Thursday, June 30, 2016

Tak sangka dah 10 tahun berblog..lamanya tuuu



Assalammualaikum wbt

Dalam diam tak diam dah 10 tahun rupanya (2006 - 2016) Ummi menulis tanpa suara, menaip bait2 kata, menceritera pengalaman dan pengamatan.. ewahhh ahaha.  Lately terfikir untuk upload banyak2 resepi favorite sendiri dan anak2..manalah tau kan esok lusa Ummi pejam mata ada jugak kenangan untuk anak2 atau kot2 depa terasa teringin nak makan masakan yg selalu Ummi masak untuk depa, mak abah dan adik2 kan walaupun Ummi ni bukan la pandai memasak sangat dan minat memasak tu baru kot bercambah haha..

Satu hal lagi tengok ramai dah orang kita blogging dan boleh buat income jugak diaorg ni...menulis ni kena consistent, kena ada masa dan yang penting ada cerita menarik.

Kalau tengok follower atau friends Ummi ni mmg ciput sangat yea la kan Ummi ni silent writer haha

Menulis atas dasar suka-suka
Menulis untuk simpanan dan sempadan serta tauldan
Menulis sekadar mengisi masa lapang
Menulis untuk catatan peribadi
Menulis untuk menceritakan cerita, pengalaman
Menulis dan terus menulis...

I am the silent writer, the silent reader!


3652 hari bersamaan 10 tahun hehe bukan bermaksud Ummi dah menulis sebanyak 3652 post tau kiki

Ramadan 25 ~ Warkah Perpisahan

Saudaraku,
Aku akan pulang...
Sudah di 25 hari aku bertamu namun seringkali aku ditinggal sendirian.
Walau sering dikatakan istimewa namun perlakuanmu tak luar biasa.
Oleh-olehku nyaris tak kau sentuh...
AlQuran hanya dibaca sekilas, kalah dengan update status smartphone dan tontonan.
Solat tak lebih khusyuk, kalah bersaing dengan ingatan akan lebaran.
Tak banyak kau minta ampunan, kerana sibuk menumpuk harta demi bonus dan belanja raya.
Malam dan siang mu tak banyak dipakai berbuat kebajikan, kalah dengan bisnes yang sedang untung di saat Ramadhan.
Tak pula banyak kau bersedekah, karena khuatir tak cukup buat lebaran dan cuti nanti.
Saudaraku,
Aku seperti tetamu yang tak diharapkan. Hingga, sepertinya tidak menyesal aku akan meninggalkanmu.
Padahal aku datang dengan kemuliaan, seharusnya tak pulang dengan kesiaan.
Percayalah, perginya aku kali ni belum tentu kita akan bertemu lagi...
Sehingga seharusnya kau menyesal setelah mensia-siakan aku.
Namun, aku pohon pada hari-hari yg masih tersisa ini,
Semoga kau sedar sebelum aku benar-benar pulang...
"Sesungguhnya TIDAK ADA JAMINAN umurmu akan bertemu lagi, di Ramadhan yg akan datang"
Yang benar,
Saudaramu
RAMADHAN

Tuesday, June 28, 2016

3 Waktu Berbuka Puasa yang berbeza di Burj Khalifah

Menarik kisah ni kan..tak pulak SSL tau yang kat Burj Khalifah ni ada 3 waktu berbuka puasa yang berbeza..unik sungguh bila 1 bangunan ada waktu yang berbeza...


Oleh : Aimi Nordin. Sumber : Properti.kompas.com
Waktu berbuka puasa berbeza-beza normal bagi kawasan yang berlainan seperti di Putrajaya lain dan di Kuala Lumpur lain.
Namun, pernahkah anda mendengar adanya waktu berbuka yang berbeza dalam satu bangunan dan tempat yang sama? Itulah yang berlaku di dalam bangungan  tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Dubai. Burj Khalifa mempunyai tiga waktu berbuka yang berbeza.
Perkara ini dialami oleh pelancong dan pekerja yang bekerja di dalam bangunan yang mempunyai ketinggian 829.8 meter itu. Pihak berkuasa Islam Dubai telah mengambil tindakan berikutan apabila orang di tingkat bawah sudah tidak melihat matahari tetapi orang di tingkat atas masih melihat matahari.
“Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit,” kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.
Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka.

Ramadan 22 ~ Iftar bersama KUL team

Kali ni iftar dengan team and family dan kurang ahli sbb  Ayong ada iftar kat ofis, Kak Yang kat KMS dan Angah pulak tak sempat nak join so kami 5 beranak jer la with Liez n family, Eyna single mingle and ofcourse our hero boss.

