriksaan tekanan darah. Penyakit Alzheimer juga tidak dapat dikenal pasti kerana sifat sering lupa adalah hal yang wajar dialami orang berusia lanjut kerana faktor usia. Padahal mungkin “sering lupa” tersebut merupakan tanda awal penyakit Alzheimer.
Penyakit Alzheimer menjadi lebih dikenal secara meluas setelah bekas Presiden Amerika Serikat yang ke-40, Ronald Reagan disahkan pesakit Alzheimer.

Gejala dan tingkat keparahan penyakit:
Gejala permulaan dapat dilihat bilamana pesakit Alzheimer ini lupa dimana menyimpan kunci, lupa dimana dia meletak barang-barang peribadi seperti dompet dan pelbagai barangan serta ubatan untuk dimakan.
Pada tingkat menengah: penderita misalnya, lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau lupa bagaimana cara mengaduk gula di dalam gelas.
Pada tingkat yang parah, penderita sudah tidak mampu melakukan hal-hal dasar seperti mengurus diri sendiri, tidak lagi mengenali keadaan sekitar rumahnya, tidak mengenali rakan-rakan atau anggota keluarga terdekat.
Penderita Alzheimer dapat menjadi agresif, cepat marah dan kehilangan minat untuk berinteraksi atau hobi yang pernah diminatinya. Penderita tingkat menengah atau parah dapat menunjukkan tingkah laku aneh, seperti menjerit, terpekik atau mengikuti orang ke mana saja, bahkan walau orang tersebut ke tandas.  Selain itu, penderita dapat juga mengalami semacam halusinasi seperti mendengar suara atau bisikan halus, atau melihat bayangan menakutkan. Penderita juga kadangkala berjalan mundar
mandir tanpa tujuan dan pola tidur mereka juga berubah. Penderita biasanya akan lebih banyak tidur di siang hari dan terus terjaga pada malam hari. Keadaan tersebut secara tidak langsung memberi tekanan mental kepada suami/isteri atau anggota keluarga yang harus waspada menjaga penderita selama ‘36 jam’ sehari.
Kebanyakan penderita Alzheimer meninggal dunia akibat radang paru-paru atau pneumonia kerana mereka tidak dapat melakukan berbagai aktiviti seperti biasanya.
Yang menyedihkan, adalah bahwa orang yang sakit itu sendiri tidak memahami apa yang terjadi pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya penyakit Alzheimer ini, tidak dapat disembuhkan. Tetapi, gejalanya masih dapat dikendalikan dengan ubat-ubatan.  Ubat-ubatan yang diberi pada tingkat awal, dapat membantu ingatan penderita seperti fungsi kognitif, aktiviti dan tingkah laku seharian.
Sekitar tahun 1950-an diperkirakan sekitar 2,5 juta warga dunia menderita penyakit ini. Pada tahun 2003 Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), menganggarkan lebih 1 juta  orang yang berusia di atas 60 tahun atau 10% penduduk dunia menderita Alzheimer.
Peningkatan jumlah penderita Alzheimer berkaitan dengan meningkatnya jumlah warga dunia yang berusia lanjut, dan semakin panjangnya usia atau masa hidup warga dunia. Usia hidup perempuan meningkat hingga mencapai usia 80 tahun dan laki-laki mencapai usia 75 tahun. Selain itu, faktor pemeliharaan kesihatan yang semakin baik dan menurunnya tingkat kelahiran.

Orang yang berisiko menderita Alzheimer

- Menderita hipertensi dengan usia diatas 40 tahun

- Penderita diabetes

- Kurang bersukan

- Kadar kolestrerol yang tinggi

- Faktor keturunan - memiliki keluarga yang menderita Alzheimer pada usia 50-an

Tetap Semangat !

