Wednesday, December 31, 2014

Happy birthday Eqah

Happy Birthday Eqah!

Thank you for being a great, helpful and hardworking staff.  Wishing you best of luck and success always





Surprised to get such celebration with expensive tiramisu and big apple on her special day.  Special cake for special person like her

Thursday, December 25, 2014

Nasi Lemak Daun Lemuni

Dalam lama nak makan nasi lemak daun lemuni atau ada yang panggi daun lengundi kalau tak silap. Dulu masa menetap di Kampung Pasir dekat Wardieburn Camp mmg ada pokok lemuni Abah tanam kat tepi rumah jd bila nak buat nasi lemuni pi petik jer...dan daun lemuni pun boleh buat air mandian, dimasak dengan daun2 herba yang lain untuk perempuan dalam pantang...bau dia mmg sangat menyegarkan dan sangat wangi...i likeee

Daun lemuni ni berwarna hijau disebelah atas dan warna ungu kat belah bawah daun dan bunga dia pulak warna ungu.  

Nak buat nasi lemak lemuni ni mudah jer sama macam kita buat nasi lemak biasa cuma kat sini kita kisar daun lemuni dan campur dengan santan, tak perlu letak daun pandan tapi kalau nak letak pun ok.  Memang sedap..memang terbaik..cuba la 


Nasi lemak yang dimasak kakak ipar yg rajin..hehe

Ni la rupa daun lemuni



Thursday, December 18, 2014

Dec 2014 Balik kampung


17/12/14 Short visit with kiddos #penang #leyrafamily#penangperanakanmansion #stopover


16/12/14 Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai.... — at Puncak Gunung Jerai.




16/12/14 Nyum nyummm..got it again utk halwa dlm kereta...— at Bazar Padang Besar, Sempadan Malaysia - Thailand.


15/12/14 Selamat pagi dari Kedah Darul Aman..kelewatan bangun arghh dek krna kesejukan kg yg skrg musim timoq..sawah nun menghijau#balikkampungkerpan #rumahpusaka #leyras#musimtimoq — at Kerpan.



14/12/14 Dinner dgn exschool mate darling half kat Aura Steamboat n Grill. Steamboat style lama guna arang yg mmg x ada kat KL.Thanks to Tuan Rosli n wife for the delicious treat.






Friday, November 28, 2014

Family dining di Cafe Lapis

Hari tu belanja Ayong sempena graduasi kat cafe, jadi ingat nak bawak anak2 pulak ke POPS tapi penuh la pulak dan since adik SSL tak datang jemput anak2 dia so bawak la diaorang sekali dan ajak jugak adik dan wife dia join sekali plus we have special guest jugak...girlfriend Ayong yang bertudung ehh syukur Alhamdulillah dah bertudung pulak si Tyra ni.

btw rasanya masa gi POPS hari tu tak nampak pulak...

Tempat ni cozy, tak ramai orang mungkin sebab baru kot.  Nama kedai tu yang unik sikit..Lapis macam nama kuih kan tapi kat sini dia serving Western..tersenyum lebar la Kak Cik tu

Sesiapa yang masuk cafe ni mesti suka sebab interior dia yang menarik dengan bean bag untuk santai, lakaran kat dinding tu pun cantik walau simple.

The food? recommended dan harga pulak memang not too expensive.  Overall memang SSL recommend sangat




chicken tikka

lasagna



alamat cafe Lapis :
3, Jalan Wangsa Delima 1a, Pusat Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur

Phone : 603-41418297

Sunday, November 23, 2014

Mee Kari

Dulu SSL tak suka makan mee tapi sejak kahwin memang dah terminat sebab dhubby suka makan mee..dan selalu buat mee goreng je tapi kali ni teringin nak buat mee kari dan Alhamdulillah menjadikkk

No automatic alt text available.

Bahan-bahan
Daging yang dipotong lembu..kenapa daging? sebab daging lebih manis atau buka letak ayam
Kerang - dibasuh
Fish ball / Fish cake - kalau suka
Tauhu goreng
Santan
Rempah kari ikan

Bahan A
4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dikisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
5 biji cili kering dikisar bersama bawang tadi
2 biji buah keras - ditumbuk halus
2 biji kentang - dipotong dadu

Bahan B
Mee Kuning - dicuci dan dicelur, toskan
Kacang panjang dipotong dan dicelur
Taugeh, Sawi dicelur sekejap (tak letak untuk kali ni)
Bawang goreng
Limau kasturi
Telur direbus

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang dikisar sehingga naik harum
  • Masukkan bahan2 seperti remah kari dan tumis hingga terbit minyak dengan api perlahan
  • Masukkan daging atau ayam dan dikacau hingga kecut 
  • Masukkan kerang atau udang dan biar seketika dan masukkan santan 
  • Masukkan fish cake dan fish ball yang telah dipotong
  • Biarkan mendidih, masukkan garam dan tutup api.
  • Kemudian dihidang la dengan letak semua bahan hiasan mcm gambar SSL tu






Saturday, November 22, 2014

Family bonding time for laugh and laughter

Alhamdulillah, feeling great when we have time and dining together at Nandos KL Festival Mall, 8 of us having dinner together, talking, smiling, laughing, joking and the most of it is the bonding

A family is like a circle
the connection will never ends
and even if at time its break
in time its always mends