Lokasi : Restoran D'Saji Taman Tasik Titiwangsa
Tarikh : 27 June 2016
wajib penuhkan meja kan sebelum azan Maghrib takut sesak beratur..hehe
mana boss ni eh...boss u kat mana niii..dah dekat waktu berbuka dohh.  Baru sampai Wangsa Melawati rupenyaaa...
TDK KUL team dgn boss hero..boss in time sampai tuu...the daredevil driver hehe

harus bergambar ler jugak kat entrance D'Saji walau gelap hahaha
spt biasa Mr d'hubby our personal photographer muahhh xoxo
Overall food not so 'in' hanya biasa2 jer walau expect the food should be 'perghhh' sebab tak bertukar management kan. Overall the eatry and seating much better. Walau macamamana pun syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah swt dah berikan.



Sunday, June 26, 2016

Selamat Hari Lahir ke 91 buat Abah

Kak Yang sibuk nak pergi rumah Tok Abah dia sbb dah 1 minggu tak balik, nak pergi semalam hari Sabtu waktu chitchat day tak mampu sbb Ummi dia keletihan hehe join jemput dia pastu shopping shopping..so hari ni la ada ruang nak bagi hadiah baju utk Tok Abah dan Tok Mak dia kan







Friday, June 24, 2016

Sambal Ikan Bilis Kentang



Hari ni mmg mood agak kelaut hehe tp lauk ni favourite anak2 juga adik-beradik, kalau buat ni tak boleh sikit kena banyakkkk.  Ok hari ni SSL share resepi sambal ikan bilis kentang ok.  Sangat mudah dan jangkamasa masak yang tak terlalu lama.

Bahan-bahan
Ikan bilis - digoreng
3 biji kentang
Asam keping
Garam secukup rasa
Gula

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar

Cara membuatnya:

  • Tumis bahan yang dikisar kedalam kuali, kacau dengan api perlahan
  • Bila dah pecah minyak, masukkan asam keping dan kentang, kacau hingga kentang jadi empuk
  • Tambah air jika perlu untuk pastikan kentang dah masak. SSL suka kentang tu ranggup tp kalau masak untuk mak..kena bagi lembut kalau tak payah mak SSL nak makan
  • Bila dah kering, masukkan ikan bilis, garam secukup rasa dan sedikit gula untuk kurangkan rasa pedas.  
  • Balik-balikkan dan kacau dalam 5 minit dan tutup api.
Jom hidang!



Ramadan 18 ~ Pemergian Mak Uda Chah..AlFatihah



Salam takziah dan semoga tabah ya sepupuku Ahmadpuzi Rasit (Paknjang ~ panggilan dari anak2 buah) dan Kak Cda Cit (Mak Long Fatimah) diatas pemergian bonda kesayangan, Mak Uda Chah. Bertapa bertuahnya Mak Uda dijemput Ilahi dimalam Jumaat 18 Ramadan dalam suasana Husnul Khotimah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Aamin.




16 June 2016 Kami mendapat khabar dari sepupu yg lebih mesra dipanggil Mat Puzi atau Mat Uji yang maknya disahkan mengidap kanser paru-paru, tulang dan limpa tahap 4. 
Dimasukkan ke Hospital Kuantan hampir sebulan dan setelah dia didischarge dia tinggal bersama kakak sepupu di Bentong
23 June 2016 dijemput Illahi pada Ramadan 18





Thursday, June 23, 2016

Iftar buffet budget termurah Malaysia

Just nak share kot2 korang nak pi makan kat luar sempena bulan Ramadan ni kan tp budget kecil, why not try makan kat sini

Sesiapa yang berminat dengan Buffet budget termurah di Malaysia..CUMA RM19.90 ..tel chef 0111 859 2726 untuk lebih lanjut tak pun pi skodeng FB Chef Yang Jamil 

Sy tolong share jer 

Wednesday, June 22, 2016

Nasi Beriyani beratur yang viral

Kisahnya bermula dari sini....yang SSL repost kat wall and mendapat sambutan ramai gitu...hehe.  Kisah nasi beriyani beratur yang viral..kuasa viral




Alkisahnya nephew SSL pun pi la cari dan komen dia...mmg sedap tp tak de la pulak pic tuu