Nah, ada ujian kecil berikut penjelasannya untuk mengetahui tingkat kesihatan saraf kita. Selamat mencuba semoga kita sihat selalu.
1. Temukan huruf “C” di bawah. Jangan gunakan bantuan cursor.
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO COOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O
OOOOOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOOO OOOOOOOOOOOOOOO O

 
2. Jika anda telah menemukan huruf “C”, sekarang temukan angka “6″ di bawah.
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
9999699999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999999
9999999999999999999 9999999999999999 999999999999999 99999999999999

3. Sekarang temukan huruf “N” di bawah. Ini agak lebih sulit.
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MNMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMMMMMMMMMMMM MMMMMM
MMMMMMMMMMMMMMMMMMM

4. Sekarang temukan huruf “O” di bawah. Ini agak lebih sulit.
QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQQ QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQQ QQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQ
QQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQQOQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ QQ QQQQQQQQQQQQQQQQQQQ QQQQQQQQQQQQQQQQ

5. Sekarang temukan huruf “I” di bawah. Ini agak lebih sulit.
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLI
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLLLLLLL LLLLLLLLLLL
LLLLLLLLLLLLLLLLLLL LL

Wednesday, March 22, 2017

Ulangtahun P Ramlee ke 88 tahun ?

Image result for r ramlee
Seniman sepanjang zaman yang selalu diingati dan yang terbaik dan hebat
Google hari ni meraikan hari lahir P Ramlee ke 88...wow kan sebab siapa tak kenal P Ramle? Pelakon, Pengarah, Pelawak, Penyanyi, Penulis Lagu, Komposer dan anak seni yang serba boleh dan tiada tandingannya kan.

Semua cerita lakonan P Ramlee seperti Seniman Bujang Lapuk, Ali Baba Bujang Lapuk, Antara Dua Darjat, Anakku Sazali dan lain-lain KLIK SINI memang meninggalkan kesan dan tak pernah jemu ditonton. 

Mengikut catatan wikipedia, P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih dan sekarang dikenali sebagai Tan Sri Datuk  Amar Teuku Zakaria Teuku Nyak Putih, dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 dan meninggal dunia di Setapak pada 29 Mei 1973.

Image result for alfatihah

AlFatihah buat arwah dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman

Pernah berkahwin dengan Salmah (Saloma) Ismail (1961 - 1973), Noorizan Mohd Noor (1955 - 1961), Junaidah Daeng Harris (1950 - 1954).

Ummi masih ingat lagi cerita yang dulu P Ramlee diharamkan menjejak kaki di Perak sebab dia mengahwini Seniwati Noorizan yang juga isteri kerabat Diraja Perak.

Waktu tengah mengoogle tu Ummi ternampak satu blog tentang tarikh lahir P Ramlee yang sebenarnya dan kalau dibaca masih misteri.  Tapi sememangnya orang zaman dulu tarikh lahir diaorang berubah-ubah antaranya sebab surat beranak hilang, lambat mendaftar, ibu bapa buta huruf dan hilang disebabkan zaman jajahan Jepun dsbnya.  Jadi tak mustahil tarikh lahir P Ramlee pun yang tercatat bukan tarikh sebenarnya.

Ok sini Ummi copy paste cerita dalam blog http://pramlee-mustafar.blogspot.my/2006/05/bila-p-ramlee-dilahirkan.html untuk kita baca.  

Bukan untuk mempertikaikan tapi kalau dapat tahu yang sebenarnya pun bestkan..tapi apa la ada pada umur, hanya nombor. 

Gambar: P. Ramlee berlakon bersama Siput Sarawak dalam "Chinta" arahan B.S. Rajans. Perhatikan, apakah P. Ramlee ketika itu umurnya 19 tahun atau 29 tahun?