A family is like a star
somehow they are always there
family who also help
and support to show their care
the connection never ends
and even if at times it breaks
in time it always mends
a family is like the stars
somehow they're always there
families are those who help
who support and always care
A family is like a book
the endings never clear
but through the pages of the book
their love is always near
A family is many things
with endless words that show
who they are and what they do
and how they teach you so you know
but don't be weary if it's broken
or if through time its been so worn
families are like that-
they're split up and always torn
but even if this happens
your family will always be
they help define just who you are
and will be apart of you eternally

Source: http://www.familyfriendpoems.com/poem/a-family-is-like-a-circle

A family is like a circle
the connection never ends
and even if at times it breaks
in time it always mends
a family is like the stars
somehow they're always there
families are those who help
who support and always care

Source: http://www.familyfriendpoems.com/poem/a-family-is-like-a-circle
A family is like a circle
the connection never ends
and even if at times it breaks
in time it always mends
a family is like the stars
somehow they're always there
families are those who help
who support and always care
A family is like a book
the endings never clear
but through the pages of the book
their love is always near
A family is many things
with endless words that show
who they are and what they do
and how they teach you so you know
but don't be weary if it's broken
or if through time its been so worn
families are like that-
they're split up and always torn
but even if this happens
your family will always be
they help define just who you are
and will be apart of you eternally

Source: http://www.familyfriendpoems.com/poem/a-family-is-like-a-circle
A family is like a circle
the connection never ends
and even if at times it breaks
in time it always mends
a family is like the stars
somehow they're always there
families are those who help
who support and always care
A family is like a book
the endings never clear
but through the pages of the book
their love is always near
A family is many things
with endless words that show
who they are and what they do
and how they teach you so you know
but don't be weary if it's broken
or if through time its been so worn
families are like that-
they're split up and always torn
but even if this happens
your family will always be
they help define just who you are
and will be apart of you eternally

Source: http://www.familyfriendpoems.com/poem/a-family-is-like-a-circle
A family is like a circle
the connection never ends
and even if at times it breaks
in time it always mends
a family is like the stars
somehow they're always there
families are those who help
who support and always care
A family is like a book
the endings never clear
but through the pages of the book
their love is always near
A family is many things
with endless words that show
who they are and what they do
and how they teach you so you know
but don't be weary if it's broken
or if through time its been so worn
families are like that-
they're split up and always torn
but even if this happens
your family will always be
they help define just who you are
and will be apart of you eternally

Source: http://www.familyfriendpoems.com/poem/a-family-is-like-a-circle












Saturday, November 15, 2014

Graduasi Muhammad Azmer..jom makan kat Pop's

Alhamdulillah, tahniah Ayong Muhammad Azmer Razli kerana berjaya menamatkan pengajian dengan agak cemerlang walau bukan 4 flat tapi Umi dan ayah bangga dan semoga adik2 akan menjadikan Ayong idola dan contoh untuk mereka terus maju jaya.

segak jugak anak bujang SSL ni kan...adess Ummi dia terlebih gedik jap




menanti giliran untuk terima diploma ...panjang sungguh nooo
menuruni tangga menuju ke pentas
  The best part tu...tak sempat sungguh nk snap pic dia waktu terima diploma dari dekan sbb laju sungguh maklumla ramai sungguh...esoknya ada lagi penyampaian diploma utk kursus lain pulak

congrats my handsome boy Muhammad Azmer Razli




d'hubby posing pastu post kat grp family konon nak bagi jeles si applepie tu kann

Balik dari PICC terasa lapar la pulokk...so terus cari tempat nak isi perut so Ayong suggest pergi kat kedai western yg simple POP's..nampak cozy kan

D'hubby kalau dgn hp terus tak ingat dunia nii..ngeee

my hensem boy yg sado..uhhh

si ayah dan si bujang..ada la iras2 sikit kan

Ummi dan my hensome boy...sorry nampak gedikss sikit naa 





Cafe ni cozy walau kecil dan food punya not bad serta harga pun murah.  So memang recommended pada sesiapa yang nak save budget on western food camgini

Lokasi :berdepan Wangsa Walk, sebelah Burger King

Saturday, September 06, 2014

Kehebatan dan Keajaiban Solat Dhuha

Image result for sholat dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)

Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. (Masjid Wilayah)
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.

1. Niat
Ussolli sunatan dhuha raqataini lilahita’ala."
Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim).




3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali (Masjid Wilayah)


4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:


5.  Berdoa
“Allahumma innadh dhuha-a dhuha-uka, wal bahaa-a bahaa-uka, wal jamaala jamaaluka, wal quwwata quwwatuka, wal qudrata qudratuka, wal ishmata ishmatuka. allahuma inkaana rizqi fis samma-i fa anzilhu, wa inkaana fil ardhi fa-akhrijhu, wa inkaana mu’asaran fayassirhu, wainkaana haraaman fathahhirhu, wa inkaana ba’idan fa qaribhu, bihaqqiduhaa-ika wa bahaaika, wa jamaalika wa quwwatika wa qudratika, aatini maa ataita ibadikash shalihin.”

Maksudnya:
 “Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milikMu), pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu, (Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik) Mu, (Apa juga) qudrat adalah qudratNya, dan (segala) perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya. Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit
maka turunkanlah ia, jika ada di bumi keluarkanlah ia, Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah, Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah, Jika ia jauh dekatkanlah, dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu, pancaran cahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu, Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.” 

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat Dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT.

Antara manfaat dan keajaiban solat sunat Dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali kamu malas melakukan empat rakaat solat Dhuha, kerana dengan solat itu, Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petangnya.” (Riwayat Hakim dan Tabrani)

Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)


Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda: 

 “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”
Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Panduan Malaysia & Shafiqolbu 


وسلام