Dalam dok relax sambil memikir nak masak apa di petang Nuzul Quran ni  dan sesambil borak2 kosong pasal nasi beriyani ni la dan mcm2 lagi tetiba sianak bujang tanya Ummi nak tak? eh tanya tu mmg ada chance la nak dapat nasi beriyani kan. Yahooooo....so Ayong pun pergi dengan Kak Cik Nur Iman and si applepie tapi lokasi ? unknown.  WA pada anakbuah Hanif Lc yg kemudian bagi location and zasss Ayong sampai lebih kurang jam 5:15 dan org dah ramai beratur dalam 40 orang gitu..so fikir kalau ramai mcm tu x payah ler kan kesian puasa2 ni nak beratur panjang..seriously mmg giler panjang msg dr Kak Cik hikss hikss.


masuk ikut Sri Gombak...panduan dari Hanif Lc


Sibujang suruh KC call ckp Ummi tak payah masak dia beli 6 bungkus..erkkk 6 bungkus kan tp kena masak la jugak sbb d'hubby tu bukan minat sangat nasi beriyani hurmm nak wat camner kan perut org Melayu tulen haha

Tunggu dok tunggu sampai lg 5 minit kot nak berbuka baru diaorang sampai..fuh lega kalau tak muka d'hubby tatak maniss hehe.  Kata diaorg bernasib baik sbb kawan anak tokey tu tolong belikan.  Alhamdulillah..syukur masih ramai lagi orang yg baik hati kan..dan dapat jugak merasa nasi beriyani beratur viral hehe

membuak2 kan mcm kata kwn sy tu..hehehe.  Memang penuh sakan nasi yang dia dipack ni..nampak tak..nampak tak betapa tak kedekutnya dia..hehe

kena letak pinggan waktu nak pose kan drumstick ni sbb takut tumpah..kena berhati2 lak tu ngeee

Memang puas hati, puas perut hehe.  SSL sendiri kena share berdua dengan Miya sementara KC Nur Iman dgn si applepie yang hebat jugak makan nasi beriyani dengan banyak.  Burpppp...





Salam Nuzul Quran

Alhamdulillah dan syukur diatas nikmat yang telah Allah swt berikan pada kita hari ini. Hari ni dan pertama kalinya sesiapa yang berkerja di Kuala Lumpur dapat bercuti sempena Nuzul Quran macam negeri2 lain selain Selangor, Kelantan, Terengganu, Perlis & Penang. Semoga kita sama2 mendapat keberkatan dibulan mulia dan dihari yang istimewa ini.

Just nak share apa itu Nuzul AlQuran :

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Resepi : Kari Ikan Jenahak mamak style

Dah lama kot nak cuba buat gulai ikan mamak style tp dok hold on..hold on jer sbb tak de yogurt la..cehh alasan kan.  Lagipun d'hubby skrg ni bukan kaki makan gulai dah..too heavy katanya.  So last weekend buat la kari ikan jenahak mamak style

Bahan-bahan:
ikan jenahak
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari ikan Mak Siti
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
1 cawan air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
5 tangkai cili kering


Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. SSL suka guna kuali sebab senang. Buka api sederhana ya. Kemudian tumis jintan manis hingga naik bau harum, kemudian halba dan tumis lagi. Halba ditumis kemudian sebab halba cepat hangus. Masa tumis sentiasa kacau dan perhatikan supaya ia tidak hangus menjadikan kari kita pahit. Masukkan bawang hiris dan daun kari, kacau dan tunggu sampai bawang naik bau dan garing.  Kemudian masukkan bahan kisar, masak hingga garing.  Jangan lupa kacau hingga pecah minyak
Setelah pecah minyak masukkan cili kering yang dikisar, kalau tak nak guna cili kisar boleh guna cili serbuk terpulang pada kita nak pedas atau tidak, kalau suka kari yang pedas boleh lebihkan cili. Pastikan cili dah betul-betul masak barulah masukkan rempah kari ikan. Kacau dan kacau jangan sampai hangit dan melekat kat kuali. Masukkan air  bila rasa terlalu kering dan untuk pastikan rempah dimasak dengan betul. Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa.  Pastikan air asam lebih untuk masak ikan selain untuk hilangkan bau ikan, kari ikan memang harus masam sikit.  Kalau suka boleh letak yogurt bagi masam extra, kalau suka ler yaa

Renihkan dalam 10min bila dah mengelegak, masukkan ikan dan biarkan merenih sambil terbalikkan ikan untuk pastikan ikan dimasak dengan betul dan kuah menjadi pekat.  Masukkan bendi atau tomato dan tutup api.  Masukkan sedikit garam sesedap rasa kita la ya.