Sebagaimana yang mengetahui, P. Ramlee dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929. Tarikh ini telah disahkan dan tercatat pula dalam kad pengenalannya bernombor 4131383 yang dikeluarkan pada 15 Jun 1961.
Bagaimanapun, dalam buku Kaca Permata oleh Jamil Sulong ada tercatat:
"P. Ramlee dikatakan lahir pada hari Rabu 21 Mac 1928. Ini salah. Kesilapan begini berlaku kerana kadang-kadang Ramlee sendiri memberi tarikh lahirnya mengikut ingatannya saja sambil mengatakan hari itu jatuh pada 1 Hari Raya Puasa. Jadi orang yang hendak membuat kajian akan cuba menghitung atau mencari kalendar lama menyesuaikan hari raya dengan hari yang dikatakannya sebagai hari lahirnya itu.
"Ramlee pernah mengatakan kepada saya dia sengaja mengubah tahun pada umurnya sewaktu meninggalkan Pulau Pinang supaya tidak disangka terlalu muda. Ini memang perkara biasa dibuat oleh orang yang merantau atau mencari kerja yang kadang-kadang mengubah tarikh lahir malah mengubah nama.
"Menurut surat beranaknya (cabutan Pendaftar Beranak Pulau Pinang bilangan 633113), P. Ramlee dilahirkan pada 22 Mac 1919. Sekiranya menurut kiraan hari, 21 Mac 1928 tidak boleh jatuh pada hari Rabu kerana 22 Mac 1929 (1919 atau 1929? - Mustafar) ialah hari Jummat.
"Surat beranaknya ini dapat saya lihat sewaktu kami berada di Jalan Ampas, dan masa itu dia diganggu oleh wakil insurans untuk mengambil insurans nyawanya. Kerana perlu mengira umur dan lain-lain yang berhubung dengan insurans, maka perlu ada surat beranak dan kami sama-sama melihatnya dan saya sempat membuat salinan."
Sungguhpun Kaca Permata telah diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1990, namun tarikh lahirnya masih kekal pada 22 Mac 1929. Salinan surat beranak P. Ramlee ada pada Jamil Sulong, kenapa tidak diperbetulkan daripada 22 Mac 1929 ke 22 Mac 1919?
Jamil Sulong mencatatkan tarikh lahir P. Ramlee 21 Mac 1928 (bukannya 22 Mac 1929) kerana diperingkat awal P. Ramlee dikatakan lahir pada tarikh itu, namun begitu tarikh tersebut dilupakan dan 22 Mac 1929 digunapakai.
P. Ramlee dalam temubualnya dengan Zainuddin Nordin (RTM) sebelum meninggal dunia berkata lebih kurang begini: 
"Saya telah dilahirkan pada 1 Syawal ah... tahun 1300... berapa tu, berapa ye? Kadang-kadang umur misti mahu dirahsiakan. Tapi di dalam bulan... tahun masihi iaitu pada 23... 22 Mac tahun 29. 
"Jadi menurut kata ibu saya, saya ni dilahirkan ke dunia sesudah membaca khutbah Hari Raya, maka dari itu saya tidak difitrahkan. Kalau saya dilahirkan sebelum khutbah sebelum 1 Syawal maka saya akan di fitrah, difitrahkan. 
"Jadi pada hari 1 Syawal ini adalah satu hari yang tidak secara langsung seluruh kaum muslimin di dunia ini merayakan hari Aidilfitri dan disamping itu dengan tidak secara langsung merayakan hari lahirnya P. Ramlee.
Dengan itu, jelaslah sudah P. Ramlee mahu merahsiakan umurnya tapi memberitahu 22 Mac 1929 sebagai tarikh lahirnya yang sebenar. Kini mana satu yang harus kita akui? 22 Mac 1919 atau 22 Mac 1929kah?
Salinan surat beranak P. Ramlee yang ada ditangan Jamil Sulongkah? Atau pengakuan yang dibuat P. Ramleekah?
Menurut P. Ramlee dia datang ke Singapura pada 8 Ogos 1948 dan filem "Chinta" yang dibintanginya diedarkan untuk tontonan ramai pada 26 Oktober 1948.
Kalau tarikh lahir P. Ramlee 22 Mac 1919 bermakna ketika berlakon dalam "Chinta" umurnya lebih kurang 29 tahun. Apakah ketika membintangi "Chinta" umurnya setua itu?
Kalau dilihat raut wajahnya dalam "Chinta" umurnya tidaklah begitu. Kalau 22 Mac 1929 (19 tahun), mungkin boleh diterima. Oleh yang demikian sesuatu harus dilakukan.