Dah makan kari ikan ni harus ada papadom dan bila tengok kat peti ais ada zuchini, terus SSL potong bulat2, bawang holland dimayang, campurkan yogurt dan perah lemon so jadilah salad untuk sparing dengan kari ikan mamak style.

Selamat mencuba!

Elakkan dari ditipu untuk melancong

Aikk awat keluar balik cite ni.  Hari tu dh keluar dalam newspaper pasal kes kena tipu ni.  Tapi yang pelik tu ni bukan satu2nya kes pelanggan kena tipu dan terpedaya dengan keMURAHAN pakej percutian yang tak masuk akal.  Senang sungguh kena tipu.  Penat kami agen pelancongan berlesen ni buat promosi, kena bayar lesen pelancongan, MATTA, lesen syarikat, lesen kewangan dan macam2 lesen la untuk beroperasi tp yang dapat untung orang perseorangan yang bijak menipu menjual pakej secara haram ni

Bila dah kena tipu macam ni, keluar air mata darah pun bukan pasti dapat balik duit yang dah dibayar pada penipu pelancongan ni kannn

Panduan ringkas untuk mengelakkan dari penipuan antaranya adalah
  • Pilih sykt pelancongan yang berlesen, selidik rekod reputasi dan kenal pasti pegawai yg memberi sebutharga pada kita dan ketahui pejabat syarikat pelancongan tersebut
  • Teliti pakej percutian yang ditawarkan dan fahami apa yang termasuk dan tidak termasuk didalam pakej percutian tersebut serta penginapan yang ditawarkan dsb
  • Kalau anda ada budget yang terhad dan yg anda mampu, berterus terang dengan pegawai pelancongan supaya dia boleh rancangkan mengikut kesesuaian dan $$ anda
  • Periksa tiket perjalanan spt tiket penerbangan atau bas termasuk tarikh, destinasi dan masa sekiranya ada dalam tawaran
  • Pastikan anda membeli insuran perjalanan terutama bila ke luar negara. Insuran ini akan berguna sekiranya anda kehilangan bagasi, tertinggal pesawat atau sakit semasa berada diluar negara
  • Sebaiknya tukar matawang asing sebelum ke luarnegara
Tu serba sedikit panduan semoga anda tidak kena tipu atau susah2 contact jer SSL yang memang tukang susun atur perjalanan ke luar dan dalam negara,  Insha Allah SSL akan aturkan supaya anda pasti happy gituuu


Monday, June 20, 2016

Jambatan Batu Arang yang menggayatkan ~ mode seram sejuk

Khabarnya Batu Arang Interchange/Flyover yang terletak sebelah kanan selepas toll Rawang dan langsung ke Lebuhraya Utara-Selatan. Fuhh rasa gayat pun ada kiki..tapi yg pasti jangan la pulak ada yg stop kejap untuk selfie.  Jalan baru ni khabarnya siap tahun depan...kita tunggu dan pasti akan guna bila nak balik Kedah nanti..pastiii

source : picture taken from FB ~ unknown 





tang ni yg serammmmm


Abah..lelaki pertama dalam hidup kami

 




Abah kami ex army pangkat Sarjan seorang abah yg sangat berdisplin masa dulu.  Kalau nak bawak keluar rumah kami mesti kami kena pakai stokin, rambut dia akan sikatkan sambil tangan kiri dia pegang dagu..hehe.  Being anak perempuan ke2 last, kira yg bongsu la jugak kan aku mmg dijaga kot, pergi sekolah dia hantar, balik dia ambil hingga la tamat belajar di APGS walau kekadang tu dapat la naik bas balik sbb ada aktiviti sekolah.

Abah mmg nampak pendiam tak banyak cakap tapi mmg aku personally takut dan respect.

Abah pencen askar tahun 1968 kalau tak silap dan kemudian bekerja di Kelang yang kemudian Abang Caq kerja kat situ ganti Abah.  Abah kemudian kerja sebagai driver van angkut misi2 untuk LPKKN dan kami sekeluarga mmg baik la dgn Nurse Ani yg berlakon jd isteri muda Mahmud June dalam cerita Bujang Lapok. Bila pencen jadi driver abah dapat permit bawak teksi. Abah pernah kena samun dan sejak tu kami mintak abah cuma bawak teksi waktu siang jer tak perlu sampai lewat malam.  Mana taknya sampai lewat pagi abah tak balik, rupanya kena samun..cerita abah ada 2 lelaki berketurunan India naik, sorang duduk depan dan sorang duduk belakang tu letak pisau kat leher abah, lepas samun diaorg ikat tangan abah ke belakang dan tolak abah ke lombong..mujur lombong tu kering...dengan payah abah bangun dgn tangan terikat ke atas jalan raya..Alhamdulillah ada org menolong dan hantar abah ke Balai Polis.  Syukur Alhamdulillah, teksi abah ditemui dan mmg jadi rezeki abah, duit utk bayar teksi masih ada...Allah Maha Besar..mmg kita diberi ujian tapi dia masih mengasihi kita! Memang Abah sangat rajin dan dengan duit teksi la dia dan mak boleh menunaikan Haji dengan pakej mahal utk keselesaan mak yg pulih dari angin ahmar.

Kalau ikutkan Abah banyak kali kena tipu waktu nak beli rumah antaranya kat Taman Melawati dh siap bagi duit pastu agent lesap, beli tanah kat Kepong tp xlepas sbb tanah adik beradik yg ada 2 - 3 orang tak nak sign dan terbengkali dan akhir sekali Kerajaan ambil tanah utk buat jalan.  Bertahun2 naik turun mahkamah dan akhirnya dapat balik wang dan beli rumah dekat Ulu Yam.

Abah hari ni mengidap Parkinson dan agak pelupa tp badan dia masih sihat, Dah berkali jatuh sebab kederat dah tak de.  Abah semakin sensitif

Anak2 aku memang beruntung sebab dapat merasa kasih sayang abah dan mak sebab abah tolong mak jaga anak2 dan berenti bawak teksi

Abah akan menyambut hari lahir ke 91 pada 26 June ni, Semoga Allah swt permudahkan segala urusan abah didunia dan akhirat. Aamiin

Lala Pedas Masam Manis




Bahan-bahan:-
  • 600gm lala - dibersihkan dengan dibasuh dan direndam dengan garam untk 5 - 10 minit
  • 2 sudu  besar sos tiram
  • 2 sudu sos ikan
  • daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air Asam Jawa

Bahan untuk ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 batang cili kering
  • 5 biji cili api

Cara membuatnya:
  • Panaskan minyak, masukkan serai dan goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan daun kari hingga naik bau kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan dikacau hingga masak dan naik bau. 
  • Sementara itu lala yang direndam tu dibasuh dan ditoskan.
  • Masukkan lala dan dikacau hingga kesemua lala berpalit dengan sos yang dimasak.  Tambah air jika perlu dan masukkan air asam jawa, jangan terlalu banyak nanti masam pulak
  • Lala dikacau dan dibalik-balikkan hingga dah betul-betul masak dan tutup api. Siap
Tips : Lala dihidang waktu masih panas dengan nasi pun dah cukup meyelerakan.

Selamat mencuba!

Sunday, June 19, 2016

Macam-macam si Applepie ni

Tetiba si applepie ni keluar bilik terus cakap Umi kita buat kuih cara nak..dia tak puas makan kuih cara manis yg Kak Cik Iman beli kat pasar Ramadan hari Jumaat tu..iskk iskk mana nk boleh buat sbb kena ada acuan kan...nampaknya kena la beli kan dan nasib baik d'hubby pulak kata ok..ehhh hoyeeee.  Tak pasti nak cari kat mana tapi first ke Pasaraya Hero..mmg ada acuan tu tp mixed bentuk mcm pelik pulak buat kuih cara ada bentuk ikan..bintang kan..hahaha so we decide ke Bake of Yen atau Bagus kat Melawati sesambil nak cari cermin tingkap nako utk bilik bujangan.  

Tak pulak jumpa BoY tapi jumpa Bagus so we stop kat Bagus jer la yg mmg sakan meriah dgn org membeli walau time tu baru kurang lebih jam 10 pagi huhu..walau bukan bulan Ramadan pun mmg ramai inikan pulak org nak buat kuih raya kan...