Wordless Wednesday 2017 #11 - Be Honest

Assalammualaikum wbt

Image result for honest

Tuesday, March 21, 2017

Kerabu Serai Buah belimbing

Assalammualaikum wbt
Selamat pagi Selasa yang ceria
Selamat bercuti bagi yang bercuti sempena cuti sekolah ni..Ummi pun bercuti gak..tak jauh pun..cuma ke Johor dgn rombongan Che Chah dan keluarga..hehe



5 batang serai
Segengam buah belimbing kering
5 ulas bawang merah kecil
7 biji cili api
kerisik

Cara membuatnya:

* Serai dihiris halus2 kemudian dibasuh dan diperah buang airnya

* Buah belimbing kering dihiris kecil dan dicampur kedalam bekas dengan serai

* Bawang kecil dimayang nipis kemudian dibasuh dan diperah supaya kering dan dicampur dengan serai dan belimbing kering

* Gaul kesemua bahan, masukkan sedikit kerisik (kalau suka, kau tak ada pun tak apa)

* Akhir sekali masukkan cili api yang dihiris dan digaul.

Garam tak perlu kerana buah belimbing buluh memang dikeringkan sudah digaul garam terlebih dahulu.

Dah siap boleh la makan dengan nasi panas2.  Kalau untuk makan dalam pantang pun boleh tapi jangan letak kerisik dan cili api

Selamat mencuba!

psst...#postingdalamkereta

Sunday, March 19, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest


Lazada is turning 5th! I have missed the recent workshop by Lazada and surely would'nt want to miss this contest in conjunction with Lazada Birthday Sale that will take place from March 22 to March 24.  The best thing is that they will have crazy special discounts up to 90%! and Lazada is awarding prizes to 30 bloggers during Lazada Birthday Anniversary sale giveaway! That is super wow!

Okay come on my blogger friends +FeyLiez +Lady Tash Roy +Shahida Dzulkafli +Ana Suhana +Cik Renex +SITI AWADAH +Jun Zie , let us try our luck and join this awesome contest.  The more the merrier.

Prizes - more participants means more Winners! and numbers of winner depending on numbers of participants..isnt that awesome?

1. Less than 50 participants then there will be 10 winners
1st Prize : 1 x RM300
2nd Prize : 2 x RM200
3rd Prize :6 x RM100

2. More that 50 participants and less than 100 participants will make 20 winners
1st Prize : 1 x RM500
2nd Prize : 7 x RM250
3rd Prize :12 x RM125

3. More that 100 participants will make 30 winners
1st Prize : 1 x RM800
2nd Prize : 12 x RM300
3rd Prize :17 x RM150


Here is what you will have to do and answer to be the winner 


a. What do you love about Lazada Malaysia?
I bet  everybody loves Lazada and has been the favorite brand for online shoppers. I can find almost everything in Lazada from home appliances to food, for him, hers too within one single click and the best part is that the free shipping and cod service on most items and not forgetting the sales and promotion that have been going and its is really value for money.


b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products)

As someone who enjoy travelling and working, this gadget is the best companion to capture good quality pictures and able to post and share it on my FB, IG and my blog.