Ni dok contemplenting nak pilih mana satu..yg mcm buah kana atau yg kerang pastu boleh pulak cakap kita ambil dua2 la..alahai anak oii umuq mcm ni dah keliru..celaru macam kita pulak


Nanti SSL share my resepi buat kuih cara naa...eh bukan kuih cara jer menu hari ni tau...ada kuih cuq badak jugak ...hehe

Saturday, June 18, 2016

Ramadan 13 : Salam hujung minggu dan Salam Ramadan

sekadar renungan:

Inilah pengorbanan isteri yg mungkin kita tak prasan
  • Dah kunci jam pukul 3, tersedar pukul 2,termenung sekejap. Nak sambung tidur lagi takut tak tersedar pula nanti. Ralit sekejap melayan mata..
  • 'Aduhai.. mengantuknya! Hmm.. Takpelah. Tidur sikit lagi.'
  • Jam berbunyi pukul 3, mata melekat macam kena gam tikus pula. Tutup jam, dan tutup mata semula
  • Sedar-sedar dah 4.30. Allahuakbar! Teringat nasi belum masak. Mulalah berdebar!
  • Cong ceng, cong ceng kat dapur, alhamdulillah. Pukul 5, siap terhidang semuanya.
  • Sekarang, misi mengejut suami dan anak-anak sahur. 
  • Macam-macam ragam masing-masing bila dipaksa bangun tidur. Aneh juga. Yang penat memasak, tak mengeluh. Yang tukang makan pula yang merusuh. Macam-macam kerenah ada. Yang mengamuk, yang mencuka, hadap sahaja!
  • Begitulah. Saban hari sepanjang Ramadhan - rutin seorang isteri dan ibu.
  • Orang lain lena tidur. Dia asyik berjaga-jaga, bimbang tidak terkejut sahur. Orang lain enak dibuai mimpi. Dia asyik terjaga, menjeling jam berkali-kali.
  • Bukan risaukan dirinya, tapi memikirkan keperluan keluarga. Walaupun waktu dia uzur dan tak boleh berpuasa, tugas menyediakan sahur tetap seperti biasa.

  • Duhai anak-anak dan para suami, pernahkah terfikir pengorbanan ini? Hari ini sudah 13 Ramadhan, mari tanya diri, sudah berapa kali anda mengucapkan terima kasih kepada mereka yang berkorban masa tidur untuk menyiapkan hidangan sahur?
Terima kasih Yang - masakkan yang sedap untuk abang.
Terima kasih mama - nasib baik mama kejutkan sahur.
  • Sungguh. Setiap kali saya mendengar kata-kata sebegini, sejuk hati! Sebaris kata-kata mereka sudah cukup buat saya tersenyum lebar. Setiap debar dan ikhtiar rasa terbayar.
  • Ringankanlah mulut berterima kasih. Biar manis mulutmu itu yang mengikat kasih.
  • Selamat berdepan dengan detik-detik akhir Ramadhan. Semoga beroleh lailatul qadar yang diimpikan.

Buat friends sy yg dah bergelar ibu

source : unknown copy & paste

Friday, June 17, 2016

Ramadan 12 ~ Blackout oh blackout..so mamak ler kita

Akibat black out pagi tadi, terpaksa la kami 6 beranak kena bersahur kat AlKader Restaurant kat Seksyen 6..haha.  Angah pulak lebih sayang mata so dia cuma bangkit minum dan zzzz balik.  Kak Yang mmg la tak balik kan...



Tengok tu..bukan main lagi makan kat kedai..,mengantuk pun perut kena diisi kan.. jd sahur pun nak makan berat2 kan...tp d'hubby makan roti bakar dengan telur separuh masak.  Apa-apa pun anak2 la paling syok kan..syukur Alhamdulillah

Ramadan 12 ~ Blackout oh blackout..so mamak ler kita

Akibat black out pagi tadi, terpaksa la kami 6 beranak kena bersahur kat AlKader Restaurant kat Seksyen 6..haha.  Angah pulak lebih sayang mata so dia cuma bangkit minum dan zzzz balik.  Kak Yang mmg la tak balik kan...



Tengok tu..bukan main lagi makan kat kedai..,mengantuk pun perut kena diisi kan.. jd sahur pun nak makan berat2 kan...tp d'hubby makan roti bakar dengan telur separuh masak.  Apa-apa pun anak2 la paling syok kan..syukur Alhamdulillah

Pajeri Nenas Utara

 Pajeri nenas kesukaan mak SSL ni memang sedap, mak SSL tak suka letak gula sebab dengan kerisik pun pajeri ni akan terasa kemanisan dan kelemakan dia yg marvelous.


Bahan-bahan:
1 biji nenas - dibelah dan dipotong ikut kesukaan supaya senang nak makan nanti ya
1 bungkus rempah kari ikan Mak Siti
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 keping kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji buah pelaga
sedikit udang kering - buatan sendiri tau
kerisik - buatan sendiri
garam

Bahan - ditumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:

  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga wangi
  • Masukkan bahan yang ditumbuk hingga nampak kekuningan
  • Masukkan rempah kari dan dikacau sampai agak kering dan keluar minyak
  • Masukkan udang kering dan santan pekat dan biar santan nampak pecah minyak
  • Masukkan nenas dan dimasak hingga nenas nampak lembut. 
  • Masukkan santan cair, kacau dan biar dengan api perlahan
  • Masukkan kerisik dan dikacau supaya serata dan masukkan garam secukup rasa
  • Biarkan kuah tu pekat sedikit dan ditutup api

Selamat mencuba!

Life..we are human being

Received this post, simply loved it.  Hence sharing..


In an ancient temple, a number of pigeons lived happily on roof top.

When the renovation of the temple began for the annual temple feast the pigeons relocated themselves to a Church nearby. 

The existing pigeons in the Church accommodated the new comers very well.

Christmas was nearing and the Church was given a facelift, All the pigeons had to move out and look for another place. 

They were fortunate to find a place in a Mosque nearby, the pigeons in the Mosque welcomed them happily. 

It was Ramadan time and the Mosque was repainted, All the pigeons now came to the same ancient temple. 

One day the pigeons on top found some communal clashes below in a market square. 

The baby pigeon asked the mother pigeon 
"Who are these people ?

The mother replied; they are "Human beings". 

The baby asked, 
But why are they fighting with each other...?

The mother said "These human beings going to temple are called 'Hindus' and the people going to Church are called 'Christians' and the people going to Mosque are called 'Muslims'. 

The Baby pigeon asked, "Why is it so? 

Look, when we were in the Temple we were called Pigeons, when we were in the church we were called Pigeons and when we were in the Mosque, we were called Pigeons. 

Similarly they should be called just 
'Human beings' wherever they go"?

The mother Pigeon said, 
'You and me and our Pigeon friends have experienced God and that's why we are living here in a highly elevated place peacefully. 

These people are yet to experience God. 

Hence they are living below us and fighting and killing each other.

Don't Just Read this Message, pass it on... Smiling face with smiling eyes

Ramadan 12..Sahur kami

17 June 2016

Cerita subuh tadi..bangun sahur tp black out patut la rasa panaih sesangat huhu..next >> nak masak camner kan...so gerak ler ke kedai makan...so we decided ke Al Kader Restaurant walau banyak kedai lain Ali Maju yang gah tapi ishh tak best sbb terlalu ramai..food kat Al Kader ni pun sedap dan harga dia rasanya murah kot..tetiba hujan la pulak...tapi misi untuk bersahur harus diteruskan..haha


tak cukup korum sebab Kak Yang kat KMS dan Angah pulak kat KPTM

Selamat berpuasa dengan sempurna yaa..


Thursday, June 16, 2016

Usah buka aib rakan atau sesiapa saja

Hari ni masuk hari ke 11 umat Islam berpuasa kan.  Sesambil tunggu nak pi berbuka kat luar satgi terjumpa email lama yang SSL rasa dan sangat pasti elok untuk kita praktikan untuk menjadi lebih baik kan.  Kisah Nabi Musa ni mmg menarik sangat buat panduan dan ingatan untuk kita dan SSL sendiri.

Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digNabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab,

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"
Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah,
"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?
1⃣ *JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG*
2⃣ *TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA*
3⃣ *UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA*
4⃣ *DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI*
Buat renungan kita bersamaNabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab,

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"
Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah,
"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?
1⃣ *JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG*
2⃣ *TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA*
3⃣ *UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA*
4⃣ *DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI*
Buat renungan kita bersamaNabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,

"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."