As a mother to 6 kiddos and beloved wifey to my husband, this electric oven is a must thingy in my kitchen to ensure their stomach are well taken care with my good cook.  This Morgan Electric Oven is the perfect for me to do grilling, baking and toasting.
This machine is another a must thing in my kitchen and this powerful low noise-motor will never make disturbance to my dearies.  I can make gourmet soups to blending ingredients with this multi-function appliance in my kitchen and can also turned into a whisk and easily making puree, soups, milkshakes, smoothies and mayonnaise when ever I wanted.


c. How do you think Lazada Malaysia can improve?
I hope that Lazada will have the option for cash on delivery as not all shoppers have the facility on credit card or debit card and know how to use the online payment also that Lazada will really make sure the quality of the item you are selling as I have a friend who bought a branded handbag but when the item arrived the quality is not as what she expected and imagine when seeing it on your portal.


d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia?
Happy Birthday Lazada! Happy birthday to the most amazing one stop shopping destination and may you be more success in the coming 5th year anniversary and more years to go. I wish that you will stay stunning in providing good quality items, safe, trusted and great service for us!
Have a blast birthday! All the best to the team of Lazada Malaysia!



***********************************************************************

Terms & Conditions – Lazada Birthday Blogger Contest

1. The winners will be announced on 27 March 2017 via e-mail. The e-mail will contain instructions on how to claim the prize, which has to occur within three business days of the announcement. 

2. Contestants must be legal residents of Malaysia aged 18 years and above as of the first day of the contest and must operate a blog. 

3. If any winner (or any substitute winner) is or becomes ineligible, cannot be reached, or fails to claim the Prize within three (3) days of receiving the Notification, the prize will be forfeited and Lazada will select a substituted winner. If, having attempted to contact a winner and a substitute winner, Lazada is unable to award a prize, Lazada reserves the right to consider the prize unclaimed. 

4. Contestants shall only submit original materials and warrant that the content of their submission do not infringe any third party’s intellectual property rights. 

5. Any entries containing third party intellectual property rights that are used without prior consent from the rights holder, or are abusive, inappropriate, offensive or contain obscene language or imagery will be disqualified. Examples of language/images considered to be inappropriate, offensive or obscene, include (but are not limited to): any message/image which contains (a) swearing; (b) comments or actions which appear to be discriminatory of any person, company or group of individuals, for example comments of a racist, sexist or homophobic nature; (c) sexual innuendo, sexual language or sexual acts, actions or gestures; (d) promoting any illegal unlawful activity such as drug use; (e) any message/image that appears to be an advertisement or solicitation to buy; and (f) any materials (whether written or visual) that directly or indirectly relate to Lazada Malaysia competitors or that show any intention of promoting any brand other than Lazada Malaysia. 

6. By participating in this contest, Contestants grant Lazada Malaysia and its partners and affiliates an irrevocable, royalty free, perpetual, license to use their Articles (including all copyrighted material contained therein) and/or to feature them in any advert or promotional material as well as the right to use their personal data for the purposes of this auction or for marketing purposes. Contestants further agree to release Lazada Malaysia from any liability whatsoever related the contest, unless any damage they have suffered is the direct result of Lazada Malaysia's fraud or willful misconduct. 

7. Lazada Malaysia reserves the right to change, suspend or alter the terms and conditions of the contest, or terminate the contest, at any time and for any reason. 

8. Lazada Malaysia’s decisions on all matters relating to this contest are final and binding and no correspondence will be entertained. 

10) Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”): 

a) By participating in this contest, all contestants consent to allow Lazada Malaysia to process and disclose to any third party, all personal data of the contestants provided by the contestants pursuant to this contest for any and all purposes relating to this contest and any and all other activity relating to or arising from the course of business or businesses of Lazada Malaysia including, without limitation for the running of this contest and or any event or publicity of the contest in any form or through any media without additional compensation, notification or permission. 

b) The contestants acknowledge that Lazada Malaysia is authorised to process the personal data provided pursuant to this contest in accordance with its privacy policy which can be found on http://www.lazada.com.my/privacy-policy/

c) For further details or any enquiries regarding this clause and privacy policy of Lazada Malaysia, please contact our Customer Service. 


For any feedback or inquiries, please contact us on this email: contest@lazada.com.my.