Lalu Allah swt menjawab,

"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya Nabi Musa bersama 70000 umatnya melakukan solat istisqa' iaitu solat memohon agar Allah swt menurunkan hujan. Tetapi hujan tetap tidak turun.
Seperti yang kita ketahui Nabi Musa as digelar dengan Kalimullah kerana boleh berbicara langsung dengan Allah swt.
Maka Nabi Musa as pun berbicara dengan Allah swt,
"Ya Rabb, Engkau selalu memperkenankan doaku."
Lalu Allah swt menjawab,
"Antara kalian itu terdapat seseorang yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat."
Sejurus itu bertanya Nabi Musa as kepada umatnya,
"Siapa antara kalian yang bermaksiat selama 40 tahun dan tidak pernah bertaubat? Diminta meninggalkan tempat ini kerana hujan tidak turun kerana orang ini."
Orang tersebut berasa bersalah kerana menjadi sebab hujan tidak turun. Maka berbicara dihatinya jika dia bangun meninggalkan tempat ini maka terbukalah di depan khalayak akan aib dirinya yang tersorok selama 40 tahun.
Lalu dia pun memohon agar Allah swt mengampunkan dosanya dan menyesal di atas dosa-dosanya itu.
Tak lama selepas itu, hujan pun mula turun. Nabi Musa as kehairanan. Tiada yang mengaku berbuat dosa 40 tahun dan tiada yang meninggalkan tempat ini, tetapi Allah menurunkan hujan.
Lalu Nabi Musa as bertanya kepada Allah swt lagi,
"Mengapa Engkau menurunkan hujan wahai Allah?"
Lalu, ALLAH swt menjawab kerana telah bertaubat orang tersebut.
Nabi Musa bertanya kepada Allah,
"Bolehkah aku ingin tahu siapakah orangnya itu?
Allah swt menjawab,
"Selama 40 tahun Aku tidak pernah membuka aibnya, adakah Aku akan membuka aibnya setelah dia bertaubat kepadaKu?
1⃣ *JAUHI MENCUNGKIL AIB ORANG*
2⃣ *TUTUPLAH KEBURUKAN SAUDARA KITA*
3⃣ *UMAT TERBAIK HANYA CAKAP YANG BAIK SAJA*
4⃣ *DUNIA DIPENUHI KINI DENGAN BENDA-BENDA YANG NEGATIF, JANGAN DITAMBAH LAGI*

Tuesday, June 14, 2016

Jom Kempiskan Perut tu eh perut ku

Petua-petua ni memang dah ada dalam koleksi bertahun2 dah kot dan la ni baru terpanggil nk share..cewahh...skema punya ayat kan..awat tak cakap nak cuba sendiri haha..dah bertahun kot lemak tepu kat badan SSL ni..patutnya bulan puasa ni harus la lebih sihat kan...cheq nk kuruih..cheq nk kuruih o_O.

Amalkan bukan waktu pepagi naa tp waktu sahur walau kat bawah ni tulis waktu makan tengahari tp kalau yg non-muslim atau dik non dan mak jemah yg berbendera japang sila la naa..

PETUA [1] (Asam Jawa)
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA [2] (Daun lidah buaya, asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA [3] (Limau nipis, kapur sirih)
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA [4] (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Cara penyediaan: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA [5] (Teh Cina, limau nipis)
Ambil (3) sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA [6] (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

Sunday, June 12, 2016

Ramadan 1437 : Iklan Samsung yg buat mengalir air mata

Bila bulan Ramadan ada jer video yang menyentuh jiwa raga..mmg kita ni insan yang sangat kerdil dan selalu diduga dan menduga. Lumrah kehidupan berkeluarga mesti ada pertelingkahan besar atau kecil sampai ada yang merajuk tp sebagai manusia kita kena cepat mohon maaf dan memaafkan sesiapa saja lebih-lebih lagi saudara kandung kita kan

Iklan ni dah tengok kat FB few days back tapi kesibukan yang entah apa2 lupa nak corat-coretkan kat blog buat kenangan dan archive.


Jom layan iklan ni



‪#‎salamramadan‬ ‪#‎salamramadhan‬ ‪#‎salamsyawal‬

credit : Samsung Malaysia

Saturday, June 11, 2016

2017 No Visa ke Amerika...yahoooo #sslbuckettravellist sighh


Ni dah viral dah nooo yang Malaysian tak payah apply visa ke United States of America nii mulai 2017 dan masa dok jengah FB ramai dok letak travelbucketlist depa nak ke negara Uncle Sam ni.  Program United States Visa Waiver (VWP) ni hanya perlu 2 document lagi untuk dimeterai diantara Malaysia dan USA..apakah! hehe

Ikut pengiraan kira-kira dalam 18 bulan lagi sesiapa nak ke US tak perlu apply visa dan Malaysia menjadi negara ke 38 termasuk Singapore dan Brunei dalam dunia boleh ke sana tanpa visa selama 90 hari atau kurang untuk makan angin atau business trip. 



Link cite pasal no visa to US ni

http://www.themalaymailonline.com/travel/article/visa-free-travel-for-malaysians-to-us-in-18-months-minister-says

http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/10/08/two-pacts-away-from-visafree-travel-to-the-us/

http://www.nst.com.my/news/2015/10/visa-waiver-no-loophole